H.E.A.R.T

  • Home
  • Travel
  • Life Style
    • Category
    • Category
    • Category
  • About
  • Contact
  • Download
sekarang ni, sekejap hujan, sekejap panas...ni semua angkara manusia yang tamak dan hanya pentingkan diri! saya berasa sangat tertekan dengan keadaan iklim sekarang ni... Bila cuaca cerah, terlalu panas...Tak tertahan rasanya...Bahang! Saya bersyukur kerana tinggal di dalam rumah g diperbuat daripada batu...Bagaimana lah agaknya mereka² yang hanya tinggal di rumah kayu yang beratapkan zink? pastinya lebih berbahang... Bukan saya tidak bersyukur...Cuma, saya berasa marah dengan manusia yang tamak yg telah memusnahkan banyak hutan dan menyebabkan kesan rumah hijau berlaku... Bumi sekarang semakin panas dan ais di kutub utara juga semakin cair...Akibat tindakan manusia yang tiudak berotak itu, seluruh alam mendapat tempiasnya...Sedarlah wahai manusia yang tamak haloba...bumi kita ni semakin nazak...Usahlah digondol bukit bukau dan usahlah membersihkan hutan tnpa alsan yang munasabah... Kadangkala, saya berasa seperti ingin bunuh saja manusia yang telah merosakkan bumi ini...!!!
Friday, December 28, 2007 No Love notes
To all Aliff Aziz's fan yang view this post, I SUDAH upload gambar2 birthday bash Aliff kat KL ni..You all boleh view gambar-gambar & video tu kat sini. ENJOY! (psstt... x banyak gambar yang I bleh upload because I agak busy dengan SPM. So, after SPM, klau I free, I upload lagi,ok? Tak janji tau!)




Name / Nama: Md Aliff Bin Aziz

Date of Birth / Tarikh Lahir : 16 February 1991 (16 years old/ 16 tahun)

Zodiac / Bintang : Aquarius

Height / Ketinggian : 185 cm

Weight / Keberatan: 60 kg

Nationality / Kewarganegaraan : Singaporean

Occupation / Pekerjaan : Student / Pelajar

Schools / Sekolah :
Princess Elizabeth Primay School / Sekolah Rendah Princess Elizabeth
( 1998 - 2003 )
Zhenghua Secondary School / Sekolah Menengah Zhenghua
( 2004 - 2007 )

Performing Experience / Pengalaman Persembahan :
Winner of TKC Pop 80's & 90's contest by E-Ventions
Guest singer at Imran Ajmain's album launch, Dec 06
1st Runner Up, Teen Star by Southwest CDC
Winner, Anugerah 2007

Favourite Colours / Warna Kegemaran: White and Pink / Putih dan Merah Jambu


Short Biology Written By amalinaluvhym (In Malay Language)

Tanggal 16 Februari 1991, seorang bayi lelaki yang diberi nama Md Aliff Bin Aziz dilahirkan. Beliau merupakan anak sulung dalam keluarganya. Ketika Aliff berumur 3 tahun, dia dan keluarganya dengan gembiranya menyambut kehadiran 2 orang baru. Aliff telah mendapat 2 orang adik perempuan kembar yang diberi nama Nur Aisyah dan Nur Ain. Aliff menjalani kehidupannya seperti insan yang lain. Aliff dan kedua-dua adik perempuannya bersekolah di Sekolah Rendah Princess Elizabeth. Kemudian, Aliff dan Aisyah beralih ke Sekolah Menengah Zhenghua manakala Ain pula bersekolah di Sekolah Menengah Greenridge.

Aliff dan Aisyah mempunyai minat yang sama iaitu menyanyi. Mereka suka menyertai pertandingan nyanyian yang dianjurkan oleh balai rakyat mahupun sekolah. Aisyah telah menjadi juara pertandingan nyanyian di sekolahnya dan dia digelar Zhenghua Idol. Aisyah bahkan lebih pandai menyanyi berbanding dengan Aliff. Aisyah pernah menjuarai peraduan adu bakat, Teen Star @ South West. Manakala Aliff pula mendapat tempat kedua. Ain mengaku bahawa dia tidak mempunyai minat yang sama dengan abang dan kembarnya. Ain lebih meminati bidang teknologi maklumat.

Apabila Aliff berusia 16 tahun, dia dengan beraninya tampil ke hadapan untuk memasuki pertandingan nyanyian yang popular, Anugerah 2007. Aliff bekerja keras untuk terus mara ke hadapan. Tetapi, nasib tidak menyebelahinya. Dia telah tersingkir. Semua yang meminati aliff berasa kecewa, termasuk saya. Namun, ia belum berakhir. Aliff berjaya meneruskan perjalannya apabila dia berjaya dalam pusingan wildcard dan dia diberikan peluang kedua. Semangat peminat-peminat Aliff bangkit semula dan tidak putus-putus untuk mengundi dia. Aliff berlatih dengan lebih gigih dan berharap dia tidak akan mengecewakan peminatnya. Aliff bersaing dengan peserta-peserta hebat apabila dia berjaya ke pusingan akhir. Maiya, Roslan dan Nurrun yang lebih tua darpada Aliff mempunyai vokal yang mantap. Aliff pula merupakan peserta yang termuda. Namun, itu bukan alasan baginya untuk tidak terus berusaha.

Akhirnya, dengan usahanya dan sokongan yang tidak henti-henti daripada peminatnya, aliff berjaya merangkul gelaran sebagai juara Anugerah 2007. Aliff kemudian dikenali ramai. Aliff muncul di saluran MediaCorp TV12 Suria dalam rancangan Sinar Lebaran, Suria Segar, Manis Manja Hari Raya, Intai Raya, rancangan kanak-kanak; Khayalan dan yang terbaru; Rhapsodi Remix 2007. Pada tahun yang sama, Aliff telah berjaya mengeluarkan album sulungnya yang bertajuk Aliff pada akhir September 2007. Pada 16 Disember 2007 nanti, Aliff akan mempromosikan albumnya ke negara jiran, Malaysia.

Sekarang, nama Aliff melekat di bibir orang di Singapura mahupun di Malaysia. Jika kita betul-betul peminat setia Aliff, ke mana kita pergi, Aliff akan sentiasa berada di dalam ingatan kita.

Untuk maklumat lanjut, sila layari Aliff Aziz Online

Catatan peribadi saya:

hurm...sebenarnya,pada awalnya saya tak berapa ambil kisah akan kemunculan Aliff Aziz...namun, lagu sayang sayang yang dinyanyikannya dengan gaya yang bersahaja telah membuatkan saya membuka mata... dia memang seorang yang mempunyai pakej yang lengkap untuk bergelar seorang artis...Aliff mempunyai wajah yang kacak dan 'sweet' selain suaranya yang mampu membuatkan ramai gadis tidak tidur lena.

Semoga Aliff mampu membahagikan masa antara kerjaya nyanyian dan peranannya sebagai seorang pelajar agar dia lebih dikenali dan dihormati. Tiada perkara lain lagi yang saya mampu lakukan untuk Aliff selain mendoakan kejayaannya; baik di mana sahaja dia berada...Bahkan, saya juga berharap agar Aliff mempu menghadapi cabaran hidup sebagai seorang artis kerana pasti ada gosip liar yang menjengah...Semoga Aliff terus sukses...Saya akan terus menyokong Aliff...
Thursday, December 27, 2007 2 Love notes
alahai~!! bOleh tak, kalau saya cakap, saya rasa macam malas nk pegi sekOlah?? :P hehehe~ serOnOk cuti lama~ (walhal, saya cuti 2 minggu je..lagi sebulan tu saya pergi kelas tambahan...) Tu yang rase macam sekejap je cuti..Minggu depan dah mula sesi persekolahan 2008...Oh Tidak!!! Tahun "Penyeksaan"...hehehe...SPM tu...:) alahai... (asyik mengeluh je keje..tak baik tau!) by the way... best jugak start sesi sekolah...sebab, dapat duit belanja!! hehehe...almaklumla...cuti-cuti ni mane dapat duit belanja..sO, tu yg terpaksa "ikat perut"...lalala~ tp, tak slim jugak~ :P

Ape la yg saya dOk merepek nih...hurm..sebnrnye, nk cerita tentang persiapan persekolahan...Rasa-rasanya, untuk sesi 2008 ni, saya cuma tempah tudung sekolah baru...baju seragam tak buat kot...since fOrm 2(sejak secara rasmi jd pengawas...) x buat baju sekolah baru..hehehe...xde mOod nk beli baju baru...pakai je la yg mne ada..lgpun, diz is my last year @ secOndary schOol~ hehehe...kasut lak, baru je beli hari tuh...sO, awal tahun ni juz prepare utk yuran PIBG je la...

Hari Rabu or Khamis ni nk g amek buku teks~ hehehe...bagus gak kerajaan bagi pinjaman buku teks ni...lagipun, hari Khamis ni, saya perlu edarkan majalah sekolah, PENA...hurm...maybe bz ckit la hari tu...tp, xpe la...antara tugas terakhir sy sebagai ketua editor sebelum diserahkan kepada ketua editor yang baru.. hurm..siape ye ketua editor yang baru ye?? hahaha...saya tau...tapi, rahsia..tunggu je la...hurm.. tak sabar rasanya nak tengok majalah PENA tu...macammane la rupanya ye???

hurmm...rasenye, sampai sini je la saya membebel...lain kali sambung lagi...buat semua pelajar yang akan memulakan sesi persekolahan 2008, tekadkan azam dan tunaikan janji yang telah dikotakan...Belajar bersungguh-sungguh..(walaupun rasa malas nk pergi sekolah,tapi, saya akan berpegang pada janji dan cita-cita saya..) Buat pelajar yang bercinta, jangan abaikan pelajaran..terutamya yang bakal menduduki PMR dan SPM utk tahun 2008... jangan hampakan harapan ibu bapa dan cita-cita sendiri...Mudah-mudahan cita-cita u all dalam pelajaran akan tercapai dan dimakbulkan oleh Yang Maha Esa...Selamat kembali ke sekolah!!!
Monday, December 24, 2007 No Love notes
Setiap kali balik ke kampung atau ke rumah saudara-mara yang menetap di Seremban dan Melaka, pasti kami sekeluarga akan menghadapi kesesakan jalan raya yang sangat teruk... Jika sebelum ini, perjalanan hanya mengambil masa setu jam setengah hingga dua jam, tetapi, sejak kebelaknagn ini mengambil masa selama tiga jam setengah! Sampai sakit punggung saya! (malu untuk mengaku, tapi, itulah yang terjadi!!!) Walaupun bukan saya yang memandu, saya pula yang berasa rimas dan bosan apabila melihat sikap pemandu yang lain mencelah-celah di ruang kosong antara kenderaan. Pantang sahaja ada jarak, pasti, mereka akan menyelit! Kita bukan beri jarak tu untuk mereka menyelit, tapi, sebagai langkah keselamatan jika berlaku kemalangan..!!! tahulah kereta mereka tu besar-besar belaka...Mercedes Benz,Honda dan sbgnya, tapi, hormat lah orang lain juga...Walaupun kami ni cuma mampu gunakan kereta buatan Proton (Persona)! Lagipun, bukankah kos untuk pembaikan kereta mereka amat tinggi?? Jadi, tak perlu la nak dedahkan diri kepada kemalangan...Saya sebenarnya sudah bosan untuk bergerak ke bandar dengan menaiki kereta sendiri (mama atau ayah la yang bawa...saya tak miliki lesen lagi...hehehe~)Sebab, sana sini kesesakan lalu lintas berlaku..Perjalanan yang sepatutnya hanya mengambil masa yang singkat, menjadi berjam-jam lamanya... Yang hairannya, di lebuh raya juga boleh sesak teruk! Apa gunanya ada lebuh raya jika terpaksa menempuh kesesakan yang teruk? Entahlah...Saya yang belum mempunyai lesen ini pun sudah bosan dengan kesesakan yang sering berlaku, apatah lagi mereka yang terpaksa menempuh kesesakan 2 kali sehari (waktu pagi ketika menuju ke tempat kerja dan waktu petang ketika pulang ke rumah dari tempat kerja)...Agaknya, mereka sudah lali...Alah bisa, tegal biasa...Mungkin ada yang menyarankan agar saya menggunakan kenderaan awam sahaja...Tapi, keadaannya sama sahaja...Terpaksa bersesak-sesak, berebut-rebut,menanti kenderaan awam yang entah bila akan muncul...Itulah lumrah hidup di kota metropolitan Kuala Lumpur agaknya...

Buat pemandu di luar sana...Ikutlah lorong anda sewaktu tersekat dalam kesesakan jalan raya...Janganlah terlalu ikutkan perasaan...Semua orang ada perasaan...Tapi, cubalah kawal...Kalau anda rasa anda letih, penat, orang lain pun letih, dan penat juga,kan??? Orang lain juga tersekat dalam kesesakan yang sama juga...
Monday, December 24, 2007 No Love notes
Bosan betul~! selalu buat hal~ aku rase macam nak campak aje komputer ni kat dalam sungai~ Tapi, lagilah bodOh klau aku campak~hehehe~ Nak buat macam mane??aku memang bebetul bosan dengan komputer ni..sebab...hari tuh, x sampai 3 bulan aku hantar format, dia wat hal balik...dalam setahun ade lah 3 kali aku hantar kedai untuk format komputer ni balik..sekali format, rm60...mane x stress?? bosan ~bOsan~bOsan~ Ape lagi aku nk ckp kat mak n ayah aku supaya diorg belikan kOmputer or laptOp baru?? aku dah letih pujuk diOrg~ aku x reti dah nk ckp ape~ Biarlah masa yang menentukan~ Cuma, aku ni agak kurang sabar biler komputer ni buat hal~ Jangan nanti, bila aku dah hilang sabar, cpu ntah ke mane, mOnitar ntah kemane, mOuse ntah kemane~ segale isi perut aku operate nnt~ stress ni~!! Kalau mcm ni la gamaknye, aku kene carik boy friend tauke kedai kOmputer or big bos hp ke..acer ke..compaq ker...hahahahaha~ baru senang hidup aku...Alamak~ teringat lak kate-kate cikgu Anwar bebaru nih(4.12.07)...mase tu kitOrg bersembang la psl Kak Farah yg nk jd pengantin baru 29.12.07 ni...Tetiba boleh pulak keluar cerita pasal aku...Ceritanyer begini(aku cerita ckit jer la..malas lak nk taip bebnyk~)...aku ckp kat kak Farah "Tu la..org suruh g hOneymOon, tak maw.." Pastu, Kak Farah ckp "Abes tu, klau x pegi hOneymOon xleyh dpt ank ke?"aku lak g usik dia balik~"Kalau g hOneymOon lebih cOncentrate... :P" pastu, Kak Farah gelak la...Yang cikgu Anwar tuh aku xprasan lak reaksi dia..sebab, mase tu aku membelakangkan diOrg cOz aku g amik cheezy wedges...Pastu, tup-tup, aku dngr cikgu Anwar ckp "Awak la kahwin..Lepas SPM klau result teruk, kawin..." Aku gelak la...aku ckp "mne bOleh!" Pastu, cikgu Anwar kate "Kawin ngn org kaya~" hahahaha~ ade ke ptOt?? Aku amin kan jer la... Ish~ kan best klau dpt kawen ngn tauke kedai kOmputer or big bos acer,compaq or hp~bOleyh dpt free~ekekeke~ish~ sengal btOl~! :P wOkey la..aku pOwn dah ngantok ni~ jam dah menunjukkan kOl 3.25 pagi..Jap g aku ade kelas~ kOl 9 lak tuh~ adOi... mcm mne ni??agaga~
Friday, December 14, 2007 No Love notes
Usia masih muda...Wajahnya memang mudah bertukar cerita...Apabila cerita gembira, dia tertawa..Berterus-terang adalah sikap gadis itu jika tidak memuaskan hatinya...Dia seorang gadis yang biasa...Gadis remaja biasa...Dia tidak istimewa..Tidak dipandang istimewa oleh insan yang terlalu istimewa dihatinya..namun, dia tidak peduli...Dia tetap mengasihi insan istimewa tersebut... Gadis itu sememangya kelihatan gembira dan mudah mesra dengan sesiapa sahaja yang ingin mendekati dirinya...Namun, disebalik kemesraan itu, insan disekelilingnya tidak langsung dapat menduga isi hatinya...Hanya teman yang dipercayai mengetahui cerita sebenar..Luka dihatinya bukanlah berpunca dari insan lain...Namun, dari insan yang melahirkan dia ke dunia yang penuh fana ini...Hatinya sering dilukai..Dia seolah-olah sudah berputus asa. Dia benar-benar tertekan...Tambahan pula, di tuduh tanpa diberi peluang membela diri...Hatinya ikhlas untuk menuntut ilmu dari guru-guru tuisyen...Namun, dituduh hanya ingin merebut hati sang kumbang...Memang benar hatinya telah terpaut, namun, tidak terlintas difikirannya untuk menghampakan impian yang menggunung tinggi...Jiwanya tidak lagi seceria dulu...Wajahnya yang dihiasi dengan senyuman hanyalah sebagai menutup kecewa dihati dan mencari sedikit bahagia untuk menjadi hiasan jiwanya... Dia tidak tahu bagaimana mahu meluahkan rasa kecewa yang bermaharajalela dan rasa dendam yang mula bercambah...Kadangkala, bisikan syaitan hampir-hampir mempengaruhi hati gadis yang terluka itu...Pelbagai jalan yang terpesong mula terbayang di fikiran gadis itu... Ya Tuhan~!! Kau berilah ketenangan dihati gadis itu... Janganlah kau jauhkan "kekuatan" yang dimilikinya itu..KAU pinjamkanlah "kekuatan" itu walau tidak menjadi miliknya...KAU kembalikanlah kebahagiaan yang pernah dikecapi oleh gadis itu...KAU hapuskanlah derita,dendam,kekecewaan dari hati gadis itu...Janganlah kau benarkan pembohongan terus berlaku terhadap gadis itu...Kau berilah balasan yang setimpal terhadap insan yang telah melukakan dan mengecewakan hati gadis itu...
Friday, December 14, 2007 No Love notes
tidak! saya berasa bosan setiap kali menjelangnya musim peperiksaan~ kenapa?? kerana, saya akan rasa macam nak muntah 24 jam...tak tahu la kenapa...macam elergic pulak...hehehe...minggu depan dah start balik peperiksaan...argghhhhh~!!! bOsan~!!! hurm..tu je la buat masa ni~!hehehe..saje nak lepaskan geram~!
Thursday, October 04, 2007 No Love notes
Dengar betul²...Bukan senang nak dapat peluang keemasan macam ni~!
Kenapa aku tersengih² tu? malu jumpa kamera ke? hehehe...
Salah Seorang Peserta Terbaik...Khairul Rizwan~!(baju jingga tu...itu ler anak buah aku~! hehehe..)
Cepat²~! kita mesti menang~!!!
Ha...teka..teka...ape jawapannya??~
The best grOup win~! yehaaa...we are the champiOn~!

Saya bersama dengan En. Hilmy Ashley...
Khusyuk mendengar pembentangan modul ke??
Berangan ke??
Cepat~! kita mesti menang treasure hunt ni~!
Ahli Kumpulan 6 (kumpulan terbaik) yang best~!!
Kak Anne(fasilitator kami) bersama dengan En.Hilmy Ashley

Inilah dia En. Hilmy Ashley~ hehehe~
Ya...Jemputlah makan...jgn malu²~
Mereka ni sedang berbincang sesuatu sebenarnya... bincang ape ye?? Strategi "perang"~!!!
3 orang anak buah merangkap kawan² baik saya...
Peluang berkenalan dengan rakan² dari sekolah lain~! Selamat berkenalan~!











Sewaktu Puan Yazlina (guru penyelaras PENA-majalah sekolah kami...) maklumkan pada saya bahawa Sidang Redaksi kami dijemput untuk menyertai bengkel yang dianjurkan oleh Pelajar Semester Akhir Diploma Pengajian Media Dan Pengurusan Penyiaran, naluri saya melonjak kegembiraan. Tidak sabar rasanya! Mana tidaknya, sudah lama saya menantikan detik itu! Saya memang mempunyai minat dalam bidang penulisan. Tambahan pula, saya merupakan Ketua Editor bagi majalah yang menjadi wajah palajar sekolah saya, PENA. Jadi, tanpa berfikir panjang, saya terus bersetuju untuk menyertai bengkel tersebut. Saya tidak berharap untuk mendapat sijil atau sebarang penghargaan. Tidak terlintas pun! Oleh itu, saya khabarkan berita gembira tersebut kepada anak² buah saya. Mereka juga teruja untuk menyertai bengkel tersebut. Tambahan pula, tiada bayaran yang dikenakan dan kenderaan juga disediakan. Jemputan itu kami terima bagaikan orang mengantuk yang disorongkan bantal.


Setelah terpaksa menanti selama lebih kurang tiga minggu sebelum tarikh 7 September tiba, saya bangun dari tidur pada pagi 7 September 2007(Jumaat) dengan hati yang girang dan teruja yang amat sangat. Saya bersiap seperti biasa(hari pertama kami memakai uniform sekolah). Sebaik sahaja menjejakkan kaki ke Funtion Hall, Malaysia Institute Of Integrative Media, saya dapat merasakan bahawa saya akan memperoleh sesuatu yang amat berharga pada hari itu. Selepas pendaftaran(8.00pg), kami dibahagikan mengikut kumpulan semasa sesi Ice Breaking. Kemudian, kami diberi peluang untuk bersarapan pagi pada jam 10 pagi (sarapan disediakan). Selepas mengalas perut, En. Salleh Kassim membentangkan Modul yang pertama(10.30) untuk bengkel itu;JENIS² PENULISAN BERITA & PENGENALAN KEPADA LEAD. Saya mendapat tahu bahwa En. Salleh adalah seorang penceramah yang digemari dan disegani oleh warga MIIM. Selepas satu jam, En. Salleh menyambung pembentangan Modul yang kedua; PROSES PENULISAN,STRUKTUR CERITA DAN SUMBER MAKLUMAT. Pada jam 12.30, kami berhenti rehat dan makan tengah hari. semua peserta lelaki menunaikan solat Jumaat di Masjid Muaz Bin Jabal, Setiawangsa, manakala, peserta perempuan hanya menunaikan solat zohor di Surau MIIM. Pada jam 2.30 Petang, Segmen Bicara Kerjaya mengambil tempat. Segmen tersebut dikendalikan oleh En. Hilmy Ashley atau nama sebenarnya Muhd.Ibrahim Hilmy b. Noor Mohd. Ashley; Pembaca Berita BERNAMA dan Wartawan. Segmen bersama En. Hilmy agak sempoi dan menyeronokkan kerana beliau seorang yang peramah dan banyak cakap. Beliau juga seorang yang kacak! hehehe~ Kemudian, aktiviti diteruskan dengan permainan Telefon Karat(dikendalikan oleh En. Hilmy). Pada jam 5.00 petang, kami minum petang dan solat asar di surau MIIM. Kira² jam 5.30 petang, kami diberi sedikit maklumat mengenai aktiviti yang bakal dijalankan pada esok hari (8 September 2007).



Pada keesokan harinya pula, para peserta mendaftarkan diri dan pembentangan modul 3;'Skil mendengar dan mengambil catatan serta teknik menemuramah' oleh En. Syarrizuan. selepas sarapan pagi, segmen Bicara Kerjaya 2 dikendalikan oleh Puan Suhana Abd. Mutalib; Wartawan Ketua Biro Utusan. Pada jam 10.00 pagi, aktiviti treasure hunt dijalankan. Semua ahli kumpulan berganding bahu mencari klu dan melaksanakan semua cabaran yang diberikan. Kumpulan saya hanya berjaya menduduki tempat ke-3. Selepas rehat dan makan tengah hari, upacara penutup dilangsungkan. En. Abd. Latiff Abd. Ghani selaku wakil MIIM menyampaikan ucapan beliau. Seterusnya, upacara penyampaian hadiah, pemberian cenderamata kepada para penceramah, wakil guru dan VIP. Kumpulan Terbaik keseluruhan dimenangi oleh kumpulan 6 (kumpulan saya la tu...hehehehe~) Majlis bersurai kira² jam 4 petang. Kenangan sepanjang dua hari menyertai bengkel ini adalah kenangan yang terindah dan amat sukar untuk dilupakan. Terima kasih saya ucapkan kepada semua kakak dan abang yang telah banyak membantu saya, yang telah memberi peluang keemasan ini kepada saya dan yang telah banyak memberi kenangan terindah kepada saya. Semoga perkenalan kita akan terus mekar dan berkekalan...
Thursday, October 04, 2007 No Love notes
Mesti ada yang pelik dengan tajuk saya ni. Hehehe... sebenarnya, saudara Zulkifli Bujang telah sedarkan saya; kita perlu berbangga dengan bahasa kebangsaan kita. Kenapa saya berkata begitu? anda akan tahu jika anda melawat ke blog beliau. Disini saya nyatakan alamat blog beliau: http://www.kiflibujang.blogspot.com/
Wednesday, October 03, 2007 No Love notes
(dari kiri) kak syuhada, kak irliana, SHAM(ketua pengawas) n, fauzi sulaiman...
me with haziq...kat tmpt kitOrg amek gmbr ni la diOrg ngamOk...ahakzzz..
me with ariff irfan..adei..lemah jantung aku...
mase nih aku baru lps "tenangkan diri" aku slps insiden "mengucapkan kata² cinta.."

shamsal..mase ni dier pOsing ngn member aku, Hamizah...tp, aku nih jahat..aku potOng gmbr si Hamizah tuh...hahahaha...naseb r...




aku bkn xnk cerita, tp, xde mase la...(ye ke xde mase??ahakzz...lupe r...)sO, skrang ni aku nk cerita la nih...meh bace, meh...


18.8.07(sabtu) hari tu, BKP skOul aku anjurkan jamuan akhir tahun utk semua pengawas sekolah...tahun ni, batch aku yg handle jamuan tuh...sebelum jamuan tu, aku sgt xsuke nk arrange jamuan tuh..xtaw la knp...hahaha...aku berharap sgt jamuan tu cpt habis..tp, aku xharap pown ape² kecelakaan jd kat majllis tu...


Malangnya, perkara yang xdiingini jd jugak...mase memula majlis tu berlangsung, ok jer..lancar..tp, bila smpai kat persembahan utk fOrm 5, majlis jd kecOh..sbb, lap tOp member aku xdpt nk run lagu yg diOrg(pengawas fOrm 5) kasik tu... diOrg kasik USB tu hari sabtu tu jugak.. sape srOh,kan?? pastu, nk ngamOk lak... ske ati jer... tp, lpas tu majlis cOol balik..


Masa majlis tu berlangsung, ada la beberapa perkara yg aku xpuas hati..yg apling aku xske skali ialah mase game kOtak beracun...tahun ni kes gelas jatuh sbb baling kOtak xjd la plak..sbb, ade cara yang efektif utk mengelakkannye..hahaha...;p ape yg membuatkan aku xpuas hati denda yg dikenakan tuh..memula diOrg srOh org yg terkena tu ckp "aku gila" sebnyk 3 kali...ade ke ptOt dpn VVIP wat mcm tuh?? pstu, org lain plak..minah ni dpt denda yg kena ucapkan kata² cinta kat sOrg mamat...minah tu xtaw nk pilih sape...pastu, member aku yg merangkap pengerusi majlis tu cdgkan Ketua Pengawas kitOrg...gila ke ape??minah tu plak ikOt jer...tu yg aku geram tu..mase hadirin dOk sebut nama fauzi, xnk plak dier wat...nyampah tOl aku...Ketua Pelajar tu hensem la dOwl..byirap aku...si Afif pown satu, sape srOh sebut name si sham tuh?? eeiii!!!! tu yg aku bengang sgt tuh... trOs mOod aku xelOk..majal btOl la...sabO je la...mmg padan la pown majlis tu kecOh pOwn! ahakzz... jahat tOl aku nih...


k r..penat tgn aku nk menaip nih...wat mase ni, ni je la dulu,ek??? klau aku ade crite lg, aku stOry,k?? daaa~ (tngk la gmbr kitOrg kat jamuan hari tuh...gmbr tu je yg aku ade..yg laen ade kat member aku, AFIF...ptOtnye, dlm kamera adik aku pOwn ade gak, tp, dh terdelete...ntah mcm mane bleh ilang pOwn xtaw..heheh...sbnrnye, hilang mase aku transfer gmbr masOk dlm cd ler...)


updated on 4/12/2012: Rempit nya ayat! hahahaha.
Friday, August 31, 2007 No Love notes



Ikrarku hanya satu

Menimba pengetahuan

sedaya mungkin

namun apa dayaku

tatkala terpandang

senyum ikhlasmu,

hatiku bergetar

Ikrarku mula goyah


Kucuba patrikan semula Ikrar

yang suatu ketika dulu amat utuh

Demi sebuah impian

yang diimpikan insan tersayang


Senyum manjamu

mengganggu sanubariku

yang selama ini damai

dengan impian nan satu

ingin ku balas senyummu

bimbang impian tinggal impian


Ikararku patrikan

Tekad ku simpulkan

Ingin ku gapai impian nan satu

Dan ingin juga aku

Bingkaikan senyum manismu


Aku Yang Menginginkan mu:

syiqa
Friday, August 31, 2007 No Love notes



Kenangan terindah...


hanya itu yang mampu kuungkapkan...


Aku tetap sudi menerima kenangan yang kau


layangkan buatku tanpa kau sedari...


Tiada kata yang bisa melafazkan...


Kekecewaan jiwa ini...




Aku cuma mengemis...


Merayu kasihmu...


Kasihku bagai ombak yang


sentiasa menghempas pantai...


Ditemani rasa rindu yang dikirimkan bayu laut...


Ribut tiba tidak ku duga...


Lautan kasih bergelora...


Bayu laut tidak lagi membisikkan lafaz rindu...




Kasih...


Aku pohon belasmu...


Usahlah kau muncul lagi...


Agar cintaku tidak disakiti...


Agar luka yang kau cipta


tanpa kau ketahui tidak terus berdarah...


Maafkan aku...


Kerana hati ini bukan lagi untukmu...
Monday, June 25, 2007 1 Love notes
Salah sebuah kampung di Pulau Tioman
Salah sebuah Pulau kecil yang berada di sekitar Pulau Tioman Pemandangan dari Taman Laut di Kampung Tekek...I ambil sendiri taw dis pic!
me wif my belOved little sis...this time kitOrg kat belakang warung uncle
Hasbullah...kat Kampung Tekek

this pic kat Taman Laut, Kampung Tekek..
my mOm yg ambk this pic!

pantai di Taman Laut, Tekek Pantai Taman Laut kat Tekek...Kat jeti tu ade bnyk ikn..

Pelancong biasanya beri ikan mkn kat ctu le...


hey u all....
blog i ni bukan je untuk puisi yg i dah create..

but, i nk kOngsi ngn u all bOut my llife...

baru² ni dalam 26 april hari tu kOwt, i pegi Pulau Tioman...nak kata for the last time poWn xleyh la kan?cOz, maybe after diz i pegi gak Tioman..but, bezanya bila i pegi next time my dad bukan lagi Ketua Pejabat kat sana...tempat tinggal pown dh x free lagi...hehehe...pergi pun sebagai pelancong je...dah xdpt la mkn free,dpt diskaun, n mcm² keistimewaan lagi la...well...ape yg I ngarotkan ni??i nk story bOut the keindahan. Seriously, Pulau Tioman memang best! Pantai dia macam dalam kolam...u all bleh tngk dasar laut..airnya dia memang first class! bersih sangat...tmpt pun cntik gak. tambah² bila bila MARINA dah siap.klau nk tngk MARINA yang cantik tu, pegi la kat Kg.Tekek...I ade ambil gambr kat ctu, tp, xcuci lagi..well...busy la...Walaupun Pulau Tioman tu bebas cukai, tp, harga brgan dia still mahal gak cOz diorg impoRt brg² tu dari Mersing...naik kargo..tp, ade gak r brg² yg murah...tp, yg murah tu merbahaya la..pkir² sendiri la..satu bleh rosakkan peparu, satu lagi yg memabukkan..;0P tmpt tinggal plak, klau nk yg moden, g la bOoking kat Berjaya Tioman Beach Resort...klau nk yg bebetul chalet n cara kekampungan, ade la jugak...harga dia nOt bad..mampu la jugak... but, hahahaha... klau lmbt booking, especially time cuti, u all tidur kat tepi pantai je la...mcm kat majalah 3 bebaru ni, 23 Jun 2007 punya edisi, pelancong yg datang memang ramai..dari pelbagai negara...ada musim² plak tu... I biasanye g Tioman time bulan 3,8,11...ha..be4 i lupa, kampung yang paling best yang I pernah pergi ialah Kampung Salang..kat kampung tu, klau u all mandi laut,perghh...best giler...u all bleh tngk batu karang..banyak batu karang..kat kg salang gak la ade taman utk ikan tu...mmg cantik,beb..hurm..rasenye smpai cni je la dulu..lenguh la menaip ni..klau nk taw pape pasal Pulau Tioman, juz email me,k??I dengan senang hatinya akn bg information kat u all...my email : syiqa_nazrulizwan@yahoo.co.uk
Monday, June 25, 2007 No Love notes
yg berdiri kat belakang, dari kiri(pakai cap): shikin,Fateen,Fatehah(twin)
yg duduk dari kiri: hasmira, syiqa(me),farah

berdiri dari kiri: Rais,Asyraf Razali,Faiq Hizaami

duduk dari kiri: shamil n me
dari kiri: atiqah with me


Semalam…
Kita dipertemukan…
Sebagai sahabat,
Sebagai Adam dan Hawa,
Menghulur kasih,
Mengucap salam,
Bibit kemesraan mula terpancar,
Mewujudkan warna nan indah,
Mewarnai perjalanan ini.

Hari ini…
Aku dan kau masih bersama,
Semakin hari semakin serasi,
Walau dia tiada lagi menemaniku,
Kenangan dengannya masih membuai mimpiku.

Esok dan selamanya…
Aku bukan seperti sepupu kita yang lain,
Yang hanya mendampingi
insan yang terbaik di mata orang lain,
Aku tetap aku!
Aku akan tetap bersama kalian,
Kerana…
Kalian adalah hadiah yang terbaik
dan tidak ternilai buat diri ini.

Lepaskan kehidupan yang lalu…
Agar masa depan mendatangi kita…
Sunday, June 24, 2007 No Love notes
Kelmarin aku masih tidak mengerti...
Apa itu rindu...
Apa itu cinta...
Rama-rama keriangan
Mewarnai hamparan hidup ini...
Cerita dongeng Puteri Beradu menjadi teman
tatkala aku ingin melelapkan mata di malam hari...

Semalam segalanya berubah...
Kau mengajarku erti rindu...
Kau mengajarku erti cinta...
Walau saat bersamamu hanya sebentar...
Namun membawa berjuta kebahagiaan...
Aku tahu...
Siapalah aku dihatimu...
Aku hanya gadis biasa...
Gadis biasa yang rela menjadi insan kedua...
Namun aku sedar...
Cinta dan rindu ini tiada makna bagimu...
Aku hanya bisa memilikimu dalam tidurku...

Tapi,
Aku ingin kau tahu bahawa...
Kau adalah cinta pertamaku...
Kendati aku temui yang baru...
Kau tetap satu...
Namun, impian hanya kekal menjadi mimpi indah...

Hari ini aku sedar...
Apalah gunanya menjadi yang kedua...
Hanya dibenci dan dicemuh...
Bukan bermakna putus asa...
Cuma, aku sedar...
Tiada gunanya aku berkorban...
Menghulurkan selautan cinta,
Sedangkan kasih dan cintamu...
Hanya untuk wanita itu...
Wanita yang sah menjadi milikmu...
Juga buat permatamu...

Sayang,
Kau tetap guruku...
Mengajarku erti hidup...
Mengajarku erti pengorbanan...
Mengajarku erti kesetiaan...
Kau juga mengajarku erti cinta...
Kini aku sedar...
Cinta itu tidak buta...
Tapi ia tidak dapat melihat...
Hidup tanpa cinta...
Ibarat taman tidak berbunga...
Sunday, June 24, 2007 No Love notes
Renung dengan mata hati
Bukan emosi
Harga diri
Bergunakah aku?
Adakah kehadiranku menguntungkan?
Atau sekadar mengisi kekosongan?!

WANITA...
Jahiliah berlalu
Kau pula dipermulia
Kau disanjung
Malah ada yang dipersada
Ditabal menjadi permaisuri
Kau tidak lagi diperdagangkan
Tidak jua dijadikan barangan tontonan
Zaman kau dikubur bernyawa telah berlalu
Kau terbela
Oleh nabimu tercinta

WANITA…
Kenapa berduka
Kononnya engkau dipersenda
Hakmu diperguna
Engkau seolah-olah insan yang hina
Hanya berapa dibelakang permuda
Hadirmu hanya kerana kau wanita
Mengapa adakan ruang untuk dinoda?
Salah siapa?
Hingga zahirmu dilupa

WANITA…
Adakah kau sedar?
Kau sebenarnya amat istimewa
Tafakur seketika
Buka mata
Bukalah minda
Bahawa engkau terlalu mulia

Wanita
Kau bukan dijadikan dari kepala
Untuk merebut menjadi ketua segala ketua
Kau jua bukan dijadi dari kaki
Kau sebenar lahir dari sebatang tulang
Yang dekat dengan hati
Untuk dibentuk dan dikasihi
Cukuplah ini kalau kau mengerti

WANITA…
DARI RAHIMMU
LAHIR SEORANG IBU
LAHIR SEORANG AYAH
LAHIR SEORANG RASUL DAN NABI
LAHIR SEORANG PERDANA MENTERI
LAHIR SEORANG ULAMA SEJATI
LAHIR MUJAHID BERANI
TIDAK DARI RAHIM LELAKI
TIDAKKAH ENGKAU MENGERTI
KEDUDUKANMU TERLALU TINGGI

Wanita…
Betapa berkuasanya engkau
Syurga berada dibawah telapak kakimu
Mentaatimu tiket ke syurga
Berbakti kepadamu petunjuk sifat takwa
Mengasihimu lambang akhlak mulia
Mengabaimu menempah bahaya
Mengenepikanmu membawa celaka
Tanpamu hidup tak bermakna

Wanita…
Andai pena dijadi perantara
Menterjemahkan semua cerita
Untuk membukti segala keistimewaanmu
Nescaya tiada kemampuan
Kerana kau terlalu mulia
Tiada bandingan
Tiada tara

Wanita…
Cukuplah jika kau sedari
Siapa dirimu
Penuh persediaan
Berlandaskan ilmu dan iman
Bukan emosi dan perasaan
Pasti kau dapat
Menerima kenyataan
Pasrah dengan kejadian
Bahawa engkau sebenarnya
Terlalu dimuliakan
Mempunyai kedudukan
Yang tinggi disisi Tuhan


DIPETIK DARIPADA SUARA KESATUAN PERKHIDMATAN IMIGRESEN SEMENANJUNG MALAYSIA (Suara KPISM
)
Sunday, June 24, 2007 No Love notes
Newer Posts

About me


Follow Us

recent posts

Blog Archive

  • ►  2013 (3)
    • ►  November (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2012 (5)
    • ►  December (2)
    • ►  August (2)
    • ►  March (1)
  • ►  2011 (16)
    • ►  October (1)
    • ►  May (1)
    • ►  April (6)
    • ►  February (7)
    • ►  January (1)
  • ►  2010 (27)
    • ►  December (2)
    • ►  November (1)
    • ►  October (4)
    • ►  September (3)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (3)
    • ►  May (3)
    • ►  April (2)
    • ►  March (4)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2009 (36)
    • ►  December (4)
    • ►  October (2)
    • ►  September (4)
    • ►  August (4)
    • ►  July (1)
    • ►  June (5)
    • ►  May (4)
    • ►  April (4)
    • ►  March (2)
    • ►  February (1)
    • ►  January (5)
  • ►  2008 (67)
    • ►  December (2)
    • ►  November (15)
    • ►  October (16)
    • ►  September (18)
    • ►  August (14)
    • ►  April (1)
    • ►  February (1)
  • ▼  2007 (16)
    • ▼  December (6)
      • Cuaca yang semakin tak menentu...
      • Aliff Aziz owh Aliff Aziz...
      • Back tO schOol~!!
      • Kesesakan Di Lebuh raya dan Jalan Raya semakin men...
      • Apa sudah jadi dengan komputer aku ni??
      • Masihkah ada sinar?
    • ►  October (3)
      • Peperiksaan Oh Peperiksaan!
      • Bengkel Kewartawanan Remaja:Menjana Industri Media...
      • Terima Kasih Saudara Zulkifli Bujang!
    • ►  August (2)
      • Jamuan Pengawas SMK Seri Keramat sesi 2006/2007
      • Antara Ikrarku dan senyummu...
    • ►  June (5)
      • Kenangan Terindah
      • PULAU TIOMAN
      • Pertemuan
      • Rindu ini
      • Wanita

Followers

Blogmates

  • blogresipi
    A Beginner’s Guide to Signing Up on PG Slot
    4 months ago
  • sayatypolagisekali
    🙁 new method 🙁 fut20glitch.com Fifa Mobile 20 Make Money 9999
    5 years ago
  • Ferra
    2018 will be missed.
    6 years ago
  • PANAS TERIK
    My Big Fat Greek Wedding 2 (2016)
    8 years ago
  • Δ J i M
    9 years ago
  • -♥my world♥-
    Last Post
    9 years ago
  • dan jejaka anggun pun mula berkata-kata....
    Diari Seorang Penulis Separuh Diva
    10 years ago
  • My Rojak Lyfe Best Gyla
    Sunday day dayy~
    10 years ago
  • Ateen Simbol
    IAM BACK
    10 years ago
  • -dan aku kembali menulis-
    Biarkan berlaku, buatlah tak tahu
    11 years ago
  • ini fynn jamal cakap.
    kontradiksi
    11 years ago
  • Mumbles of a Psychopath
    MATA
    12 years ago
  • Aqmal Arista
    Hidup Kita Ada Warnanya
    12 years ago
  • Along the way
    Ramalan Bintang TAURUS Hari ini
    12 years ago
  • Danny McCartney :
    Jefferson is not an evil
    13 years ago
  • Dreaming Out Loud ♥
    Sink In, Will You?
    13 years ago
  • arienna afiqah
    Wordless Wednesday #2
    13 years ago
  • Kurus Kering
    Bersih kepala hotak.
    13 years ago
  • i3ka_k3cHiK.....<3
    sometimes jd nerd best gak....
    14 years ago
  • It's all about F.O.O.D !
    Tarbush Restaurant : Lebanese Delicacies
    14 years ago
  • DIPLOMA IN ACCOUNTANCY 1A 2009 - UiTM MELAKA
    Final Examination time table
    15 years ago
  • hikayat puteri nelly
    HARI RAYA
    15 years ago
  • My Words from My World...
    Fakta tentang penulis.
    16 years ago
  • Ifa tasya
  • Ayul Hasriq
  • Ceritera Cik Peeka
  • the pace of not-so-modern life
  • ayi :)
  • Things from my life...
  • Haziq Zainal
  • coretan kisah diri ini.
  • PTTC
  • Black-Fluro"scentofbaby"
  • .:.:. RINDU TERHENTI .:.:.
  • RIBENA PURPLE
  • Hilmy Ashley One L.O.V.E
  • Fetty Razak ; )
  • CHEKdenoor
  • Budak Comot Membebel
  • Hers
  • Najla
  • shirosiputih
  • warna warni kehidupan
  • Haziq Zainal
  • Kak Dina
  • Middle-child Syndrome
Show 10 Show All

My lover

Visitors since Nov '08

free hit counter
FOLLOW ME @INSTAGRAM

Foot print

Created with by ThemeXpose | Distributed By Gooyaabi Templates