Wanita

by - Sunday, June 24, 2007

Renung dengan mata hati
Bukan emosi
Harga diri
Bergunakah aku?
Adakah kehadiranku menguntungkan?
Atau sekadar mengisi kekosongan?!

WANITA...
Jahiliah berlalu
Kau pula dipermulia
Kau disanjung
Malah ada yang dipersada
Ditabal menjadi permaisuri
Kau tidak lagi diperdagangkan
Tidak jua dijadikan barangan tontonan
Zaman kau dikubur bernyawa telah berlalu
Kau terbela
Oleh nabimu tercinta

WANITA…
Kenapa berduka
Kononnya engkau dipersenda
Hakmu diperguna
Engkau seolah-olah insan yang hina
Hanya berapa dibelakang permuda
Hadirmu hanya kerana kau wanita
Mengapa adakan ruang untuk dinoda?
Salah siapa?
Hingga zahirmu dilupa

WANITA…
Adakah kau sedar?
Kau sebenarnya amat istimewa
Tafakur seketika
Buka mata
Bukalah minda
Bahawa engkau terlalu mulia

Wanita
Kau bukan dijadikan dari kepala
Untuk merebut menjadi ketua segala ketua
Kau jua bukan dijadi dari kaki
Kau sebenar lahir dari sebatang tulang
Yang dekat dengan hati
Untuk dibentuk dan dikasihi
Cukuplah ini kalau kau mengerti

WANITA…
DARI RAHIMMU
LAHIR SEORANG IBU
LAHIR SEORANG AYAH
LAHIR SEORANG RASUL DAN NABI
LAHIR SEORANG PERDANA MENTERI
LAHIR SEORANG ULAMA SEJATI
LAHIR MUJAHID BERANI
TIDAK DARI RAHIM LELAKI
TIDAKKAH ENGKAU MENGERTI
KEDUDUKANMU TERLALU TINGGI

Wanita…
Betapa berkuasanya engkau
Syurga berada dibawah telapak kakimu
Mentaatimu tiket ke syurga
Berbakti kepadamu petunjuk sifat takwa
Mengasihimu lambang akhlak mulia
Mengabaimu menempah bahaya
Mengenepikanmu membawa celaka
Tanpamu hidup tak bermakna

Wanita…
Andai pena dijadi perantara
Menterjemahkan semua cerita
Untuk membukti segala keistimewaanmu
Nescaya tiada kemampuan
Kerana kau terlalu mulia
Tiada bandingan
Tiada tara

Wanita…
Cukuplah jika kau sedari
Siapa dirimu
Penuh persediaan
Berlandaskan ilmu dan iman
Bukan emosi dan perasaan
Pasti kau dapat
Menerima kenyataan
Pasrah dengan kejadian
Bahawa engkau sebenarnya
Terlalu dimuliakan
Mempunyai kedudukan
Yang tinggi disisi Tuhan


DIPETIK DARIPADA SUARA KESATUAN PERKHIDMATAN IMIGRESEN SEMENANJUNG MALAYSIA (Suara KPISM
)

You May Also Like

0 Love notes