Kesesakan Di Lebuh raya dan Jalan Raya semakin menjadi-jadi~!!!

by - Monday, December 24, 2007

Setiap kali balik ke kampung atau ke rumah saudara-mara yang menetap di Seremban dan Melaka, pasti kami sekeluarga akan menghadapi kesesakan jalan raya yang sangat teruk... Jika sebelum ini, perjalanan hanya mengambil masa setu jam setengah hingga dua jam, tetapi, sejak kebelaknagn ini mengambil masa selama tiga jam setengah! Sampai sakit punggung saya! (malu untuk mengaku, tapi, itulah yang terjadi!!!) Walaupun bukan saya yang memandu, saya pula yang berasa rimas dan bosan apabila melihat sikap pemandu yang lain mencelah-celah di ruang kosong antara kenderaan. Pantang sahaja ada jarak, pasti, mereka akan menyelit! Kita bukan beri jarak tu untuk mereka menyelit, tapi, sebagai langkah keselamatan jika berlaku kemalangan..!!! tahulah kereta mereka tu besar-besar belaka...Mercedes Benz,Honda dan sbgnya, tapi, hormat lah orang lain juga...Walaupun kami ni cuma mampu gunakan kereta buatan Proton (Persona)! Lagipun, bukankah kos untuk pembaikan kereta mereka amat tinggi?? Jadi, tak perlu la nak dedahkan diri kepada kemalangan...Saya sebenarnya sudah bosan untuk bergerak ke bandar dengan menaiki kereta sendiri (mama atau ayah la yang bawa...saya tak miliki lesen lagi...hehehe~)Sebab, sana sini kesesakan lalu lintas berlaku..Perjalanan yang sepatutnya hanya mengambil masa yang singkat, menjadi berjam-jam lamanya... Yang hairannya, di lebuh raya juga boleh sesak teruk! Apa gunanya ada lebuh raya jika terpaksa menempuh kesesakan yang teruk? Entahlah...Saya yang belum mempunyai lesen ini pun sudah bosan dengan kesesakan yang sering berlaku, apatah lagi mereka yang terpaksa menempuh kesesakan 2 kali sehari (waktu pagi ketika menuju ke tempat kerja dan waktu petang ketika pulang ke rumah dari tempat kerja)...Agaknya, mereka sudah lali...Alah bisa, tegal biasa...Mungkin ada yang menyarankan agar saya menggunakan kenderaan awam sahaja...Tapi, keadaannya sama sahaja...Terpaksa bersesak-sesak, berebut-rebut,menanti kenderaan awam yang entah bila akan muncul...Itulah lumrah hidup di kota metropolitan Kuala Lumpur agaknya...

Buat pemandu di luar sana...Ikutlah lorong anda sewaktu tersekat dalam kesesakan jalan raya...Janganlah terlalu ikutkan perasaan...Semua orang ada perasaan...Tapi, cubalah kawal...Kalau anda rasa anda letih, penat, orang lain pun letih, dan penat juga,kan??? Orang lain juga tersekat dalam kesesakan yang sama juga...

You May Also Like

0 Love notes