Tiada cinta seagung cintaMu....
Cinta.....
Di atas sejadah cinta, novel kegemaran yang menuntun hati dgn cinta, agar kembali pada fitrah cinta nan suci. Cinta... kalimah yang bisa mengetarkan hati. Pada insan yang masih tercari-cari cinta. Cinta itu sesuci embun diwaktu pagi, bak sekudus doa taubat kepada penciptaNya dan alam penuh seribu misteri. Cinta tak mengenal siapakah dia,apakah dia, bagaimanakah dia, dan dari manakah dia.Cinta perasan penuh misteri,namun ianya suci dan indah andai diberikan kpd insan yg benar-benar telh ditakdirkan utk kita...'dia' lah insan itu.....
"Ilahi, kasihanilah hambaMu yang lemah ini. Engkau Maha Tahu atas apa yang menimpa diriku. Aku tak ingin kehilangan cintaMu. Namun Engkau juga tahu, hatiku ini tidak mampu mengusir pesona kecantikan seorang makhluk yang Engkau ciptakan. Saat ini hamba sangat lemah berhadapan dengan daya larikan wajah dan suaranya, ya Ilahi, berikanlah padaku cawan kesejukan untuk meletakkan embun-embun cinta yang menitis-nitis dalam dinding hatiku ini. Ilahi, tuntunlah langkahku pada garis takdir yang paling Engkau redhai. Aku serahkan hidup matiku untukMu."
"Ya Ilahi, wahai pemilik segala hati. Ku bersujud pdMu. Terimalah taubatku dengan dosa2ku ini. Daku berdosa dan derhaka padaMu. Sesungguhnya Engkau mengetahui bahawa di kala ini, hambaMu ini teruji dgn hati dan dunia. Wahai Yang Maha Penyayang, berdosakah daku jika perasaan itu hadir pada hambaMu yang bergelar makhlukMu. Ya Ilahi.. ampunilah dosa-dosaku atas airmata ini yg tidak dapat menahan perasaan cinta itu, sesungguhnya Engkau Maha Mengerti bahawa hati ini tidak bisa menolak fitrah yang Engkau ciptakan. Daku lemah ya Ilahi, lemah dengan dugaan hati yang telah semampu kudrat ku tepis-tepis agar tidak mengganggu cintaku padaMu.. izinkanlah airmata ini mengalir kerna tangisan ini tak mampu ku bendung lagi.."
"Wahai Ilahi, tuntunlah daku agar cinta ini suci dalam redhoMu. Janganlah Engkau biarkan daku sendirian. Daku tak berdaya. Sesungguhnya segala isi alam di tanganMu Wahai Yang Maha Tahu. Sesungguhnya, daku tak mahu kehilangan cintaMU..dan juga ku tak mampu memalingkan rasa cintaku padanya. Ya Ilahi, andai Engkau mengetahui dia terbaik dan tercipta untukku, bagi diriku dan agamaku, usahlah Engkau biarlah hatinya dan hatiku terbiar jauh dariMu, dekatkanlah hati kami pada cinta yg suci dengan ikatan yang Engkau redhoi. Satukan hati kami dlam redho dan rahmatMu."
"Ya Ilahi, bimbinglah daku dan dirinya ke jalan yang lurus. Seandainya juga dia bukan terbaik untukku,bukan tercipta untukku. Jadikanlah hatiku ini redho dgn takdirMu. Hilangkanlah dia dari hatiku, mimpiku, dan hidupku saat ini dan selama-lamanya. Temukanlah dia dengan insan yang lebih baik, yang dapat memimpinnya kejalan cintaMu. Temukan daku dgn insan sebaik dirinya. Ampunilah daku ya Ilahi, sesungguhnya daku wanita lemah yang hanya punya airmata sebagai teman. ampunilah daku ya Allah, kerna airmataku ini menitis di hadapanMu kerna makhlukMu, kerna dosa2ku padaMu, kerna setitis cinta pada makhlukmu yang lahir tanpa ku pinta."
"Ya Ilahi, ku ingin hidup dan matiku dlm redho Mu, ampunilah segala dosa-dosaku yang seluas air di lautan , setinggi gunung-gunung ciptaanMU. Ampunilah juga dosa-dosa insan lain. Terimalah taubat hambaMu yang hina ini dan andai takdir Mu telah tertulis di Luh Mahfuz, daku redho apapun yang Engkau takdirkan, walaupun andainya ku kehilangan dunia, dan insan yang kucintai demi meraih cintaMu. Semoga pabila saatku bertemu denganMu, taubatku bersatu dalam rahmatMu. Ku merayu penuh syahdu dengan titisan airmata ini, Engkaulah harapanku,hidupku dan matiku, janganlah hampakan perasaan hambaMu ini....amien."
Novel Karya Habiburrahman El-Shirazy
Mulai esok, aku akan jadi sebahagian dari manusia2 yg menghirup udara dan memijak bumi Jakarta, Indonesia... Selama 3 minggu aku akan meninggalkan bumi Malaysia (ceh. macam la jauh sgt nak berjalan. But, still terpaksa tinggalkan bumi Malaysia dan bantal busuk yg aku cintai)
*sigh*
Selamat Tinggal Malaysia, Selamat Tinggal Cinta. Tunggu aku balik 3 minggu dari sekarang! =)
Cinta, jaga diri elok2 yea. Ingat tau, kita berdua tak de krisis. (pada pandangan saya, awak sangka kita ada sengketa berdasarkan pertanyaan kawan awak kat saya hari tu. Itu assumption saya. eh. kalau awak tak faham statement saya ni, nanti awak tanya la saya sendiri. saya pun pening dengan ayat saya ni)
awak tu yg ingatkan saya ni jahat sangat. Isk. Saya jumpa kawan awak tu sebab hal2 perempuan je la. Bukan pasal awak sangat pun *tipu. hal awak ada jugak. banyak jugak. tapi jangan risau. saya tak buat ape2 yg jahat pun. sebab saya sayang awak; walaupun awak tak ada perasaan yang sama untuk saya. ;) *
Syiqa: Walaikumsalam... haah. saya NR.
Abg Mad: Dia RN. Takpe ni. Dia ni special.
Syiqa: *senyum lebar*
*ehem. special mcm mne ye, abg? ;) eh syiqa, stop la perasan2 ni boleh?!*
P/S 2: Hazim Sazalli, thanks yer ikut aku pergi kenduri rumah pak cik aku tadi! Sayang kau lebih la~ ^3^
Palang Tu Rilek Je Tengok Aku Hampir2 Nak Langgar Dia =D
(16.10.10)
Saya pernah. Lebih sekali. Saya percaya ramai di luar sana juga pernah. Normal bagi mereka yang tidak pernah, untuk menganggap golongan yang pernah ini sebagai gatal, atau sengaja, atau mencari fasal. Normal untuk kita berkata itu ini sebelum merasai. Manusia prejudis pada apa yang mereka tidak tahu dan skeptikal pada apa yang mereka tidak faham. Ini kelaziman kita semua. Jangan kecil hati.
Gatal, sengaja, atau mencari fasal – saya tidak akan mengiya atau menidakkan mana-mana. Boleh jadi tiga-tiga. Boleh jadi salah satu. Boleh jadi bukan langsung. Jangan bilang “kejinya, aku takkan buat begitu.” Perjalanan hidup bukan semuanya dalam tangan kita untuk menentu.
Pada saya, mereka yang melalui pengalaman ini adalah golongan idealis (yang perlu direalistikkan), sedikit lemah (yang perlu dikuatkan), dan yang paling penting, terpilih oleh Allah untuk dihadapkan dengan ujian.
Kalau jatuh cinta dengan orang yang hatinya sudah berpunya itu dosa, kenapa Allah menghalalkan poligami? Fikir. Yang bikin dosa adalah perbuatan, bukan sangat perasaan. Saya berani kata begini sebab saya banyak dosa.
Tapi itu cerita lain. Ini cerita kita-kita.
Selama hampir 26 tahun saya bernafas, mengutip pengalaman dari hidup sendiri, mengutip cerita dari hidup ratusan orang di sekeliling, saya semakin sedar, bahawa jatuh cinta adalah jatuh cinta.
Jatuh cinta setelah tahu dia sudah berpunya. Jatuh cinta sebelum tahu dia sudah berpunya. Jatuh cinta namun berpisah kerana hatinya diambil orang lain. Jatuh cinta, berpisah, dia mula hidup baru dengan teman baru, namun kita masih terus menerus jatuh cinta.
Jatuh cinta adalah jatuh cinta. Titik.
Sakitnya mengetahui bahawa orang yang kita kasih itu mengasihi orang lain, atau terikat dengan orang lain, adalah sakit yang luar biasa. Bilamana dia itu suami/isteri orang, tunangan orang, atau kekasih orang, kita serta-merta mengarah hati kita supaya berhenti. Jangan sayang lagi. Tak boleh!
Hati tanya kenapa?
Kita jawab tak boleh.
Hati tanya kenapa?
Kita jawab tak boleh!
Setakat “tak boleh”, lut ke?
Biasanya kalau ada rasa benci, akan lebih mudah untuk awak berhenti mengasihi. Kalau dia itu jahat orangnya, banyak buat salah, layan awak seperti sampah, adalah modal untuk membenci. Masalahnya dia baik (kalau jahat kenapa pula awak hendak jatuh cinta, betul?), dan dia tidak buat salah, dan dia tidak layan awak seperti sampah. Jadi modal untuk membenci tidak ada. Satu-satunya modal untuk berhenti ialah kekuatan diri awak sendiri. Iman. Nekad. Dua perkara itu paling payah hendak timbul bila sudah bertembung dengan hati yang sarat dengan nafsu hendak mencinta dan dicintai. (Dan orang gila mana yang tidak mahu mencinta dan dicintai?)
Hati dengan otak, manalah duduk sebelah-menyebelah.
Apa yang saya buat dahulu untuk memboloskan diri dari keadaan ini ialah, saya berserah. Bukan berserah sekadar di mulut, tapi betul-betul berserah. Tahun demi tahun, saya semakin sedar bahawa manusia bukan kepunyaan manusia. Pasangan kekasih bukan dimiliki satu sama lain. Pasangan tunangan bukan dimiliki satu sama lain. Suami isteri juga, bukan seratus-peratus dimiliki satu sama lain. Lelaki yang saya jatuh cinta itu bukan barang runcit, yang saya boleh curi-curi ambil dari troli orang lain. Kalau pun dia dengan saya, satu hari dia boleh pergi ke orang lain. Kalau pun dia dengan kekasihnya, satu hari dia tetap boleh pergi ke orang lain. Dia ada otak, ada hati, ada kaki; dia boleh ke mana-mana sesuka hati. Setiap manusia ada hak dan daya untuk memilih. Jadi apa makna “pemilikan”? Apa makna “kepunyaan”? Wujudkah “pemilikan” dan “kepunyaan” sesama manusia? Siapa yang benar-benar memegang otak, hati, kaki, seluruh anggota manusia tadi? Siapa yang ada kuasa total untuk mengawal semua ini?
Kawan saya kata, “tempat asal cinta ada satu je.”
Saya percaya, kita jumpa jodoh kita kalau kita mula mencinta dengan mencintai Allah. Saya bukan orang yang paling baik. Saya cuma tukang redha. Tukang berserah. Tukang sujud. Tukang tadah. Dan semua ini paling ketara bila saya paling susah. Saya bukan orang yang paling baik.
Cuma dalam situasi sebegini, saya ambil langkah pertama dengan berhenti berfikir, “Aku nak dia. Aku nak dia. Aku nak dia.” Sebaliknya saya mula berfikir, “Terpulanglah, Allah. Apa saja yang Kau rasa baik untuk aku. Terpulanglah. Buatlah.” Redha dan berserah pada mulut adalah sangat-sangat berbeza dengan redha dan berserah pada hati. Hanya bila ia terjadi pada hati, akan awak tahu bezanya.Percaya cakap saya; sangat-sangat besar bezanya.
Saya percaya jodoh itu misteri. Letaknya di tangan Allah, bukan manusia. Jangan biar manusia lain menetapkan definisi jodoh bagi kita. Jodoh itu bukan mesti jatuh cinta dengan orang bujang. Atau lelaki berkopiah. Atau wanita yang tidak pernah berbuat salah. Menjadi isteri kedua adalah jodoh. Menjadi isteri pada cikgu awak adalah jodoh. Berkahwin dengan office boy tempat awak bekerja adalah jodoh. Berkahwin dengan musuh awak zaman belajar dulu adalah jodoh. Berkahwin dengan janda adalah jodoh. Berkahwin dengan lelaki yang lebih muda adalah jodoh. Berkahwin dengan duda anak tiga juga tetap jodoh. Kerana jodoh itu bubuhnya di tangan Maha Pencipta, jadi ia boleh datang dalam macam-macam rupa.
Kalau kita betul-betul hendak tahu apa akhir cerita cinta kita, kita kena berbalik pada tempat asal cinta itu.
Dan seperti kawan saya kata, tempatnya cuma ada satu.:
credit: Ady Musank
P/S: The greatest pain that comes from love is loving someone you can never have
Thanks for raise me up.
Thanks for everything that you had given to me..
Thanks for the love..
Thanks for the money..
Thanks for the care..
Thanks for the car..
Thanks for everything!
I hope I won't break my promise..
I hope I won't disappoint you..
(Even though I did it once before...)
Ok. Correction.
I hope I won't disappoint you anymore..
*Kak long akn jdkan kata2 ayah tu sbg pembakar semangat yer!*
"Ayah rela kak long gagal bercinta dari gagal mengejar harapan"
I love you till death!
You are the greatest father ever!
Happy Birthday, Ayah!
P/S: Hari ni bertambah satu lagi anak buah aku. Baby baru ni sama birthday ngn Abang dia and atok sedara dia! Congrats Kak Ayu and Abang Pian!
sekali tuh, nmpk mcm kelibat dia kat karnival tu. dengan perempuan lak tuh. Aiyooo. Nak puaskan hati, aku ajak mira ngn anis singgah karnival. nak check la kan.. ;))
tapi, takde la pulak. aiyoo. mne abg lari nih? dgn hari yg remuk redam. *whoaaaa* aku pown ajak la mira ngn anis blah. tapi masa otw nak g keta tu, aku nmpk satu motor menghala kat ktorg. bila dia ke depan sikit, nmpk uniform biru. bila dekat lagi... Abang Mat! lalalalala~~~ yg penting, dia SENYUM! hahahahahahaha~ *kau gile ke ape syiqa? dia mmg baik, kan? dia senyum kat semua org la. jgn perasan!*
lepas anta mira ngn anis, aku pown berambus la nak balik umah. dalam hati aku, "mesti dia ade kat pos. pegi atm la. hehe"
tapi, tak de la pulak. aiyo. dah alang2 bagi signal nak pegi atm tuh, pegi je la. nnt encik shahrir pikir ape plak kan? lepas puas menggodek mesin atm tuh, aku pown pegi la kat viva aku tuh. sambil tu, jari jemari ni sibuk ngn hp. dah tu, dengan konfiden nya, aku tekan butang ijau kat kunci keta aku. then, tgn gebu aku ni selamba je tarik pintu keta. skali tuh... "eh. bila mse keta aku tukar kaler hitam? alaaaa. salah keta la!" dengan muka yg agak malu suam2 kuku tu, aku pown gerak la pegi keta aku yg sebenar. tapi kan... tetibe... "adik! sini kejap" ahaks. Abang panggil!!!! *eh. bila masa dia ade kat situ? dia nampak ke aku salah keta tadi?*
aku pun dengan muka yg sardin tengah bahagia pown pegi la kat dia. *isk. bila lagi nak berbual ngn dia kan?*
En. Shahrir: (suluh keta aku) haa. tu byk lagi tuh.
Abg Mat: Adik eh yg bagi abg englbear tu?
Aku: haah. =D
Abg Mat: terima kasih eh.
Aku: sama2.
Abg Mat: yang kek diorg bagi abg tadi pun adik yg bagi jugak?
Aku: haah
Abg mat: kek tu abg dah mkn dah. sedap!
Aku: sedap tak?
abg mat: sedap
Aku: eh. biasa la. tgk la siapa yg buat.
abg mat: ouh. buat sendiri?
Aku: haah.
Abg mat: kenapa bagi?
aku: saje je. hari raya kan?
abg mat: ouh. bagi kat semua la?
aku: haah. =D (sbnrnya nak bg abg sorg je. tp nnt nmpk pelik dan poyo plak. tu yg bagi semua tuh. baru adil kan?) lagi pun, nak ckp terima kasih sbb tlg kwn saya semalam. ;) <---alasan bodoh! abg mat: kawan adik? yg mne satu? aku: yg keta dia takde air tu. abg mat: ouh. kawan adik tu? aku: haah. kawan. dia tu mmg sengal sikit. main lanyak je keta tuh. bukan nak check ape patut. abg mat: macam mana keta dia? ok dah? aku: ok kot. sbb dia dah hantar balik kat ayah dia
Maaf Zahir dan Batin...
Syukur ke hadrat Illahi kerana masih memberi peluang untuk kami sekeluarga melalui ramadhan kali ini dan menyambut lebaran bersama...
Syiqa, berusahalah untuk menjadi lebih baik. buang semua sifat negatif kau tuh. jgn amalkan lagi perangai yg bukan2 tuh. Jaga percakapan, perbuatan dan hati. jgn sakitkan hati org lagi. jgn suka membazir.
Fadilat bulan ramadhan:
KELEBIHAN RAMADHAN
Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.
1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-
2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-
3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-
4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-
5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-
PENERANGAN HADIS
1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.
2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.
3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.
4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.
5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.
6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.
7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.
8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.
9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.
10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.
11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.
Biografi
1. Kitab Fadhailul Awqat oleh imam Al-Baihaqi,ditahqiq oleh Adnan Abdul Rahman MajidAl-Qaisi,Maktabah Al-Mnarah,Makkah.
2. Fathul Bari syarah sohih Bukhari oleh Ibn Hajar Al-'Asqalani
3. Syarah sohih Muslim oleh imam An-Nawawi.
sumber: http://www.ashtech.com.my/bulanislam/Ramadhan.html
Seorang ayah menasihati dan membantu si anak untuk mengatasi sikap panas barannya. Si ayah berpesan, setiap kali si anak selesai memarahi orang yang berada di sekelilingnya, si anak mesti memanah pada pintu kayu yang melindungi rumah kediaman mereka.
Si anak mengikut nasihat si ayah; setiap kali beliau selesai memarahi org di sekelilingnya, dia akan memanah pada pintu kayu tersebut demi melepaskan kemarahan yang membuak-buak di dadanya.
Lama kelamaan, si anak dapat mengawal kemarahan dan sikap panas barannya itu. Akhirnya, si anak tidak lagi perlu memanah pada pintu kayu tersebut. Semakin hari, tiada lagi panah baru yang tertanam pada pintu kayu tersebut.
Satu hari, si anak bertemu dengan si ayah untuk memaklumkan bahawa dia tidak lagi panas baran. Si ayah tersenyum dan membawa si anak ke pintu kayu itu. Setelah benar-benar yakin bahawa si anak tidak lagi seorang yang panas baran, si ayah mengarahkan si anak untuk mencabut semula anak panah yang tertanam pada pintu kayu itu.
Si ayah berkata "pintu kayu ini ibarat hati seorang manusia. Apabila kamu sedang marah, kamu akan memanah ke arah pintu ini; sama seperti kamu telah menusuk hati orang yang berada di sekeliling kamu. Apabila kamu tidak lagi marah pada mereka, kamu akan memohon maaf kepada mereka; sama seperti kamu mencabut semula anak panah itu. Walaupun tidak ada lagi anak panah yang tertinggal pada pintu kayu itu, tetapi KESANNYA tetap ada"
Tadi aku pegi beli dinner kat Kelemak. Masa pegi tu, security perempuan yg berdiri kat pintu keluar tu. Tapi, bila balik... Ade plak security lelaki. Aku bukak tingkap and tunjuk kad matriks. Pastu security tu tanya " NR ke?" Aku jwb la "tak la. saya resident. Tun Merah" Then, dia bagi masuk. Aku pun masuk la. then, dalam 3 meter dari security tu, baru aku teringt "Apesal la aku tak tgk nama pak guard tu tadi!! Dah la HANDSOME!!! Benci!!! Napa la aku lembab sangat!
Doa senjata orang mukmin. Pelbagai cara orang menadah tangan ketika berdoa. Kaedah yang baik dan tampak sopan ketika bermunajat dengan allah SWT adalah lambang kesungguhan, lambang penuh pengharapan kita kepada Khalik. Pada tapak tangan kita ada banyak lambang kebesaran dan kemuliaan Allah SWT termasuk 99 nama Allah.
Kita akan nampak urat tangan kanan dan kiri bercantum seakan membentuk sampan. “Apabila urat tangan itu bertemu ia akan menjadi hufur ‘ba’ . Titik ‘ba’ letak di hati kita. Kedudukannya rendah dari tangan yang kita tadah. Setiap huruf hijaiah di dalam Al-Quran Allah perintahkan satu malaikat menjaganya.Maka malaikat yang menjaga hufur ‘ba’ bernama ‘Har Hayaail’. Malaikat ini akan mengangkat doa kita terus mengadap Allah SWT tanpa sebarang perantara. Oleh itu berdoalah bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan” .
Mencari keberkatan doa…
Doa senjata orang mukmin…. Berikut ada panduan tata cara berdoa iaitu:
1) angkat tangan ke paras dada
2) rapatkan kedua-dua belah tapak tangan
3) “apabila urat tangan bertemu ia akan menjadi seperti huruf ba ب
Titik ba terletak di hati kita. Kedudukannya rendah dari tangan yg kita tadah. Setiap huruh hijaiah didalam al quran ada malaikat yang menjaganya. Huruf ba dijaga oleh malaikat bernama ‘har hayaail’. Malaikat ini akan mengangkat doa kita terus menghadap allah tanpa sebarang perantara. Oleh itu berdoa bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan.
4) duduklah dalam keadaan sopan seperti duduk iftirasy dan duduk tahiyat akhir. Jika berdiri tegakkan badan betul-betul dan jangan menyandar / bersandar.
5) sepanjang berdoa, banyakkan memuji kebesaran allah dan menyebut nama-nama allah yang lain yang bersesuaian dengan keperluan doa kita pada masa itu. Cthnya… jika berdoa mohon dipermudahkan rezeki, sebutlah nama allah ar-razaq dan disusuli juga dengan bersalawat nabi saw
6) berdoalah bersungguh-sungguh dari hati. Gunalah bahasa yg dapat difahami kerana allah maha pengasih dan sangat memahami dan mendengar segala bicara tulus hamba-hambanya
7) ajarkanlah adab berdoa kepada seluruh ahli keluarga sedari usia kecil kerana insya allah ia akan dapat membentuk peribadi baik dalam kehidupan.
Credit: Sitifiza's blog
P/S: Semoga doa kita diterima oleh Allah dan dimakbulkan Oleh-NYA =)
Tanggal 1 Rejab 1431 akan jatuh pada hari Ahad, 13 Jun 2010 (Minggu depan la kan?) So, I rasa macam nak share dengan u olls sume pasal kelebihan dan fadhilat bulan Rejab ni. Walaupun tak ada la banyak mana, tapi I harap kita semua ambil kesempatan utk kumpul pahala sebanyak mana yang boleh. Kita juga sepatutnya berasa bersyukur sebab kita masih diberi kesempatan untuk bernafas di bumi milik Allah ni, selain nikmat2 lain yg dikurniakan.
Antara Kelebihan bulan Rejab:
- Di dalam bulan lain Allah membalas amalan umat-Nya 10 kali, tetapi di dalan bulan Rejab Allah akan membalas amalan umat-Nya 70 kali.
- Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali di dalam bulan Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka.
- Rejab bulan Allah, Sya’aban bulan Rasulullah. S.A.W, Ramadhan bulan umat Rasulullah S.A.W.
- Rejab adalah bulan menabur benih, Sya’aban bulan menyiram tanaman manakala Ramadhan bulan menuai.
- Amalan di dalam bulan Rejab menyucikan badan, Sya’aban menyucikan hati manakala Ramadhan menyucikan roh.
- Rejab adalah bulan maghfirah (keampunan), Sya’aban bulan syafaat manakala Ramadhan bulan menggandakan kebajikan.
- Rejab adalah bulan taubat, Sya’aban bulan muhibbah manakala Ramadhan bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak.
- Pahala amalan baik di dalam bulan Rejab diganda 70 pahala, Sya’aban diganda 700 pahala dan Ramadhan diganda 1,000 pahala.
Beberapa amalan lain yang baik dilakukan dalam bulan Rejab:
- Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun
- Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan istighfar dan zikir
- Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat
- Memohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya
- Menginsafkan diri dengan membaca kisah teladan perjuangan Rasulullah S.A.W. dan sirah Islam lain.
Peristiwa penting yang telah berlaku dalam bulan Rejab:
- Israk dan Mikraj (27 Rejab)
- Solat 5 waktu difardukan ke atas umat Islam (Malam Israk Mikraj)
- Perang Tabuk terjadi di dalam tahun ke-9 Hijrah.
100 HARI SEBELUM KEMATIAAN...
Pulang Oleh Allah SWT?!!! Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan!
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan! Bersolatlah kamu sebelum kamu
disolatkan! Tutuplah rambutmu sebelum rambutmu ditutupkan! Dengan kain
kafan yang serba putih! Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih...
Walaupun orang yang hadir itu
merintih... Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai.... Lalu
dilaksanakanlah solat Jenazah Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa.... Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu
Kifayah Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus.... Segala dosa
meninggalkan solat sepanjang hidup? Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk
dan sujud.... Dapat
membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput? Sungguh tertipulah
dirimu jika beranggapan demikian.... Justeru ku menyeru sekelian
Muslimin dan Muslimat.... Usunglah dirimu ke tikar Solat.... Sebelum kamu
diusung ke liang lahad.... Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat!
Iringilah dirimu ke masjid.... Sebelum kamu diiringi ke Pusara! Tangisilah
dosa-dosamu di dunia.... Kerana tangisan tidak berguna lagi di alam
baqa'! Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan! Sedarlah kamu sebelum kamu
disedarkan.. ... Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan! Berimanlah
kamu sebelum kamu ditalkinkan! Kerana ianya berguna untuk yang
tinggal... Bukan yang pergi! Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan!
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan! Ingatlah di mana saja
kamu berada.... Kamu tetap memijak bumi Tuhan! Dan dibumbungi dengan
langit Tuhan! Serta menikmati rezeki Tuhan! Justeru bila Dia menyeru,....
Sambutlah seruan-Nya Sebelum Dia....
memanggilmu buat kali yang terakhirnya! Ingatlah kamu dahulu hanya....
setitis air yang tidak bererti! Lalu menjadi segumpal darah! Lalu
menjadi seketul daging! Lalu daging itu membaluti tulang! Lalu jadilah kamu
insan yang mempunyai erti.... Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai
itu.... Yang kalau jatuh ke tanah Ayam tak patuk itik tak sudu! Tapi
Allah mengangkatmu ke suatu mercu... Yang lebih agung dari malaikat!
Lahirmu bukan untuk dunia.... Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera
akhirat! Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'... Dengan penuh rela dan
bersedia! Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'... Jalan kemenangan
akhirat dan dunia! Ingatlah yang kekal ialah amal.... Menjadi bekal sepanjang
jalan! Menjadi teman di perjalanan.. .... Guna kembali ke pangkuan
Tuhan! Pada hari itu tiada berguna.... Harta, tahta dan putera.... Isteri,
kad kredit dan kereta.... Kondominium, saham dan niaga.... Kalau dahi
tak mencecah sejadah di dunia!!! " Saling
berpesan-pesan untuk kearah kebaikkan"
TANDA 100 HARI SEBELUM HARI MATI!!!!! Assalam Mu'alaikum Wbrth!!!
BACALAH DENGAN TELITI!!! Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada
hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya.
Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka
sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu
Asar . Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki
akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti
daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan
teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini
rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa
mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang
setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak
diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan
soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu
sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda
ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada
untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau
ditinggalkan sesudah mati.
TANDA 40 HARI Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian
pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis
nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.
Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat
persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita
sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya
sekilas lalu dan jika ini terjadi,
mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk
mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
TANDA 7 HARI Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang
diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan
secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
TANDA 3 HARI Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah
dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat
dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak
mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan
memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi
dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini
dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan
layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar
ditegakkan.
TANDA 1 HARI Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan
merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana
ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar
keesokan harinya.
TANDA AKHIR Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu
keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan
seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus
mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan
malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah
menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula. Sesungguhnya mengingati
mati itu adalah bijak forward this buletin...may ALLAH SWT bless you.
Saling berpesan2lah sesama kita........
I've just finished Myu no Anyo Papa ni Ageru..
It is such a wonderful drama.
Once you are get into the drama, you will laugh and cry like hell.
Trust me =)
Do find some free time to watch Myu no Anyo papa ni Ageru
P/S: I hope i will find my Hayato and I will become his Aya someday :)
Hayato (Matsujun) with Aya (Karina) in the movie.
'Hayato' in future and 'his Aya' in future...
Hayato's Aya in future ;))
*Aku ni kejap nak Matsumoto Jun, kejap Oguri Shun. Mana satu ni? Atau Ninomiya Kazunari? Muahahahahaha*
Petanda pertama: semakin banyak ponteng kelas sbb banyak test
Masa deal dgn owner kedai kek tu, macam2 yg dia janji. tapi at last, cakap tak serupa bikin. Shut down your bakery shop, ok! Don't do it if you have no heart to continue the business.
then, masa nak siapkan presentation tu, dah la I ponteng kelas FAR utk siapkan report MGT tu. At last tak siap jugak. Banyak kot tak siap lagi masa tu! Mama dtg dlm kol 8. 30 sbb hantar cupcakes. mama amek cuti, ayah amek cuti semata-mata nak hantar kek tu. Pastu mama ngn ayah kena tunggu plak aku siapkan report tu smpai kol 11 malam. WTH? sakit hati tau malam tu bila dgr ade org cakap "Syiqa, ko suruh mak kau tunggu ke? ...." sakit hati punya pasal, aku tempik je kat org tuh "Dah tu? Kau nak salahkan aku la suruh mak ayah aku tunggu utk bawak pegi print? Selama ni , ade ko tlg aku buat report? Bila suruh buat, asyik tak reti je!" Haaa. amek kau. sakit tekak aku menjerit malam tuh. Pastu, aku suruh diorg wat slide utk presentation. 2 slide je. Promotion ngn place of distribution je. Aku suruh diorg tgk text book and compare ngn ktorg pnye business plan. Skali tu, bila esoknya, tgk tools of advertisement ngn ciri2 tmpt distribution yg keluar. adoi. utk promotion tu ktorg dah decide utk buat sales promotion ngn advertisement. pastu place of distribution plak ktorg dah decide utk chanel 1. aduh. lantak la. tapi aku puas hati sgt sbb classmate ramai yg cakap asyik aku je yg bercakap masa presentation tu. Ahaaa. sedap sikit hati aku. Biarla org nak cakap aku gila kuasa ke ape. yang penting, hati aku puas! hahahahaha. evil btol aku nih.
Opsss. yang penting, masa nak start presentation tu, hati aku berdebar2 sangat. dah la berdebar nak buat presentation.. pastu ade pulak jejaka hensem yang jadi judge utk presentation tu. nak dijadikan cerita, lecturer a.k.a jejaka hensem tu aku dah lama usha dia. hahahaha. shy2 cat aku time tuh ;;)
Ape pun, aku dah explain kat lecturer aku kenapa serabut sangat report aku tu. Kenapa siap ada tulisan tangan lagi kat report tu. Nasib baik lecturer aku tu faham. -.-'
Satu lagi, nasib baik lecturer aku komen ok je. Nasib dia tak komen teruk2. Actually mase kelas MGT tu aku tak mo pegi sbb malu sgt ngn miss. tapi aku kuatkan hati utk pegi kelas tu.