H.E.A.R.T

  • Home
  • Travel
  • Life Style
    • Category
    • Category
    • Category
  • About
  • Contact
  • Download
Each blogger must post these rules.
Blogger must being with ten facts about them.
Other bloggers who are tagged must also state the rules and ten facts about themselves.
You must choose ten people to give this award to and list their names at the end.
It is essential that a tag is left at their tag boards, letting them know about the award they've received.
  1. Tak sabar nak tengok semula TWILIGHT esok!!!
  2. Tak sabar nak beli Eclipse!!!
  3. Tak habis lagi baca Twilight even I start baca dua@tiga bulan lepas!
  4. I tengah letih berjalan-jalan tadi
  5. I cuma makan 2 keping roti sejak pagi tadi, but, berjalan berjam-jam!
  6. Still miss him !
  7. I wish I will have my own child with my "dream guy" oneday! :)
  8. Sanggup duduk main game berjam-jam walaupun tak mandi dari pagi!
  9. Tak suka buat kerja rumah, tapi terpaksa buat! :((
  10. Menyampah kat lelaki yang bajet HOT! (aku nak je tenyeh cili padi kat mata mamat mcm tu!!!!)
Org yg I tagged:-
NONE! Takde mood nak tagged org!
Friday, December 05, 2008 No Love notes
Dari petang td I main game. (Since balik dari umah Tasha) Then, I rasa tgn kanan I gatal. bukan gatal biasa. Gatal yg macam miang2 tu. I ingatkan salah pegang mouse ke ape ke.. I garu2, then buat bangang je la. Pastu, masa I tgh sibukmain game, my dad balik. I suruh Eena g bukak pintu. I sambung la main game tu. Skali tu, my dad dtg sebelah I. dia usha je I main game. Then, dengan muka selambanya, my dad hulurkan fail kat I. terkejut I. I usha je la file tu. then, I tersenyum lebar. Sebab, I dapat agak, apa benda dalam file tu. :D Nak taw apa benda tu??

jeng jeng jeng...

Actually, dalam file tu ada la lagi satu sampul surat kecik; berserta dgn kepingan kertas yg ada nilainya. Ada la sikit sagu hati yg diorg bg.. Alhamdulillah. Patutla tgn I gatal je td! I hulur la saguhati tu kat my mama. Nak suruh dia masukkan dalam ASB I. Then, selamba je mama cakap "Eyh. Hutang mama mana?" ceis. terpaksa la I hulurkan separuh dari saguhati tu kat mama.. sob sob sob ( Ni gara2 beli breaking dawn semalam!) NVM. separuh je. bukan semua. DEMIMU BREAKING DAWN! gyahahaha...

Psssttt... Hari sabtu ni I plan nak pegi tngk TWILIGHT lagi sekali. Sape nak sponsor I??? hehehehehehehehe... (terpaksa la "seduce" my dad...sebab, nak mintak dia sponsor.. gyahahahaha!)
Ainaa.. Jum tngk TWILIGHT lagi :D
Thursday, December 04, 2008 No Love notes
bumble bees tu I ler.. :((
Cita-cita besar, tapi HAMPEH! Nak jawab soalan spm pun xreti!



Ok.. I sebenarnya sangat ralat dan sedih! Ini la pertama kali I rasa benci pada Physics. (Sebelum ni pun pernah. Cuma, masa tu I belum blaja ngn Mr Physics Man lagi) But, ni la first time selepas I bergelar student dia :((

Susah betul tadi. Tak taw la salah sapa. Salah I sebab terlampau berharap pada Physics or salah soalan tu sebab susah sangat! Entah la. Sudah la dugaan hari ni banyak betul!

Bangun lambat, x sempat nak breakfast. Then, I notice my ic missplace. dah tu, kena amek pengesahan kat pajabat sebab I tak jumpa kat mana Ic I. Time jawab paper 1, masa x cukup. Time dah habis, tapi I ada satu lagi soalan yang I tak jawab. Soalan 45! I ingat nombor tu :(( then, masa jawab paper 2, perut I pedih gila, sebab tak breakfast pagi tadi. Time jawab soalan, I tak bawak pembaris. Tu yang I geram tu. Pastu, satu perkara yang I jadi "orang gila" and macam orang "mati laki" adalah I tak jawab soalan yang 4 markah tu! I hate it! I hate it!!!! Soalan tu tanya apa difference pada pergerakan kapal yang berada di dua kedudukan tu :(( I taw jawapan tu, tapi tak sempat nak semak balik. (I perasan I tak buat soalan tu lepas pengawas peperiksaan tu amek jawapan I)

I frust gila, ok? I bukan tak taw apa jawapan dia, cuma tak ada idea sangat masa first time I go through soalan tu. Apa difference gambar tu?
  • satu kapal kat kawasan yang instructive interference, satu lagi destructive interference.
  • satu kapal melambung tinggi sikit daripada yang satu lagi
hurm. At least I dapat 2 marks klau jawab soalan tu :((

then, Masa nak ajwab paper 3, I jadi orang gila yang terlampau sedih sebab mati anak,tau tak! Sebab, I terlampau nakkan full marks utk paper 3 tu. So, I jadi menggelabah and menangis. Beria-ia lak tu. Dah la tertinggal sapu tangan. Semua kawan-kawan I dah taw apa psl I nanges. Malu, ok? Bila masuk dewan je, tetiba I jadi artis, taw. hahaha..

Benci betul I ! Benci dengan diri sendiri :(( I balik je terus tido :-)

But, Nasib baik la Cikgu Anwar a.k.a physics man call. I terkejut bila tengok nombor dia naik. Actually, time dia call tu, I tengah tido. So, I ingatkan I mimpi je. Hehehehe.. rupa-rupnya memang betul dia call :D Hilang jugak la rasa ralat tu. Tapi, sedih tu ada lagi sebab I tak perform untuk Physics :(( Iskkk.. Napa la cikgu tak call sebelum paper start. Kan boleh jadi pembakar semangat. Ini lepas paper habis. Apa dapat? hehehe.. kejam btol I ni. Tak menghargai langsung! Actually, dapat gak lepas rindu! Opssss... Gyahahaha.. BTW, thanks yer coz call sy, daripada cikgu call Ainaa! Hahahahahaha.. shhhhhh... Ainaa, jangan marah yer ;)
  • Psstt...cikgu kena belajar meramal soalan dari "Best Friend" cikgu tu la. Sebab, ada la beberapa soalan yang dia ramalkan tu keluar :(( But, nevermind. Cikgu ada kelebihan tersendiri. Kalau tak,takkan saya masuk sampai 3 kelas seminar cikgu,kan? ;)
OMG! I MISS this guy! hahahaha.. Rindu betul nak dengar dia gelakkan I :D Ngeeee....
Tuesday, November 25, 2008 4 Love notes
psssttt... I suka sangat gambar ni. Meaningful la :) nak taw apa yang I "nampak" dalam gambar ni? For me, that girl represent myself;syiqa. Then, I nak tinggalkan suatu tempat yang beri banyak kenangan kat I, semata-mata untuk kejar 'My Dream' Then, I pergi dengan membawa "L.O.V.E" tu sekali. hehehehe.. meaningful,kan? ;) perghh.. rasa macam loya la plak. But, tu la hakikatnya :D


Ok. For this post, I nak story ckit jer. Tak mau story banyak-banyak. Pagi tadi I ada kelas tambahan ngn Teacher Sneha. Masa kelas tu, I nak bagitau Aina FM pasal ni. But, terlupa pulak. Hehehe.. btw, I dah bgtaw Eena. (penyimpan rahsiaku! so far, rahsia terbesar yang I miliki masih tak bocor lagi! hahaha... luv you adik!) Actually.. I ada simpan satu "cita-cita" dulu. Kiranya, awal tahun ni lagi la. I ingatkan, tu cuma angan-angan kosong. But, I dapat jugak capai cita-cita tu. Entahlah! Mungkin dah tertulis sebagai takdir untuk I kowt. Mungkin jugak doa I dimakbulkan! :D Tapi, itu cita-cita yang dah tercapai! Now, I ada cita-cita baru! I rasa, cuma Eena ngn Aina FM jer yang faham kowt! since, diorg berdua je yang sokong "plan" masa depan I yang I bagitau diorg hari tu :D

Nak taw apa? sorry la.. tak mau story! hahahaha.. malu kalau tak jadi. Bila dah jadi, baru bleh story. skrang ni kena fokus untuk capai "misi" terkini I tu. I akan cuba pastikan yang I akan dapat apa yang I plan ni. Ni kira khidmat sosial di samping kejar cita-cita terkini I tu. Doakan I yer! Yang pasti, target I utk capai cita-cita tu adalah dalam tempoh 5 tahun! tu paling lama! (sebanarnya paling sekejap!) but, for me, tu je masa yang I ada. Sebab, kalau lebih dari tu, I takut dah jadi basi. But,but,but... I akan sentiasa ingat apa yang Aina FM cakap kat I that day..
"Syiqa, aku percaya kau akan buat yang terbaik. Kau boleh survive! Sebab... KAU SAYANG DIA!"
Friday, November 21, 2008 No Love notes
Yey!

Perkara macam ni la yang I paling "seronok" nak tulis! Kalau Cikgu2 Chemistry I baca ni, sure diorg sedih and menyesal sebab ajar I! :((

Nak taw kenapa?

Hari ni, Chemistry dah jadi subjek ke-2 yang I akan sangat bersyukur kalau dapat 6C! hehehe.. nak taw apsal?

Sebab, most of the question, I don't know the answer! Kalau Mr Al-Junid taw, dia akan cakap,
"Itu la! 'Banyak sangat' buat latihan!"
Hurm... Lantak la. Perkara dah lepas, biarkan berlalu. Dah terlambat pun nak menyesal! So, sekarang ni, I kena fokus untuk Biology, Physics (ouh! My Favourite! Gonna kill myself if I can't answer the question properly) and last but not least, EST! gyahahaha.. then, I am FREE! Boleh dating ngn kengkawan kat Panggung wayang sampai lebam!

Btw, hari ni I cepat tersentuh. I tak taw apsal, tapi memang I rasa nak menangis bila beberapa insiden berlaku hari ni. I ada perselisihan faham ngn one of my friend. Sebabnya, simple jer. I tengah tension sebab tak dapat jawab paper 1 elok2. Then, diorg bincang2 pasal paper 1 tu. Lepas tu, Atiqah tanya Kembar pasal Chemistry, I terdengar. Then, I tak taw apa yang dia tanya tu. So, I jadi bertambah stress la. Then, I rasa yang Atiqah macam tak mau tegur I. But, tu juz perasaan I je kowt.. bcoz, after paper 3, dia tegur I :)

Ok la. Malas nak melepaskan perasaan kat sini. Nanti nanges laks! Baik I chow dulu. Nak sambung carik soalan-soalan Physics yang berpotensi untuk keluar nanti.

Psssstttt... Esok ada extra class Bio. Takutnya nak amek examBio! :-s
Thursday, November 20, 2008 No Love notes

Actually, I sendiri tak tau apa pasal I tulis pasal ni. I tak sepatutnya fikirkan hal2 macam ni. Semuanya bermula dari pagi semalam, masa mama nak hantar I pergi sekolah untuk amek exam add math. Masa tu, I tak amek pusing sangat pasal topik ni. But, bila I baca satu blog malam tadi, I macam baru tersedar. Itu la hakikat yang sebenar!

kira -kira 7.30 pagi, Selasa, 18 November 2008

Mama: Nanti ayah balik,mama nak amek balik kereta Persona tu. Sedap sikit bawak. (masa ni, kitorg naik kereta Wira,manual. Kereta Persona tu Auto)

Myself: Hurm.. Amek la :)

Mama: Itu la manusia,kan? bila ada yang baru, yang lama tu dilupakan. Sedangkan yang lama tu la yang banyak tolong kita.

Myself: hurm..


then,tak lama lepas tu, I pun sampai sekolah. Ingatkan isu ni tamat setakat sini aja. Rupa-rupanya, malam tadi, I ada baca satu blog ni. Tak payah la I bagitaw blog sapa. Cukup la I cakap blog tu adalah blog orang yang I kenali :)

Lebih kurang 10.30 malam, Selasa, 18 November

I saja la gatal2 taip satu nama kat google tu. Then, I terjumpa blog hamba Allah ni. Post tu cerita psal pemilik blog yang kecil hati ngan beberapa perkara. Salah satu nama yang disebutkan tu adalah orang yang I sayang. (But orang tu tak sayang I pun!) tersentak juga I bila baca pasal orang tu. Ceritanya pasal yang I memang dah taw pun. Cuma, bila I baca balik blog tu, I dapat rasa yang sebenarnya, orang yang I sayang tu dah mula berubah. Dia ada tempat baru. So, dia macam tak mau bekerja untuk tempat lama ni la. But, cerita tu dah settle agaknya. Lagipun, benda tu dah lepas.
Cuma, hakikat yang I dah sedar adalah org yg I sayang tu memang dah berubah. Daripada kecil-kecilan, dia masuk tempat yang besar sikit. Then, dia dapat pergi ke tempat yang lebih besar. Nama dia pun dah besar sekarang... I harap dia tak besar kepala pulak lepas ni! Well... manusia perlu berhijrah,kan? Tapi, tak perlu la abaikan yang lama.Sebab, yang lama tu la yang akan tolong kita nanti! Even umat Islam Mekah yang berhijrah ke Madinah pun kembali ke Mekah semula!
Contohnya, I ada beli kasut sekolah baru. Tapi, I sayang nak buang kasut lama, even kasut tu dah hilang bunga kat tapak dia and nampak lusuh. Memang pada dasarnya kasut tu nampak tak berguna lagi. Tapi, bila hari hujan, kasut baru I basah and tak sempat nak kering. So, I boleh guna kasut lama. Am I right?

One more thing, betul cakap Ainaa. Kita akan nampak "true colour" seseorang tu satu hari nanti. Itu juga yang berlaku sekarang ni. Sedikit demi sedikit I mula nampak "kekurangan" yang ada pada dia. Tak perlu I sebutkan siapa kat sini. Manusia tak perfect! I lagi la tak perfect! ;) Cuma apa yang I kesalkan, selama ni I mengaku I "kenal" dia. Tapi, hakikatnya TIDAK! sebab, baru sekarang I nampak ada yang tak kena dengan dia. Biarlah. Manusia datang dan pergi. Terima Kasih kerana mewarnai hidup I! :) I takkan lupakan u becoz u la insan yang mampu "mengesat" air mata I and "memecahkan" empangan air mata I :X
  • psssttt.. Kalau orang yang I maksudkan sebagai "dah berubah" tu ada terbaca post ni.. I hope, you won't get mad. I'm talking the truth. I don't want you to change a lot. Why? Because I love you! :)
Wednesday, November 19, 2008 No Love notes
yaksss!

add math la satu-satunya subjek yang I paling "jijik" nak jawab, taw tak! benci! benci! benci!!!!!

Apsal soalan susah sangat,ha?

FYI, tahun lepas punya soalan tak susah macam tahun ni! Sucks!

Kepada pembuat soalan, suka-suka you all je nak main test-test student!

susah la weyh!

sucks!

btw, BUKAN I SORANG je yang kata ADD MATH tu susah nak mampos!

seluruh dewan,ok??

I repeat, SELURUH DEWAN!

Even Nina ngn Mariam pun cakap susah,ok?

  • psssttt....ni mesti sebab I terlebeyh berangankan Mr Inspiration ni! gyahahahaha.. sure cikgu jufri jelir lidah kat I and say "padan muka kau syiqa!" gyahahahaha :P
Bila sampai umah je, I terus pegi toilet, and tukar baju. Then, dengan selambanya I cedok nasi dan MAKAN!

Btw, mesti you all kata xde kena mengena,kan?

For me, memang ada kena-mengena! Disebabkan soalan add math tu terlampau susah, I makan banyak nak mampos! plus minus 4 senduk nasi, habis satu mangkuk sayur sawi masak lemak putih, approximately setengah mangkuk sambal tempoyak,dua ekor ikan goreng!

ambek kau! dah tahap melantak,ok? stress punya pasal! Then, lepas makan, reti pulak menyesal sebab banyak sagt mkn! :((

then, lepas habis makan, mama call. Masa pesan jangan stress sangat. Lupakan paper yang dah habis jawab tu and make sure tengok jadual bebetul... Isk!
Tuesday, November 18, 2008 2 Love notes
UPDATED! Click here for my comment about add math 2008!

OMG! mcam x percaya jer..

esok paper add math! :((

and..and..and.. I'm sitting here with this laptop!

OMG!

add math! :((

Boleh ke I buat esok?

dushhh...

btw, bila I teringt kat my "inspiration guy", terus bersemangat!

tapi, still takut lagi!

so, utk hilangkan rasa takut tu, I on9 la!

hahahaha..

btw, to cikgu Jufri, saya mintak maaf yer. Sebab, saya tak pernah dapat flying colours utk add math..

Saya bukan Ainaa.. Dalam kelas pun asyik menceceh jerk.. :((

To "Mr Inspiration", izinkan saya melantik anda menjadi sumber inspirasi saya yer... walaupun saya dah tak ada chance nak berangan dalam kelas anda lepas ni, tapi, izinkan saya berangankan anda yer time saya buat add math! hahahahaha

cikgu jufri, jgn marah saya yer... saya mungkir janji! hahahaha.. saya tetap berangan time belajar add math even cikgu dah pesan hari tu!

My inspiration guy! hahahaha... =))
mati aku kalau beliau taw!

Cikgu Jufri...
Cikgu Add Math yang suka buat konsporasi! gyahahaha :P

updated!:
actually, my add math paper esok la! 18 November 2008! yang paling kelakarnya, I ingatkan paper add math tu hari ni. I bangun tidur terus siap-siap pergi sekolah. Then, bila dah sampai sekolah, I terserempak ngn Naquiyah and Raudhah. Diorg terkejut tengok I. I pun terkejut tengok diorg sebab diorg tak pakai uniform sekolah. Then, tak pasal-pasal I kena gelak. Tu la akibatnya kalau salah tengok jadual! Mama punya la marah! yer la.. bahaya,kan? Ini nasib baik I ingatkan ada paper and pergi sekolah. Kalau I ingatkan tak ada paper and sambung tidur, walhal ada paper. Kan naya!!! Nauzubillah!
Since this morning, Ramai orang yang search "SPM 2008 add math"! isk.. apa yang you all cari? soalan bocor? Kalau you all nak sangat "soalan bocor" tu, jgn carik kat blog I. Memang tak jumpa la! You all pergi la cari orang yang ada "sixth sense" tu! hahahahaha... I tak taw sape.. tapi, I ada la dengar-dengar cerita yang orang tu boleh dapat "mimpi" tentang soalan apa yang akan ditanya! gyahahaha..opsss....shhhhhh... I tak terlibat, ok! I sentiasa ingat pesan Mr Al-Junid tu..
"If you get flying colours by cheating, you have to pay back one day!"
Sunday, November 16, 2008 2 Love notes

Tajuk Hangat:PERIHAL 7

jawapan anda mestilah JUJUR,AMANAH,IKHLAS,SOPAN-SANTUN DAN BERPEGANG PADA PRINSIP... HEHEHEHE

1. 7 ciri wanita/lelaki idaman anda.
2. 7 wanita/lelaki yang pernah anda minati sepanjang hidup.
3. 7 perasaan sekiranya keluar dengan seseorang yang anda minati.
4. 7 tempat istimewa yang ingin dilawati bersama pasangan anda.
5. 7 barangan/sesuatu istimewa yang mungkin akan anda hadiahkan pada pasangan anda.
6. 7 tajuk lagu yang akan anda nyanyikan untuk pasangan anda.
7. 7 rakan yang anda tag dan mahu mereka buat PERIHAL 7 ini.WAJIB!!mereka musti diberitahu akan perihal ini hehehe.

My Beautiful answer:-

soalan 1: 7 ciri lelaki idaman anda.

  1. Kelakar (macam Al-j!)
  2. Tak sampai hati nak sakitkan hati orang lain;tak pukul orang (macam Al-j)
  3. Ada iras-iras Al-j
  4. tak garang, tapi tegas (macam Al-J lagi!)
  5. romantik
  6. Up to date; tak kolot! (contoh terdekat---->AL-J!)
  7. tak kedekut! (mampus aku kalau dapat yang kedekut!)
soalan 2: 7 lelaki yang pernah anda minati sepanjang hidup.

  1. Amir Z (kawan sekelas)
  2. F. A (kawans sekelas)
  3. Cikgu R ( cikgu disiplin)
  4. Z (kawan chatting)
  5. Sham E (ketua pengawas)
  6. Mr Nazrul Izwan
  7. AL-J!!!!
soalan 3: 7 perasaan sekiranya keluar dengan seseorang yang anda minati.
  1. terkejut
  2. gembira
  3. berdebar-debar
  4. ketawa tak henti-henti (even x kelakar sangat)
  5. panas muka; tangan sejuk
  6. tak nak balik; nak berdua je ngn dia
  7. malu
soalan 4: 7 tempat istimewa yang ingin dilawati bersama pasangan anda.
  1. Jepun
  2. Korea ( winter sonata )
  3. Florida
  4. Bali
  5. Tioman
  6. Disneyland
  7. London
soalan 5: 7 barangan/sesuatu istimewa yang mungkin akan anda hadiahkan pada pasangan anda.
  1. Baju
  2. Chocolate
  3. Birthday card/anniversary card
  4. Jam
  5. Bantal
  6. Pil berhenti merokok
  7. Perfume
soalan 6: 7 tajuk lagu yang akan anda nyanyikan untuk pasangan anda.
  1. Aku ingin kamu -Romance
  2. I'm yours -Jason Mraz
  3. You are my everything -Santa Esmeralda
  4. Maybe -King
  5. Nothing's gonna change my love for you - Glenn Medeiros
  6. Hanya Kau yang mampu -Aizat
  7. Ketulusan Hati -Anuar zain
soalan 7: 7 rakan yang anda tag dan mahu mereka buat PERIHAL 7 ini.WAJIB!!mereka musti diberitahu akan perihal ini
  1. Eena
  2. Hanina
  3. Zafirah Majdiah
  4. Ilham Pohan
  5. Jime
  6. Nabil
  7. syajirul ain
Sunday, November 09, 2008 No Love notes

Yes! I really meant it. I am gamma ray! why?

because, I can "penetrate" his life.

BUT,

I can't "ionize" his life.
Saturday, November 08, 2008 No Love notes

once again, this is just a lyric!
hahahaha... btw, I dedicate this song to Mr Physics Man (I nak perasan sekejap! Jangan marah,boleh?) =)

Penyanyi: Elite
Lagu:Manisnya Senyumanmu


Ku rasa...satu dunia sudah mengerti perasaan ku ini
Mengapa oh! mengapa takkan kau sedar ku mendampa
Ataupun...dikau sengaja diam berpura memendam rahsia
Segeralah oh! segera ku tahu kau hanya bermain masa

Semakin sering kita bertemu
Semakin terpaut rasa cintaku
Hari demi hari ku tetap menanti
Namun mula mula langkah pertama

Mata bertentang mata adakah kau terasa
Cinta kian memekar dihati kita
Kau istimewa paling utama yang satu
Betapa manisnya senyumanmu
Debaran penuh makna kelu tidak terkata
Sering kali terjadi bila kau disisi
Namun yang pasti membuat ku jatuh hati
Oh! manisnya,manisnya senyumanmu

Pabila aku terdengar
Lagu cinta ku terkenang kepada mu
Aku merindu oh! merindu
Senyumanmu yang menawan kalbu

Semakin sering kita bertemu
Semakin terpaut hatiku padamu
Jika kau pun juga rasa ynag ku rasa
Apa yang kau pinta katakan saja

Saturday, November 08, 2008 No Love notes
Wah! layan jiwang laks! hahahaha.. btw, tu la yang I maksudkan! Hari ni ada majlis restu ilmu. Masa kitorg bersalam dan bermaafan dengan cikgu-cikgu, I dah nekad, tak mau menangis. Kononnya nak tunjuk tabah la kan? hahahhaa.. sekali, I rasa, teruk jugak la I nanges, sampai teacher Azni cakap "sudah la syiqa. jangan la menangis!" gyahahahaha... :P

Ok. Lupakan pasal majlis tu. tak mau ingat. sedih!

lepas majlis restu ilmu tu, kitorg susun meja untuk exam next week. hehehe.. mcam2 ragam ada! I sempat jugak snap gambar cikgu Salim tampalkan slip peperiksaan kat meja I.
pssttt... Cikgu Salim ni cikgu BM I. kitorg sayang dia. Masa majlis restu ilmu, kitorg sume rasa nak je salam dia! but, apa nak buat? kitorg ni girl! hahahahaha... student lelaki siap peluk2 ngn cikgu salim lagi. mane aci!!

ni ler ragam kitorg dekat-dekat nak SPM ni!

Sekarang nak story pasal kawan-kawan pulak! Actually, xde story apa pun. Macam biasa, situasi bila nak exam adalah semua orang mintak maaf. hehehe.. perpisahan adalah satu risiko bila kita bertemu dengan seseorang. So, sekarang ni dah tiba masa untuk kita semua simpan kenangan yang kita dah lalui bersama. Mungkin lepas ni susah nak jumpa balik. But, jodoh pertemuan, kita x taw kan?
For your information, I belajar untuk terima hakikat akan perpisahan bila I mula sedar I takkan "memiliki" apa yang I nak tu. So, harap-harap I dapat apply apa yang I dah tanamkan dalam diri I sejak dari hari tu lagi.
I'm gonna miss you guys!

with Aina... teman berposing ku!

then, tak ketinggalan, kakak-kakak kat Titian Cahaya. (kak siti,kak fara,kak shida,kak zam) Diorg tu rajin betul layan kerenah giler I! hahahaha.. biarlah kitorg je yang taw! :)

I love you guys! but, for sure la I love my Physics Man more than you guys! hahahahaha :-*

People come, people go
People come
Then are whisked away
People go
Very few ever stay

Loved ones gone
In the blink of an eye
Never to come again
While you are left to cry

Happy times missing
Only leaving memories
Like a tree
That has lost all it's leaves

We miss them a while
Then we move on
Even so
In our hearts, they're never long gone

We dream of them
Wonder if they're happy
See their smiling faces in our minds
Just how we wish them to be

People come
People go
Like everything
Like the snow

But so be it
We love them anyway
Besides that
We all end up together in the end, someday

Cilok from: DeviantART


Friday, November 07, 2008 No Love notes

I jadi tak tentu arah bila I check my "informer" and kat situ ada tercatat :-

Petaling Jaya, Wilayah Persekutuan arrived from blogger.com on "H.E.A.R.T". 19:07:07 -- 1 hour 24 mins ago

I sendiri tak taw apsal I jadi macam tu. maybe "Petaling Jaya" tu kowt! hahaha.. FOBIA,ok??

then, tak lame pastu, "visitor" ni pulak "cuci kaki" masuk blog I.

Shah Alam, Selangor arrived from google.com.my on "H.E.A.R.T" by searching for syiqaputerisepi. 19:41:49 -- 50 minutes ago

What the hell on earth she/he looking for "syiqaputerisepi" ??

Pelik betul orang Malaysia ni! isk! :P
Psstt.... I selalu cakap "suka hati aku la apa aku nak tulis! tu blog aku!" bila orang cakap I tulis sesuatu yang takde kena mengena ngn diri I, but lebih kepada MR PM tu!.. so, sekarang ni, sure korang pulak laser I,kan? I taw la korang akan cakap, "suka hati kitorg la nak baca blog kau! Kalau tak mau orang baca, jangan tulis blog!" gyahahahaha.. Am I right? ;) so, suka hati korang la!

Thursday, November 06, 2008 No Love notes
Ada la orang tanya I, "kenapa tak amek BM 2 kali? BM kamu bagus ke?" I tertanya-tanya jugak. "Npe lak dia tanya aku gini yer?" hurmmm... disebabkan I ni suka buat kesimpulan sendiri, I teka la sebabnyer.. Maybe dia tengok Bahasa Melayu I kat blog ni sangat teruk,kut? ejaan pun tunggang langgang, pastu, kut jadi kowt. then, ntah apa-apa lagi la yang I tulis. Btw, ni bukan nak berlagak taw. I think, my BM is better than yours,ok? ;) hahahahaha.. Jangan la Allah tarik balik anugerah yang DIA bagi kat I ni. adus! Bukan apa, I geram bila 'that guy' tanya I gitu! :P cuba la bagi example lain. cthnye "Kenapa tak amek add math 2 kali? Add math kamu bagus ke?" itu I bleh la terima lagi. sebab, senang je jawapan I. "Cikgu add math kat pusat tuisyen tu garang! takut saya!"

Btw, I x mau amek BM sampai 2 kali bukan sebab I dah power sangat BM tu. But, because tak ada seru lagi! gyahahahaha... (actually, I takut I jatuh hati lak kat Cikgu Azman tu klau amek 2 kali kelas BM. for your information, cikgu tu sweet,ok? hahahaha) shhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

-the end-
Wednesday, November 05, 2008 No Love notes
Hari ni I kelaur rumah lambat sikit! Around 1.30. Baru I faham ape yang orang bengang sangat bila naik public transport ni. I kena tunggu setengah jam macam orang bodoh kat stesen bas tu! GERAM!!!!!! Klau ade org hantar I sampai kat PUTRA WANGSA MAJU, I dah sampai kat Masjid Jamek,taw! punya la geram! FUCK! (psssttt... I wish my father was here,in KL!but, dia kerja la pulak!)
But...Masa kat dalam PUTRA LRT, adala one guy ni. Dia naik train dari stesen mana pun I x ingat. I tak perasan sangat. But, nak taw apsal I nak story pasal mamat ni? hehehehe... bcoz, that guy is my 'type'! hehehehe... muka dia ada iras-iras PHYSICS MAN,ok? (sapa2 yg kenal I, diorg taw la spe Physics Man tu!) hahahha.. tak senang duduk I kat dalam train tu. I sibuk dok perhatikan dia. I tengok mata dia(lebih kurang mcm physics man), pastu, pipi dia(licin! xde jerawat!!!),btw, mesti korg fikir yang I ni seorang yang menakutkan,kan?? ;P then I tengok la apa yang dia pegang. Dia pegang macam scrap book. Maybe assignment dia kowt. Yang I nampak, kat muka depan 'scrap book' tu tertulis "HOW TO PREPARE FOR IELTS". yang paling bestnye, cover 'scrap book' tu color purple and ada bunga-bunga lagi! gyahahaha.. pssstttt.. ni consider mengumpat ke? :-/

Sampai kat STAR Pudu dalam kol 2.45 macam tu. Then, the worst thing is, HUJAN LEBAT!!!! I terpaksa
mandi ngn air longkang yang busuk tu! Kena lintas jalan macam orang bangang. pastu, masuk kelas macam LOSER! damn! I basah teruk! pastu, bau air longkang tu lagi! :(( for sure la I cuci kaki and seluar dulu sebelum masuk kelas. but, c'mon la! bau air longkang tu sangat busuk, ok!!!


Kelas Cikgu Azman Kelakar jugak la. But, I tertanya-tanya, "cikgu ni dah kahwin ke belum?" nak taw kenapa I fikir macam tu? sebab, dia selalu cakap "kalau saya ada anak..." gyahahaha... Benda yang I paling xleyh lupa adalah masa dia cakap "Ada my student last year. she got 6 A's. But her father tanya mana lagi 2 A. kalau anak saya dapat 2A pun saya dah peluk dia. Esoknya pulak saya akan bagi sebuah kereta" wah! seronoknya jadi anak cikgu! hahahahah.. then, dia ada cakap "kalau siapa jadi anak saya, lepas SPM saya hantar pergi study overseas.Siapa nak jadi anak angkat saya, amek borang kat luar!" gyahahahahahhaha.. confirm! saya nak apply jadi anak angkat cikgu! :p
btw, I perasan sumthing about Cikgu Azman ni.. dia suka dok "selak" rambut dia.. hehehe.. (cuba imagine, Mr Physics Man ske wat gtu? sure kelakar!) pastu, Cikgu Azman suka cakap "Oh My God!" & "Saya bunuh you!" hahahahaha.. kelakar la dia cakap gtu.. pssttttt... for your information, I rasa la kan.. Cikgu Azman ni agak sweet jugak muka dia.. hehehehe... kira sejuk la mata memandang! gyahahahhaha.. shhhh.. dendiam sudah!

lepas kelas BM, kelas sejarah pulak!Macam biasa, kalau nak masuk kelas kat Martin ni, kena beratur since tempat tu sgt ramai student and kecik je tempatnya. Disebabkan takut kelas tu penuh, I pergi la cepat ke Dewan 3! Ada orang cakap kat I, Cikgu Saliha ni bagus. So, tak sabar nak masuk kelas dia! Even kelas tu penuh, tp, I rasa seronok giler study sejarah ngn Cikgu Saliha! Kelakar! hehehehe.. Input yang cikgu Saliha bagi bagus :) and, yang bestnye, mamat yang duduk sebelah I tu SANGAT gentleman! gyahahahaha... I wish I could see him again! :)

Lepas habis kelas, I berkejar ke STAR station since waktu tu dah gelap. Nasib I agak baik, elok-elok I sampai kat tangga je,train dah sampai and pintu train terbukak. Alhamdulillah. Then, masa kat PUTRA pun sama. Elok-elok I turun tangga je, pintu train mmg dah terbukak tunggu I masuk! :)

Sampai kat Dato' Keramat je, I missed call mama. Nak suro amek I kat Wangsa Maju. Then, bila dah sampai wangsa maju, eena call I. I ckp kat dia yg I nak mkn Mc'D! hehehehe.. :O)

I story kat mama and eena yang i kena "mandi" air longkang tu..
bukannya diorg nak kesiankan I, lagi dikutuknya I adala. Bila diorg makan twisties, mama cakap " ni kak long xleyh pegang! nnt berbau!" ok! fine! :(( then, masa beli mc'd, I offer eena my fries. Then, I tanya dia, " kau nak aku bagi ke kau nak amek sendiri?" then, dia cakap " amek sendiri! xmau kau bagi! nnt tgn kau....!" huwaaaa :((

fine r! dah macam terkutuk giler! nyesal story kat diorg! :((
Wednesday, November 05, 2008 2 Love notes

Hari ni ada kelas Chemistry aje. Since ada satu kelas je, I rasa rugi la plak. Tau tak kenapa? sebab, kos perjalanan pergi dan balik dari Melawati ke Pudu adalah RM 8.20!!! ouh no! But, nvm! Hari ni kelas Chemistry with Mr. Rajh.

Kelas ni agak ok la. Cuma, selama ni dalam kelas sejarah (with cikgu Z) je yang ada unsur2 "blue",but, this time, kelas Chemistry la pulak! adeih! But, nvm la! Sikit2 jer. Tak mengganggu kelas pun! :) Cuma, ada la satu sentence Mr Rajh yang I x leyh lupa " hey! Push your butt and sit there quickly. Sometimes, you have to use your asset!" haaa.. ada satu lagi. Masa Mr Rajh bagi jawapan untuk soalan Objektif, dia gantikan huruf "C" dengan Condom. ( A=Anjing,B=???x ingt la plak!, C=Condom,D=Donkey).. adoi!!! apa-apa je la sir!

Lepas habis kelas, I singgah KLCC. Beli auntie anne! hehehhee.. nyummy! my favourite! gyahahaha....
Tuesday, November 04, 2008 No Love notes

Hari ni I buat banyak kerja yang hanya dilakukan oleh Pak Pandir :) hahahaha.. nak taw story?

Macam ni kisahnya bermula...

I bangun around 8.00 pagi. Siap-siap untuk pergi kelas seminar kat Martin. Then, I amek PUTRA LRT and berhenti kat Setiawangsa coz nak amek Ainaa. Bila sampai stesen Masjid Jamek, Ainaa suruh I pegi beli tiket terus. Takut time nak balik nnt ramai orang. I pun beli la tiket PUTRA smpai setiawangsa (since I plan utk hantar Ainaa sampai kat Setiawangsa and I patah balik ke Martin utk masuk kelas Add Math). Masa nak beli tiket STAR ke Pudu, I salah kaunter! arghhh.. malunya! but, nvm.. at elast, x sesat! :D Kitorg sampai kat Martin around 9.45 mcm tu taw. Punya la bosan. Apa nak buat sementara tunggu pukul 11.15??? But, nvm. Demi nak masuk kelas Physics tu, kitorg tunggu je la. Memula kitorg ingtkan xde tmpat nak melepak n kitorg terpaksa tunggu la mcm org bangang kat bwh pusat tuisyen tu; since kitorg x nampak ade kedai mamak or kedai makan Melayu kat situ, plus ada org x reply sms kitorg utk bgtaw kat mne leyh lepak. But, nasib baik la KFC tu bukak pukul 10.00 pagi! Thank GOD! :) I ngn Ainaa lepak-lepak kat KFC tu smpai kol 10.45.(pssttt... I ingtkan tak ade org yg kenal I kat area pudu tu, BUT, my senior ada kerja kat KFC tu! I x kenal dia, but, dia kenal I) Then, kitorg berdua gerak la ke Martin, because ingatkan nak jumpa seseorang yg suruh kitorg jumpa dia 5 minit sebelum kelas start :) nasib kitorg baik! Kitorg tak payah nak pergi cari orang tu since dia sendiri yang "menyerah". hehehehehe... Bila dah pukul 11.00, abang yang berdiri kat tepi tangga tu bagi signal yang student kelas Physics boleh naik atas. Kitorg berdua pun naik la kelas. Then, Kitorg jd terkejut yang teramat sangat sebab KELAS SANGAT PENUH!!! Kelas tu tak boleh masuk lagi dah even student yg nak masuk beratur panjang! ouh NO!!! (pssstttt...I dah taw yg ada kelas kedua utk physics since Mr Al-Junid ada inform kat i semalam) but, I xmaw la masuk kelas tu sebab nnt I akan tertinggal kelas Add Math. (kelas math mmg I dah plan x mau masuk sebab nak hantar Ainaa kat PUTRA) But, nak buat macam mana? Dah terpaksa masuk kelas kedua tu, nak buat macam mana, kan? So, I ngan Ainaa terpaksa la tunggu sampai pukul 1.30.. Hahahaha.. macam orang gila I duduk kat Dewan 3 tu utk 2 jam++. I baca note sejarah. setengah page utk tempoh 2 jam! hebatkan? satu benda tu susah betul nak masuk since I bosan giler! :(( Bila dah pukul 12.45, I pegi la masuk Dewan 2 since kelas physics utk kelas kedua tu kat Dewan 2. tunggu punya tunggu, dah pun pukul 1.30. BUT! Mr Physics Man lambat! hahahaha.. dia TAK PUNCTUAL la plak kali ni. tak pe la. asalkan muncul! Daripada dia balik umah, makan,and tido, baik dia masuk kelas lmbt. hehehehe :D (pssttt... Ainaa cakap kat I, " kat sini masuk lambat pulak! Kat Melawati Punctual gila. Nak pergi toitlet pun tak sempat!") Then, I ternampak jam Mr Al-Junid tu. No wonder la dia lambat masuk kelas! jam tangan dia lambat 5 minit dari jam PTM tu! gyahahahaha.. (btw, sejak bila pakai jam? Sebelum ni xde pun!)

Masa dalam kelas, macam biasa je. Btw, ke'naughty'an beliau muncul kembali! hahahaha.. kelakar ok bila dia usik sorg girl ni. Actually, girl tu masuk lambat. And, that girl main register je utk kelas seminar ni. So, girl tu register utk kelas Physics ngn Mr Thava, sedangkan time tu Mr Al-Junid gantikan Mr Thava. So, sure la that girl ingat Mr Al-Junid tu Mr Thava. (klau I jadi that girl, mesti I fikir macam ni, "Wahhh! Handsome jugak Mr Thava ni!")

After kelas, I hantar Ainaa sampai kat Setiawangsa. then, I patah balik. Masa I sampai kat martin, kelas dah full giler. Sampai I dah x nampak beg I lagi. Plus, Cikgu dalam kelas add math tu garang! :(( takut! Even I boleh ganti masuk kelas lain,I tetap tak mau masuk kelas Add Math tu lagi! pssttt... maybe sebab I dah biasa ngn cikgu Jufree kowt :P So, I decide utk call my father and minta dia amek I kat Martin.

Hurm... Pak Pandir,kan? ;) xper la.. sendiri yang maw carik pasal, sedangkan Mr Al-Junid tu dah cakap, jangan susahkan diri masuk kelas dia since kitorg dah belajar benda yang sama kat Titian Cahaya. nvm! nak puaskan hati! :D
Tuesday, November 04, 2008 No Love notes

Akhirnya, apa yang I takutkan dah pun berlaku... diam tak diam, dah smpai ke penghujungnya! hari ni last day kelas Mr al-junid tu. :) btw, doa Ainaa tak dimakbulkan Allah... nak taw doa ape? rahsia la.. nnt Ainaa marah.. xleyh story! :P dalam kelas Physics tadi, dua kali Ainaa kena usik ngn Mr Al-Junid tu. First, Mr Al-junid ckp "yela.. ni kelas Physics. bukan kelas add math!" hehehehe.. org lain gelak jer. but, diorg xtaw ape yg berlaku! even I ngn Ainaa pun tak faham! :P
Dear Mr Al-Junid,
We're waiting for your reason,ok? plus, saya masih tertanya-tanya, siapa orang yg menduduki tempat ke-3 dalam carta orang yang saya sayangi tu! (psssttt.... yang cikgu 'teka'hari tu! :P )
haaa...satu perkara lagi.. mana cikgu dapat idea untuk search "puteri sepi syed anwar" kat google yer?
second time dia usik Ainaa pasal... hurm.. yg ni xleyh crite. Kena jdkan sbg satu rahsia. klau sume benda nak story, dah xde la yg istimewanya,kan? ;)

but, pasal raja x concentrate dalam kelas pun ada jugak. Mr Al-Junid jadi baik ari ni sbb dia nak org ingt dia sbg seorg yang baik! gyahahahaha... I ingt kata2 dia kat Raja " I can remember you 10 years later. Sbb, tak fokus! korang pulak akn ingt yg yg macam ni!" hehehehe... mengikut pengamatan I la kan.. ni ikut mata rabun I ni la.. Mata Mr Al-Junid tu macam ada colour merah ckit... hehehehe... My feeling masa tu? rahsia! hahahahaha... but, overall, dia baik AND agak manja la tadi :P

Hurmm... What about me? Will you remember me if you see me 10 years later?? I don't think so... People come and, go, right? ;)
Masa kelas habis, Mr Al-Junid say "bye bye" kat semua org.. huwaaa.. last goodbye from him! gonna miss him so much! :(
He will be my precious memory...
I will remember every single thing that he 'taught' me..

May I say, thanks for everything...
You light up my life and brings me joy..!
Now, as I am reaching steps towards my dreams, you will go and leave me alone by myself..
But,
do remember....

All those precious moments with you will remain forever till i put them to an end..!
Wednesday, October 29, 2008 No Love notes


It took a moment for me to know,
To know you were the one
A few seconds to say hello
To reach out and try to get you
To help you see,
That you and I were meant to be
It all took only moments
Only seconds to fall in love

It takes seconds to say hello
To start something
It takes eternity to end it
To say goodbye
Years to let go
Years to be alright enough to say
I’ll see you around… another day

Hello, so simple
Goodbye, so breaking
It takes forever
It gets easy, never
Goodbye… a simple word
As simple as hello
Why is it so much harder to say?

Why can’t I just say it?
Let it go?
Let you go?
Why?
Why is hello so easy?
Why is goodbye so hard?
It takes only seconds to say hello
It takes years to say goodbye…
psssttt... poem ni I cilok kat deviantART... I suka poem ni. touching! hehehehe.. ;)
Wednesday, October 29, 2008 No Love notes
Congratulation Abang Ijat!

hehehehe..

abang Ijat is my cousin.. cousin sebelah mama :0)

tahniah,ok? doakan syiqa plak lepas ni :D

shhhhh.. jgn bgtaw mama.. nnt dia bagi 'jelingan maut' :P

ok la.. I letak la gambar I ngn abang Ijat.




psstt.... I ada jugak amek gambar dengan kak Juwita, tunang abang Ijat. Tapi ada kat dalam kamera yang guna filem la.. kena tunggu I scan dulu :)
Monday, October 27, 2008 No Love notes
Hye! Hari ni I dpt 5 jemputan open house. tak banyak,kan? sikit je tuh! gyahahaha... sakit perut hari ni.. but, nvm... rezeki Allah jangan ditolak! :) btw, I just pergi 3 buah rumah jer... tak larat la pergi semua rumah.. sebab, I dah start cirit-birit!!! (tak boleh makan banyak. perut I akan meragam n i akan cirit-birit utk tempoh 2-3 hari :((

so, I nak jugak la perkenalkan 3 tuan rumah daripda 5 tuan rumah untuk hari ni.

Rumah yang I pergi :

AINA FARHANA MOHAMAD a.k.a AINA (AFM)

AMIR ZULZAFRI J.AZHARI (AMER)


HELMI KAMARUDDIN (ELMI)

OK. I dah kenalkan Tuan-tuan rumah untuk semua open house yang I pergi hari ni. Sekarang ni I nak kenalkan tetamu-tetamu yang buat muka tak malu makan rumah orang :D
from left: smira, manja, adila, atiqah, SYIQA, aina, raihan, hanina


Dear FIRDAUS & PUDEN:-

mintak maaf sesgt sebab aku tak sempat nak pergi rumah korg berdua... Aku betul2 tak larat,plus takde transport.. takkan nak suro ayah aku jadi driver aku lak,kan? (since my father dah anta, amek i kat umah aina & amir, pastu amik I n anta I pegi umah Helmi.) tak ke nyusahkan beliau? justeru, aku bebetul mintak maaf yer. insya-Allah, lain kali klau diizinkan Allah, aku pergi la rumah korg pulak yer.. so, pengajarannya, JANGAN BUAT OPEN HOUSE serentak. aku jadi x larat.. gyahahha.. btw, THANKS FOR THE INVITATION... ^-^

psstttt...kengkawanku, nak taw satu rahsia? aku jadi addict nak minum tek tarik lepas aku belasah 5-6 gelas teh tarik kat umah Helmi tadi! :D (terus terlupa kat milo ngn nescafe favourite ku!) gyahahahaha



-the end-
Saturday, October 25, 2008 No Love notes

I baca blog Ainaa... ada satu statement yang buat I terfikir sejenak...(ayat x leyh skema lagi ke?hehehehe)

Which one do you prefer?The truth which hurts, or a lie that kills?You choose.
First time I baca, I lebih prefer "the truth which hurts"... sebab...

even kebenaran itu sesuatu yang menyakitkan, Kesakitan itu akan hilang satu hari nanti.. sooner or later :D

but, klau dah "mati", apa lagi yang boleh buat? (teori awal)

sekarang I berhadapan ngn situasi yang "benar", tapi, menyakitkan. (kenyataan!)

I'll leave everything behind.

Mmg la sekarang ni I agak tertekan, tapi, I percaya, satu hari nanti, semua ni akan jadi kenangan. btw, Ainaa punya "teori" pun ada betulnya jugak!

| AiNaa K |: syiqa
| AiNaa K |: awk bwk bertenang
| AiNaa K |: 1 jam stgh je la lg ok
Syiqa Puteri sepi: sedih la
Syiqa Puteri sepi: nak abes kelas dah
Syiqa Puteri sepi: mesti kita rindu dia
| AiNaa K |: lah
| AiNaa K |: people come n go la syg
Syiqa Puteri sepi: ye la
Syiqa Puteri sepi: ye la
Syiqa Puteri sepi: isk
Syiqa Puteri sepi: ckp ngn ainaa mesti kita kalah
Syiqa Puteri sepi: taw la menang debate
Syiqa Puteri sepi: =(( (heart broken symbol)
| AiNaa K |: tp mmg betul la
| AiNaa K |: reality
Syiqa Puteri sepi: ape yg realiti?
Syiqa Puteri sepi: ouh
Syiqa Puteri sepi: psl people come n go?
Syiqa Puteri sepi: ye btol
Syiqa Puteri sepi: tp, xkan secepat ni?
Syiqa Puteri sepi: :-s
| AiNaa K |: dah dua thn awk tatap muka die
Syiqa Puteri sepi: dua tahun brape minggu je
Syiqa Puteri sepi: isk
Syiqa Puteri sepi: bkn hari2 tngk muka dia
Syiqa Puteri sepi: :D
| AiNaa K |: aduhai
| AiNaa K |: kat U nanti ramai lg pilihan

baik la Cik Ainaa!

people come and go... but our memories remain till i put them to an end... ;)
Wednesday, October 22, 2008 No Love notes

Ape konspirasi antara Mr A & Mr J tu ye?
Klu: sembang-sembang kat kedai kopi...

lantak mereka la.. yg I taw, I ni stock New Delhi,bukan dari Beijing! :D
Wednesday, October 22, 2008 No Love notes

Song Title : Cinta Tak Kenal Siapa
Artist : Aris Ariwatan

Tidak salah rasanya
Andai kumemuja
Anggun di wajahmu
Kerna hati ini dah tertawan

Cinta tak kenal siapa
Hadir tanpa dipaksa
Walau berkecai badan
Melepaskanmu
Aku rela berputih tulang

Dan tak sanggup aku lihat
Engkau dipimpin oleh insan lain...Oh
Dan tak sanggup aku dengar
Tentang keburukanmu...Ooh

Hendak kuhampirimu
Untukku luahkan semuanya
Sayangnya lidahku kelu
Apa lagi yang harus kuperbuat
Agar kau mengerti maksud tersirat

Maka terpaksalah aku melepaskan
Apa yang telah tersimpan sekian lama
Aku cintakanmu Aku perlukanmu
Untuk mengisi ruang kekosongan

Kau merenung bersahaja
Lalu (kau) tersenyum tanda rela

Kemarilah kekasih
Tak perlu kau menoleh
Aku di depanmu bukanlah bayang
Kuingin cipta sejarah
Sejarah indah...denganmu


  • Psstttt.... I nak masukkan lagu ni kat playlist I. Tapi, xleyh play lak lagu tu kat singing box.. hehehehe.. ;)
Wednesday, October 22, 2008 No Love notes

hehehe.. Petang td, masa I dah nak off9, Ainaa text me @ my chatbox. Dia tagged I! gyahaha.. I mmg la nak buat that time, tapi, masa dah suntuk giler.. Because I nak pegi kelas dah that time. :) So, here it is :-

The rules:-
  1. Share 7 facts about yourself on your blog, some random, some weird.
  2. Tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs.
  3. Let them know they are tagged by leaving a comment on their blog.
My Special Answer:-

  1. Susah nak suka kat orang lain kalau dah ada seseorang yang disayangi walaupun orang tu tak sayang I! hehehehe... :X
  2. Lebih suka tidur daripada jalan-jalan kat KLCC,TIMES SQUARE,PAVILION dan yang sewaktu dengannya :)
  3. Suka tengok movie kat wayang@HBO@SMV@CINE... x suka tengok movie kat TV lain sebab ada banyak iklan! benci! :P
  4. Suka subject Physics ngn Mathematics. Subject lain tak menarik! hahahahaa.. shhhh... jgn bgtau cikgu2 I.. Nanti diorg kate I diskriminasi subject.. :D
  5. Lebih suka makan donut J.CO daripada Big Apple
  6. I lebih suka menjerit dengan diikuti oleh mencarut bila my buddies "hulurkan" serangga kat I. Even diorg juz campak serangga plastik(yang mainan) tu! Geli giler! Serangga yang paling menggelikan adalah LIPAS,LADYBIRD,BELALANG dan sebagainya yang boleh TERBANG!!!! :-s
  7. Kalau Ainaa ada very sharp first impression towards new people/friends, I lak very weak first impression! hahahaha... Kena tunggu orang tu tunjukkan "taring" dulu baru I percaya siapa diri orang tu yang sebenarnya. Dan, hal ini memang TERBUKTI! ;;)
People I tag:-

  1. Syareena adindaku
  2. Hanina classmateku
  3. Ilham Pohan blogmateku
  4. Syakirah AliffAngels
  5. Zafirah Majdiah AliffAngels
  6. trisha my blogmate
  7. Jime Juniorku
Tuesday, October 21, 2008 No Love notes

VS


Capricorn Positive Traits

*Very resourceful but cautious.
*Tends to be very disciplined,
reserved and cool under fire.
*Demonstrate a real ability to
overcome most hardships that
get in the way of pursuing ones ambition.
*Practical and prudent
*Ambitious and disciplined
*Patient and careful
*Humorous and reserved


VS


Aries Positive Traits

*Loves adventure, very energetic
*Inventive with lots of courage
*confident and Enthusiastic
*Sharp and quick-minded
*Fiery and warm, passionate and expressive.
*Possessing a strong sense of urgency

***************

Capricorn Negative Traits

*Has a tendency to be selfish which portrays a Capricorn as being unfeeling and calculating. *Because of these traits Capricorns look for ways to soften their rigid emotions and tendencies to not show sensitivity toward others.
*Pessimistic and fatalistic
*Miserly and grudging


VS


Aries Negative Traits

*Can be self-centered at times and prone to being quick-tempered,
*Impulsive and impatience
*takes unnecessary risks
*A procrastinator at times


Kesimpulan yg website@laman sesawang ni bagi adalah:

Capricorn With Aries:

It is not likely that you will ever get to first base with a Capricorn. Aries with Capricorn is one of the poorest matches. Aries will not be very attracted to Capricorn unless Aries would be willing to change a lot of it's natural instincts. (Not likely to happen)

However (there is always a but eh?) If Aries has a bit of status, and money, this is attractive to Capricorn and may motivate Capricorn to try a little bit harder to make it work. It is not that Capricorn is shallow, it is just that since there is so many incompatible things there needs to be motivation, an added prize if you will, to make it worth the effort.
pssttt... bleh caye ke? hurmm... my mom cakap "kalau jodoh, x kemana!" tapi, dalam cerita ayat-ayat cinta pulak, dialog tu ada cakap "jodoh itu rahsia Allah."
I pulak cakap " Masalahnye sekarang, dia nak ke kat aku?"

Sunday, October 19, 2008 No Love notes
Newer Posts
Older Posts

About me


Follow Us

recent posts

Blog Archive

  • ►  2013 (3)
    • ►  November (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2012 (5)
    • ►  December (2)
    • ►  August (2)
    • ►  March (1)
  • ►  2011 (16)
    • ►  October (1)
    • ►  May (1)
    • ►  April (6)
    • ►  February (7)
    • ►  January (1)
  • ►  2010 (27)
    • ►  December (2)
    • ►  November (1)
    • ►  October (4)
    • ►  September (3)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (3)
    • ►  May (3)
    • ►  April (2)
    • ►  March (4)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2009 (36)
    • ►  December (4)
    • ►  October (2)
    • ►  September (4)
    • ►  August (4)
    • ►  July (1)
    • ►  June (5)
    • ►  May (4)
    • ►  April (4)
    • ►  March (2)
    • ►  February (1)
    • ►  January (5)
  • ▼  2008 (67)
    • ▼  December (2)
      • Tagged :)
      • TENKIU Kesatuan Perkhidmatan Imigresen Semenanjung...
    • ►  November (15)
      • Physics OR Myself???
      • My Dream :)
      • Subjek ke-2!
      • People will change!
      • ADD MATH = SUCKS!
      • SPM 2008: ADD MATH!
      • Di tagged jiwang oleh Cik Ainaa Kamal :)
      • I am Gamma ray!
      • Manisnya senyumanmu
      • Setiap pertemuan, pasti ada perpisahan :)
      • -Curious-
      • Kenapa I tak amek kelas BM 2 kali?
      • Third day @ Pusat Tuisyen Martin
      • Second Day @ Pusat Tuisyen Martin (PTM)
      • Demimu Physics! :)
    • ►  October (16)
      • ONE LAST GOODBYE FROM MR ANWAR AL-JUNID!
      • To say goodbye!
      • Abang Ijat dah bertunang!
      • Open House lagi! :)
      • "People come and go" said Ainaa K :)
      • Konspirasi?
      • Cinta Tak Kenal Siapa
      • Tagged! - 7 FACTS
      • Capricorn VS Aries
    • ►  September (18)
    • ►  August (14)
    • ►  April (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2007 (16)
    • ►  December (6)
    • ►  October (3)
    • ►  August (2)
    • ►  June (5)

Followers

Blogmates

  • blogresipi
    A Beginner’s Guide to Signing Up on PG Slot
    4 months ago
  • sayatypolagisekali
    🙁 new method 🙁 fut20glitch.com Fifa Mobile 20 Make Money 9999
    5 years ago
  • Ferra
    2018 will be missed.
    6 years ago
  • PANAS TERIK
    My Big Fat Greek Wedding 2 (2016)
    8 years ago
  • Δ J i M
    9 years ago
  • -♥my world♥-
    Last Post
    9 years ago
  • dan jejaka anggun pun mula berkata-kata....
    Diari Seorang Penulis Separuh Diva
    10 years ago
  • My Rojak Lyfe Best Gyla
    Sunday day dayy~
    10 years ago
  • Ateen Simbol
    IAM BACK
    10 years ago
  • -dan aku kembali menulis-
    Biarkan berlaku, buatlah tak tahu
    11 years ago
  • ini fynn jamal cakap.
    kontradiksi
    11 years ago
  • Mumbles of a Psychopath
    MATA
    12 years ago
  • Aqmal Arista
    Hidup Kita Ada Warnanya
    12 years ago
  • Along the way
    Ramalan Bintang TAURUS Hari ini
    12 years ago
  • Danny McCartney :
    Jefferson is not an evil
    13 years ago
  • Dreaming Out Loud ♥
    Sink In, Will You?
    13 years ago
  • arienna afiqah
    Wordless Wednesday #2
    13 years ago
  • Kurus Kering
    Bersih kepala hotak.
    13 years ago
  • i3ka_k3cHiK.....<3
    sometimes jd nerd best gak....
    14 years ago
  • It's all about F.O.O.D !
    Tarbush Restaurant : Lebanese Delicacies
    14 years ago
  • DIPLOMA IN ACCOUNTANCY 1A 2009 - UiTM MELAKA
    Final Examination time table
    15 years ago
  • hikayat puteri nelly
    HARI RAYA
    15 years ago
  • My Words from My World...
    Fakta tentang penulis.
    16 years ago
  • Ifa tasya
  • Ayul Hasriq
  • Ceritera Cik Peeka
  • the pace of not-so-modern life
  • ayi :)
  • Things from my life...
  • Haziq Zainal
  • coretan kisah diri ini.
  • PTTC
  • Black-Fluro"scentofbaby"
  • .:.:. RINDU TERHENTI .:.:.
  • RIBENA PURPLE
  • Hilmy Ashley One L.O.V.E
  • Fetty Razak ; )
  • CHEKdenoor
  • Budak Comot Membebel
  • Hers
  • Najla
  • shirosiputih
  • warna warni kehidupan
  • Haziq Zainal
  • Kak Dina
  • Middle-child Syndrome
Show 10 Show All

My lover

Visitors since Nov '08

free hit counter
FOLLOW ME @INSTAGRAM

Foot print

Created with by ThemeXpose | Distributed By Gooyaabi Templates