Tipu Kanan, Tipu Kiri

by - Saturday, October 18, 2008

Semalam,( Jumaat, 17 Oktober 2008) I pegi tngk wayang ngn adik I. Itu pun last minute program. Lebih kurang dalam kol 1, my sis tngk tv, I lak tgh surf internet. Then, my sis jerit kat I. "weyh syiqa! Jom tngk wayang nak? Cerita tipu kanan, tipu kiri!" hurmmm.. I pown OK je la! lepas dpt green light dari mama, kitorg pown bersiap la.. Eena tempah tiket, I lak terus bersiap. Then, sampai KLCC dalam kol 2.30. Walhal,kena amek tiker kol 2.00. So, time tu kitorg punya order kira batal la. But, nasib baik x ramai orang n bleh beli tiket kat kaunter phone booking tu! gyahahaha.. Lepas amek tiket, kitorg pown g la toilet.. nak ber-make up ckit.. almaklumla..nak cepat tadi. so, tu yg x sempat nak make up kat umah.. hehehehe.. jgn tiru aksi ni yer.. sbb, anda akan kelihatan sgt serabut dan meroyan! gyahahahaha =))

lepas make up tu, kitorg poen gerak la ke pangung tu balik. Time kitorg smpai tu, lampu hijau utk panggung 3 pun dah menyala. so, kitorg pun masuk la panggung. Masa nak bagi tiket kat pintu masuk panggung tu, I bisik kat adik I " tngk tu! kakak dating, adik jadi barua!" nak tau apsal I cakap mcm tu? sbb, Si kakak sibuk berdating ngn pakwe dia, si adik pulak tukang melangut! kalau I jadi si adik tu, haram jadah I nak temankan kakak I dating. So, kepada mereka yang bergelar 'adik' kat luar sana tu, jgn jd barua kakak anda berdating yer! harap2 la I x buat gtu kat adik I nanti! :)

btw, this post I nak tulis review pasal TIPU KANAN TIPU KIRI.. tapi, terlebeyh membebel lak. So, ni ha review tu..(pssttt..I tulis review ni dgn dibantu serba sikit oleh IMDB web dan Hans Isaac website )

Wulan (Titi Kamal) merupakan seorang diva yang digilai ramai. Wulan terikat dengan kontrak yang menetapkan bahawa "NO MARRIAGE" sepanjang dia bersama dengan syarikat rakaman tersebut. Namun, Wulan telah berkahwin secara rahsia dengan Rudy Affendi (Christian Sugiono). Mereka berusaha untuk menyembunyikan rahsia perkahwinan mereka. Pada mulanya, usaha mereka membuahkan hasil. Namun, konflik bermula apabila Rudy di tukarkan ke Kuala Lumpur. Remo (Hans Isaac) merupakan bos di tempat kerja Rudy. Remo ingin mengadakan "welcome-party" untuk menyambut Rudy. Remo meminta Rudy membawa isterinya untuk ke parti tersebut. Hal ini kerana, Rudy telah memberitahu Remo bahawa dirinya sudah berkahwin. Selain itu, kenyataan Rudy itu juga bertujuan bagi mengelakkan dirinya dikejar oleh rakan-rakan pejabatnya yang menggilai Rudy kerana ketampanannya. Namun, masalahnya, Rudy tidak boleh membawa Wulan ke majlis itu. Semua orang akan tahu Wulan sudah berkahwin dan kontraknya akan tamat dan Wulan juga mungkin akan dipenjarakan. Mr. Fix (Azwan Ali) menawarkan diri untuk membantu Rudy. Apakah Rudy mampu menyelesaikan masalahnya itu? Apakah yang akan berlaku antara Rudy dan Sara (Natasha Hudson) ? Saksikan taktik-taktik yang digunakan oleh Rudy dan Mr. Fix bagi menyembunyikan perkara sebenar. Tempah tiket dengan segera untuk menonton filem ini!

Psstt...Cerita ni dah ada kat panggung since 16 Oktober 2008. I boleh je story jalan cerita tu kat cni.. tapi, nnt unfair la kpd org2 yg baru nak pergi tngk! sbb, dah taw jalan cerita. Lagipun, takut jugak kena saman sbb tulis review tanpa kebenaran! Lagi satu, x adil la I kene bayar RM10 utk taw ending cerita tu tp org lain baca je review ni! hahahaha.. Ini pun cukup la yer.. pegi la tngk sendiri...lebih real, lebih best,lebih menakjubkan! :P

Disebabkan ramai jugak la yang search pasal TIPU KANAN TIPU KIRI punya lagu2 soundtrack, I dengan gembiranya tulis la kat sini lagu2 yang I tahu...

  1. Hati tahu-Natasha Hudson
  2. Lihat matamu
  3. Remix tipu kanan tipu kiri
psstt... yang lagu "Lihat mataku..." tu, I tak tahu la ape tajuk dia. Since I xsempat nak hafal sume lagu2 yang dia guna.. hehehe.. nak cepat keluar panggung that day.. takut sesat :D

Btw, I ni dah macam promoter pulak! gyahahaha.. naseb la! tgh rajen nak promote filem ni! :P

My Comment:

Cerita ni agak best jugak la. Banyak keletah2 yang mencuit hati. Lagu-lagu pun agak best.. Christian Sugiono tu handsome! kalau dia x hensem, malas jugak i nak tngk wayang!hahahaha.. joke joke joke! Overall cerita ni best jguak, even ending dia boleh di agak. Kan best klau ending dia tragis ckit! hehehehe.. ;) btw, npe copyright dia 2007, tp, ditayangkan tahun ni yer? I agak musykil sbb I x ikut perkembangan pembikinan filem ni. hehehehe.. lantak la. Yang penting, I dah tengok cerita tu! agaga :)





You May Also Like

0 Love notes