Random

by - Monday, December 03, 2012

Just a random thought while I were ironing my baju kurung for tomorrow:

"Kalau isteri sakit, suami nak kahwin lain orang kata 'Biasalah tu. Nak memenuhi kehendak batin. Kalau isteri dia izinkan, apa salahnya!' Tapi, kalau suami sakit, isteri mintak cerai sebab nafkah batin tak dipenuhi, orang akan cakap 'Apa punya perempuan lah.. &8%#@' "

Sorry kalau ada yang tak setuju. Tapi ini cuma random thought berdasarkan apa yang berlaku depan mata.. Tapi, tak semua macam ni. Aku akui, masih RAMAI yang setia dengan pasangan masing-masing sehingga ke akhir hayat. Pasangan yang sakit dijaga dengan penuh kasih sayang, dilayan dengan penuh hormat dan cinta. Tapi disebabkan golongan minoriti yang berperangai seperti yang aku fikirkan tu, habis terkubur kisah pengorbanan pasangan lain yang kekal setia hingga akhir nafas. 

Entahlah. Dunia ni berputar ibarat roda. Nasib aku sendiri aku tak tahu macam mana nanti. Kita cuma mampu merancang, tapi Allah S.W.T yang menentukan segalanya. 


P/S: Bila baca balik post2 zaman tak matang dulu, rasa jijik pun ada. Semua benda nak cerita. Mencarut tu toksah kira la. itsk itsk itsk. Insaflah syiqa oiiii. *Itu zaman tak matang okay. Post2 yang tak sepatutnya akan di privatekan dari semasa ke semasa. Maaf di pohon kepada readers sekalian kerana pernah menambah dosa kalian*


You May Also Like

0 Love notes