H.E.A.R.T

  • Home
  • Travel
  • Life Style
    • Category
    • Category
    • Category
  • About
  • Contact
  • Download
Sekarang ni aku tak tau la apa kena dengan diri sendiri. Asyik berangan and kejap lagi tetiba tersengih sorang-sorang. Then tadi nasib tak baik sebab Miss Aisyah nampak aku tersengih time Azfar tengah tulis jawapan kat white board. Actually, conversation ni yang buatkan aku tersengih-sengih time kelas MAF320 tadi:

My friend: Cakap kat dia trending skrg bkn #kate_moss but #christina_hendricks. People appreciate real women now, not skeletal clothes hangers.

Aku reply: Nanti i cakap la eh kalau dia perli lagi. Kalau dia tanya i, u siapa? I ckp u kawan sms I. Pastu I kena gelak balik dengan dia. Nnt dia ckp skrg trending #cintamukabuku bkn #smssiapainibang. Haha. :P

Tak perlu la aku describekan siapa kawan aku tu. Cukup lah korang tau apa yang menyebabkan aku tersengih-sengih lately ni. Kalau tak explain, korang ingat aku gila pulak, kannnn? Hahaha.

Oh. Ni sorang lagi kawan baru aku. Memula aku menyampah dengan dia ni sebab insiden masa induction hari tu. Tapi lepas kenal dia kat Dungun hari tu, satu kepala rupanya dengan aku dia nih! haha. Meet my new friend, Aizat :

Ni masa kenduri kahwin kakak Ayi kat Kompleks belia dan kebudayaan, Shah Alam.


P/S: Kan best kalau aku guna firefox utk blogging? Takde la susah macam guna Safari ni. Nak letak gambar lebih2 pun masalah. Ada firefox utk MacBook Pro tak? *sigh*

P/S 2: Disisimu aku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan ku cinta padamu
Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Tuesday, October 25, 2011 2 Love notes

WARNING: KALAU ANDA SEORANG YANG MASIH TEGUH DENGAN PRINSIP DAN ADAT ORANG MELAYU TENTANG ISU NI, TOLONG JANGAN MEMAKI HAMUN YE. SILA BERI NASIHAT ATAU PENDAPAT DENGAN BERHEMAH. TERIMA KASIH. =)

Okay, title sangat poyo. Aku tau tu. Haha. Title ni dapat ilham dari kata2 ayah yang aku extract dari post tahun baru aku hari tu. Kali ni aku nak cerita pasal isu perigi cari timba, dari versi aku yang berfikiran radikal tentang isu ni. Entry kali ni mungkin akan menimbulkan ketidak puasan hati dari pihak yang masih berpegang teguh kepada adat dan budaya nenek moyang kita. Aku tak kata yang aku dah tak berpegang kepada adat dan budaya nenek moyang kita, cuma dalam kes ni aje aku sedikit terpesong dari jalan sebenar. *Walhal masa dalam entry tahun baru tu, bukan main lagi konon tak nak terlibat lagi dah dengan isu2 macam ni.* Tapi, apakan daya, aku ni gadis yang dilahirkan sebagai generasi Y atau millennials generation. So, aku akui yang aku agak radikal sikit bila menyentuh isu2 macam ni. Bukan aku sorang je yang berfikiran radikal macam ni. Ada sorang lagi kawan aku, Aina, dia pun agak sekepala jugak dengan aku.

Sebenarnya, isu ni dah lama berbangkit. Dan, aku dah lama kemukakan pendapat aku (pergh. macam berwibawa je nak kemukakan pendapat). Cuma, baru-baru ni, hati aku tiba-tiba tergerak untuk post pasal isu ni kat blog aku pulak. Dah tu, dapat 'hidayah' ni waktu nak solat lak tuh. Ok. Aku tak nak bagi mukadimah yang panjang berjela. Nanti readers semput pulak. Hehehe.

Bagi aku, zaman sekarang ni macam tak sesuai je nak kekalkan prinsip yang perempuan-tak-boleh-luahkan-perasaan-dan-tak-boleh-mulakan-langkah-pertama. Zaman dulu, atok nenek moyang kita semua tu pemalu (bukan aku nak kata zaman sekarang orang melayu bukan pemalu lagi), cuma zaman dulu memang orang lelaki lebih daripada orang perempuan. Lebih dari segi kewangan, pendidikan dan beberapa kelebihan yang lain.

Bayangkan kalau perempuan zaman sekarang tak bg hint, tak mulakan langkah pertama atau dalam bahasa kasarnya, tak pergi cari timba. Memang alamatnya ramai la lelaki bujang dan perempuan bujang kat dunia ni. Sebab masing2 ego. Faham tak ni? ye la. Perempuan sekarang ramai yang lagi tinggi 3P dari lelaki; Pendidikan, Pangkat dan Pendapatan. Lelaki pulak memang sikap ego tu tak boleh nak kikis. Kononnya tak nak tacle perempuan2 yg lagi tinggi 3P tu; dengan alasan nanti perempuan jual mahal sangat. ( Tapi aku bukan suruh perempuan jadi terlalu murah, sampai sanggup gadaikan maruah, harga diri dan kesucian diri) Then, bayangkan kalau perempuan tu pulak sangat la pemalu and tunggu lelaki approach dia dulu (konon masih berpegang kepada prinsip tak nak perigi cari timba), tak ke membazir namanya tu? Walhal diorang suka each other. Memanglah kalau dah jodoh tak kemana, tapi kalau tak usaha, macam mana, kan?

Zaman sekarang ni banyak prinsip2 zaman dulu2 yg dah tak relevan lg. Zaman berubah, even penggunaan bahasa pun berubah. Jadi, manusia pun mesti berubah juga, kan? Aku tak kata kita perlu ubah 100% atau 360 darjah prinsip kita dalam isu jodoh ni. Cuma, aku rasa, kita perlu ubah cara untuk memulakan sesuatu hubungan tu. Bila dah jalan, adat melayu yang lain masih lagi berkuat-kuasa. Adat merisik, meminang, bertunang tu semua masih lagi sama. Jadi, takdelah isu meluputkan adat melayu kita, kan?

Hanya disebabkan prinsip atok nenek moyang, 2 hati yang kecewa, 2 jiwa yang kempunan. So, utk meyakinkan lelaki, perempuan pun kena mainkan peranan jugak. Kena la bagi hint or mencari lelaki yg dia rasa sesuai. Bagi aku, tak ada masalah kalau perempuan yang approach dulu, yang luahkan perasaan dulu; yang mulakan langkah pertama dulu.

Aku ada kawan (lelaki) yang approach perempuan yang dia suka (kes timba cari perigi) Tapi, perempuan tu tak boleh terima dia. Then, aku tanya dia, macam mana kalau sebenarnya, ada perempuan lain yang sayangkan dia dan mengharapkan dia. Tapi, perempuan tu malu nak approach dia. (Memang betul ada okay) Nak tahu apa dia jawab? "Dia tak bagi tahu aku, macam mana aku nak tahu dia suka aku ke tak? Aku tak ada clue. Apa yang aku boleh buat?" Haaaa. Nampak tak point aku sekarang? Lelaki pun perlukan hint dan langkah permulaan dari perempuan.

Bagi aku, kalau ada lelaki yang tak sukakan perempuan yang mencari timba, terpulang pada anda untuk mengekalkan tradisi itu. Mungkin anda rasa perempuan yang approach lelaki ni tak tau malu, terpulang! Semoga anda jumpa la dengan perigi yang tak cari timba. Semoga perigi anda itu memang bersih (ikhlas terima anda) supaya timba anda tak berkarat. =)

Oh. Ada satu lagi isu tambahan, tapi berkaitan dengan current issue ni. Isu jurang darjat. Tolonglah kikis pandangan skeptikal masyarakat melayu tentang "Lelaki mesti lebih tinggi kedudukan dari wanita atau mesti sama taraf" Okay. Aku akui, even dalam Islam pun mengesyorkan untuk mencari yang sekufu; yang setaraf. Tapi, kalau perempuan tu tahu hormatkan lelaki tu sebagai suami, dan tahu membezakan tugas di pejabat sebagai pegawai tinggi yang dihormati dan tugas dirumah sebagai isteri yang perlu hormat dan taat pada suami, apa salahnya, kan? Aku ada kenal dengan sepasang suami isteri yang aku rasa boleh dijadikan contoh yang sangat baik. Si isteri seorang pensyarah yang dihormati oleh para pelajar, manakala si suami merupakan pengawal keselamatan di universiti yang sama. Saya perhatikan, si isteri begitu hormatkan suami beliau dan si suami begitu kasihkan isteri. =)

Apa-apa pun, berdoa dan berserah lah kepada Allah S.W.T. Sebab, DIA yang tahu apa yang terbaik untuk kita. =)

P/S: Dear girls, when some refuse to accept your love, do remember this: I lost one who never loved me, but he lost the one who really loved and cared for him..
Sunday, May 08, 2011 No Love notes

Love can be a many splendored thing
Can't deny the joy it brings A dozen roses,
diamond rings
Dreams for sale and fairy tales
It'll make you hear a symphony
And you just want the world to see

But like a drug that makes you blind,
It'll fool ya every time

The trouble with love is

It can tear you up inside

Make your heart believe a lie

It's stronger than your pride

The trouble with love is
It doesn't care how fast you fall

And you can't refuse the call
See, you got no say at all

Sumber: Aqmal Arista
Sunday, April 24, 2011 No Love notes
.Aku.


Ayah: Macam mana exam?

Syiqa: Haaaaaaaaa.. Frust sangat. Sampai rasa nak quit je. Kahwin lagi bagus! Tak payah belajar.

Ayah: Ewah2. Kalau dapat suami yang ade kereta sebiji, banglo sebiji, company sebiji, tak pe jugak! Itu pun boring nnt duduk jadi suri rumah! Suami meeting sana, out station la.

Syiqa: hahahaha. Takpe la. Duit banyak2 buat apa. Pegi holiday la!

Ayah: Isk. Duit banyak, hati kosong buat ape?

Syiqa: Haaa. Kalau macam tu, beranak la banyak2. xD

Ayah: Haha. Ada hati. Mama kak long tu, anak dua pun pening kepala dia dah. Ni nak banyak2.

*Ada sape2 report kat ayah ke yang anak manja ayah ni ada gangguan emosi sikit? Sebab, kak long tau, tadi ayah try nak korek rahsia, kannnnnn? xD *

P/S: Hari ni baru aku tau yang Sir Azmi tu Professor Madya.
Patut la sempoi je dia mengajar. Hehehe ^.^'

.Mama. Ayah.
Friday, April 22, 2011 2 Love notes

Ok. Sem ni aku nak jadi macam masa SPM dulu. Ceritakan ape yang aku dah buat atau jawab dengan soalan final exam aku.

Hari ni paper LAW346-Introduction to Partnership and Company Law. Tak ada apa yang istimewanya dengan paper ni. Malah, paper ni dah mengguris luka dalam hati aku dan dah membunuh semangat aku sedikit demi sedikit. LAW346 tak sama dengan LAW240. LAW240 aku tak rasa terjerat macam ni. Aku tak rasa tercekik mcm ni. Sebab, aku faham konsep. Aku hafal cases. Aku tau macam mana nak goreng jawapan tu. Tapi, sekarang...

Waktu aku jalan kaki untuk pergi exam hall pagi tadi aku kategorikan sebagai misi 'membunuh diri'. Aku tak gembira dengan jawapan yang aku bagi. Aku tak puas hati dengan penguasaan terhadap subject ni. Entahlah. Apa2 pun, aku berserah je pada Allah. DIA yang maha mengetahui apa yang terbaik untuk aku. Cuma, aku ralat sebab hampir satu jam aku termenung cari jawapan. ='(

Kenapa la paper Law ni jadi pembuka tirai final exam sem ni? Kenapaaaa?? Oh. Semoga paper Costing System & Planning (MAF280) tak membunuh semangat utk menjawab Taxation1 (TAX320) dan paper Macroeconomic (ECO211) tak merentap kebahagiaan menjawab paper Marketing (MKT420).

P/S: Oh. Ada event ape ni? Kate Middleton and Prince William buat reception diorang kat Melaka ke? Banyak betul siren polis escort nih. =.='
Thursday, April 21, 2011 No Love notes

Apsal deactivate facebook?
Sebab, korang akan dapat jawapan: "Biasa lah. Final exam kan?"
Tapi, itu TIPU!
Kalau tak nak kena tipu, jangan tanya kenapa!

Wednesday, April 20, 2011 No Love notes
"Ayah tak kisah kalau kak long gagal dalam bercinta. Tapi ayah peduli kalau kak long gagal dalam capai cita-cita"
Ayah, I need your motivation, your support.
I miss you. I love you.

So Much.
='(
Dari: Anak manja ayah.


P/S: Tak sabar nak fly dengan Mama, Adik Eena & Mak Ngah's family ke Jakarta Mei ni.
Awwww. Ayah, wait for us, okay? ;)


.Ayah.

.Ayah.Mama.
Tuesday, April 19, 2011 No Love notes

"The most valuable thing in life is friendship." Do you agree? Discuss. You should write at least 350 words.

Itu soalan utk MID-2011 MUET yang aku jawab pukul 10-11.30 pagi tadi. Soalannya korang dah tau. Sekarang ni aku nak cerita apa perasaan aku masa baca & jawab soalan tu.

Masa aku baca soalan tu, terus aku terfikirkan dia, seorang kawan yang sangat aku hargai. Seseorang yang aku anggap seperti abang aku sendiri. Seseorang yang setakat ni masih sabar layan kerenah aku.

Aku start jawab soalan tu dengan quote ni: "Don't walk behind me; I may not lead. Don't walk in front of me; I may not follow. Just walk beside me and be my friend."

Seterusnya, sepanjang aku jawab soalan tu, aku ingatkan kau. Aku ulang. Sepanjang masa aku buat esei tu, aku ingatkan kau. Aku tau, confession aku ni ridiculous. Tapi, itulah hakikatnya.

Dear friend,
I bet you don't have any idea...
How much I appreciate our friendship...

How much I respect our friendship...

How much I love our friendship...

I promise, I'll love our friendship forever..

I promise, it could never be severed by the sharp knife of our short life...
I promise. =')



P/S: Syiqa nampak abang pagi ni. Walaupun takde sepatah pun abang cakap dgn syiqa, syiqa dah cukup puas hati. Sekurang-kurangnya Syiqa nampak abang. Syiqa tahu yang abang sihat. Cuma, abang nampak selekeh sikit hari ni, sebab abang tak shave misai, kan? xD



Saturday, April 16, 2011 6 Love notes



Ahad. 13 Februari 2011.

Kenangan manis terlakar buat seorang gadis.
Salah satu hari yang bahagia.
Hari pertunangan.
Detik yang mengikat hubungan mereka.
Tanda kesudian dan penerimaan pasangan sebagai bakal suami.
Janji untuk menjadi suami isteri.
Hari yang indah dan membahagiakan.
Separuh dari impian sudah tercapai.
Tinggal separuh sahaja lagi yang dicari.
Maka, 11 November 2011 dinanti.
Menjadi hari penyatuan dua hati.
=')

Eh. Salah. Bukan aku yang bertunang. xD

P/S: Soalan Mira masih terngiang2.
"Selari ke hati kau ngn mulut kau?"


Ni haaa. Sepupu aku yang bertunang.
Congrats to Kak Yah & Abg Man. =)




Saturday, February 19, 2011 No Love notes
Kelmarin kawan aku ada bagitau aku yang dia ada tulis cerita sikit pasal kisah cinta aku nih. Aku pun curious la nak tau kisah cinta yg mana satu. Yang silam atau yang sedang hangat ni.. So, masa tu aku terus bukak blog dia. Tapi memandangkan aku time tu kat tempat jin bertendang a.k.a Kampus Alor Gajah (KAG), maka line internet pun menjadi sangat menjengkelkan walaupun mak aku bayar broadband ni RM77 satu bulan. (kalau tak silap la.) So, aku tak dapat la baca post tu. Memandangkan petang tadi aku dah sampai kat Kampus Bandar Melaka (KBM) ni, aku pun dengan penuh bersemangat ni pun bukak la blog kawan aku; Nazzatul Afiqah ni.. cari punya cari.. Akhirnya aku jumpa satu post ni. Kalau korang malas nak baca the whole post, meh aku quote perenggan yang merujuk kat aku.. Khas utk korang.. ;)

8) Kisah cinta suci Pak Guard;
Tanpa memikirkan status dan darjat si dia begitu ikhlas menyintai pak guard UiTM.
Xpe, Pak Guard juga layak untuk dicintai!
Errr. Ni aku nak komen sikit. Tajuk tu aku takde masalah. Yang masalahnya, isu status dan darjat tuh. Kitorang lebih kurang je tinggi. Mungkin dia kecik sikit dari aku. Aku lebar sikit dari dia. Tu je la bezanya kot =P Tak caya? Haaa. Tengok nih...





P/S: Akhirnya SI HITAM dan SI PUTIH dah bersatu dengan tuan mereka. err. mereka turut disertai oleh si hijau. =)

Friday, February 18, 2011 No Love notes
Masa tengah baring2 layan perasaan tadi...
Tiba-tiba aku terfikir..
Kalau aku disuruh pilih..
Antara KAU dan DIA...
Terus-terang aku cakap..
Aku akan PILIH KAU..
=)


Walaupun...




Tangan & kaki aku sejuk bila nampak dia...

Dan...

Dia lebih SEKSI.. ^3^

P/S: Errr. Kawan Syiqa cakap abang macam nak cakap sesuatu,
tapi macam tak terluah. Apa dia? Cakap laaa.. =)
Wednesday, February 16, 2011 No Love notes


I'm making some changes in my life. If you don't hear anything from me, you are one of them.

P/S:
Behind every strong girl, there is an asshole who made her that way. Haha. But you're not an asshole. You're just clueless. ;) - Ainaa K, 2011


Monday, February 07, 2011 No Love notes
Drew looks at me...
I fake a smile so he won't see...

What I want and I need...
-Taylor Swift, Teardrops on my guitar-


Monday, February 07, 2011 No Love notes
Dear friend,

There's someone who cares for you, so please appreciate it before it's too late...


Friday, February 04, 2011 No Love notes
Friday, February 04, 2011 No Love notes
“When one door closes another door opens, but we so often look so long and so regretfully upon the closed door, that we do not see the ones which open for us.” -Alexander Graham Bell


P/S: Kau bawa bersamamu.. Sebelah hatiku separuh jiwaku.. Yang mampu sempurnakan aku.. - Kesempatan Kedua, Tangga.


Sunday, January 09, 2011 No Love notes
Newer Posts
Older Posts

About me


Follow Us

recent posts

Blog Archive

  • ►  2013 (3)
    • ►  November (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2012 (5)
    • ►  December (2)
    • ►  August (2)
    • ►  March (1)
  • ▼  2011 (16)
    • ▼  October (1)
      • Penyakit?
    • ►  May (1)
      • Perigi mencari timba atau lauk mencari pinggan?
    • ►  April (6)
      • The trouble with love is...
      • Alah Emak, Kahwinkan Aku! ^__ ^
      • LAW346
      • Jangan tanya aku..
      • Ayah, I miss you ='(
      • This is what I called FRIENDSHIP
    • ►  February (7)
      • Engagement Day..
      • Kisah cinta suci... XD
      • Pilihan..
      • My Life =')
      • From the bottom of my H.E.A.R.T =')
      • Cares.
      • Taylor Swift - Teardrops On My Guitar
    • ►  January (1)
      • F.A.T.E
  • ►  2010 (27)
    • ►  December (2)
    • ►  November (1)
    • ►  October (4)
    • ►  September (3)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (3)
    • ►  May (3)
    • ►  April (2)
    • ►  March (4)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2009 (36)
    • ►  December (4)
    • ►  October (2)
    • ►  September (4)
    • ►  August (4)
    • ►  July (1)
    • ►  June (5)
    • ►  May (4)
    • ►  April (4)
    • ►  March (2)
    • ►  February (1)
    • ►  January (5)
  • ►  2008 (67)
    • ►  December (2)
    • ►  November (15)
    • ►  October (16)
    • ►  September (18)
    • ►  August (14)
    • ►  April (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2007 (16)
    • ►  December (6)
    • ►  October (3)
    • ►  August (2)
    • ►  June (5)

Followers

Blogmates

  • blogresipi
    A Beginner’s Guide to Signing Up on PG Slot
    4 months ago
  • sayatypolagisekali
    🙁 new method 🙁 fut20glitch.com Fifa Mobile 20 Make Money 9999
    5 years ago
  • Ferra
    2018 will be missed.
    6 years ago
  • PANAS TERIK
    My Big Fat Greek Wedding 2 (2016)
    8 years ago
  • Δ J i M
    9 years ago
  • -♥my world♥-
    Last Post
    9 years ago
  • dan jejaka anggun pun mula berkata-kata....
    Diari Seorang Penulis Separuh Diva
    10 years ago
  • My Rojak Lyfe Best Gyla
    Sunday day dayy~
    10 years ago
  • Ateen Simbol
    IAM BACK
    10 years ago
  • -dan aku kembali menulis-
    Biarkan berlaku, buatlah tak tahu
    11 years ago
  • ini fynn jamal cakap.
    kontradiksi
    11 years ago
  • Mumbles of a Psychopath
    MATA
    12 years ago
  • Aqmal Arista
    Hidup Kita Ada Warnanya
    12 years ago
  • Along the way
    Ramalan Bintang TAURUS Hari ini
    12 years ago
  • Danny McCartney :
    Jefferson is not an evil
    13 years ago
  • Dreaming Out Loud ♥
    Sink In, Will You?
    13 years ago
  • arienna afiqah
    Wordless Wednesday #2
    13 years ago
  • Kurus Kering
    Bersih kepala hotak.
    13 years ago
  • i3ka_k3cHiK.....<3
    sometimes jd nerd best gak....
    14 years ago
  • It's all about F.O.O.D !
    Tarbush Restaurant : Lebanese Delicacies
    14 years ago
  • DIPLOMA IN ACCOUNTANCY 1A 2009 - UiTM MELAKA
    Final Examination time table
    15 years ago
  • hikayat puteri nelly
    HARI RAYA
    15 years ago
  • My Words from My World...
    Fakta tentang penulis.
    16 years ago
  • Ifa tasya
  • Ayul Hasriq
  • Ceritera Cik Peeka
  • the pace of not-so-modern life
  • ayi :)
  • Things from my life...
  • Haziq Zainal
  • coretan kisah diri ini.
  • PTTC
  • Black-Fluro"scentofbaby"
  • .:.:. RINDU TERHENTI .:.:.
  • RIBENA PURPLE
  • Hilmy Ashley One L.O.V.E
  • Fetty Razak ; )
  • CHEKdenoor
  • Budak Comot Membebel
  • Hers
  • Najla
  • shirosiputih
  • warna warni kehidupan
  • Haziq Zainal
  • Kak Dina
  • Middle-child Syndrome
Show 10 Show All

My lover

Visitors since Nov '08

free hit counter
FOLLOW ME @INSTAGRAM

Foot print

Created with by ThemeXpose | Distributed By Gooyaabi Templates