A Beginner’s Guide to Signing Up on PG Slot
6 months ago
“When one door closes another door opens, but we so often look so long and so regretfully upon the closed door, that we do not see the ones which open for us.” -Alexander Graham Bell
Tiada cinta seagung cintaMu....
Cinta.....
Di atas sejadah cinta, novel kegemaran yang menuntun hati dgn cinta, agar kembali pada fitrah cinta nan suci. Cinta... kalimah yang bisa mengetarkan hati. Pada insan yang masih tercari-cari cinta. Cinta itu sesuci embun diwaktu pagi, bak sekudus doa taubat kepada penciptaNya dan alam penuh seribu misteri. Cinta tak mengenal siapakah dia,apakah dia, bagaimanakah dia, dan dari manakah dia.Cinta perasan penuh misteri,namun ianya suci dan indah andai diberikan kpd insan yg benar-benar telh ditakdirkan utk kita...'dia' lah insan itu.....
"Ilahi, kasihanilah hambaMu yang lemah ini. Engkau Maha Tahu atas apa yang menimpa diriku. Aku tak ingin kehilangan cintaMu. Namun Engkau juga tahu, hatiku ini tidak mampu mengusir pesona kecantikan seorang makhluk yang Engkau ciptakan. Saat ini hamba sangat lemah berhadapan dengan daya larikan wajah dan suaranya, ya Ilahi, berikanlah padaku cawan kesejukan untuk meletakkan embun-embun cinta yang menitis-nitis dalam dinding hatiku ini. Ilahi, tuntunlah langkahku pada garis takdir yang paling Engkau redhai. Aku serahkan hidup matiku untukMu."
"Ya Ilahi, wahai pemilik segala hati. Ku bersujud pdMu. Terimalah taubatku dengan dosa2ku ini. Daku berdosa dan derhaka padaMu. Sesungguhnya Engkau mengetahui bahawa di kala ini, hambaMu ini teruji dgn hati dan dunia. Wahai Yang Maha Penyayang, berdosakah daku jika perasaan itu hadir pada hambaMu yang bergelar makhlukMu. Ya Ilahi.. ampunilah dosa-dosaku atas airmata ini yg tidak dapat menahan perasaan cinta itu, sesungguhnya Engkau Maha Mengerti bahawa hati ini tidak bisa menolak fitrah yang Engkau ciptakan. Daku lemah ya Ilahi, lemah dengan dugaan hati yang telah semampu kudrat ku tepis-tepis agar tidak mengganggu cintaku padaMu.. izinkanlah airmata ini mengalir kerna tangisan ini tak mampu ku bendung lagi.."
"Wahai Ilahi, tuntunlah daku agar cinta ini suci dalam redhoMu. Janganlah Engkau biarkan daku sendirian. Daku tak berdaya. Sesungguhnya segala isi alam di tanganMu Wahai Yang Maha Tahu. Sesungguhnya, daku tak mahu kehilangan cintaMU..dan juga ku tak mampu memalingkan rasa cintaku padanya. Ya Ilahi, andai Engkau mengetahui dia terbaik dan tercipta untukku, bagi diriku dan agamaku, usahlah Engkau biarlah hatinya dan hatiku terbiar jauh dariMu, dekatkanlah hati kami pada cinta yg suci dengan ikatan yang Engkau redhoi. Satukan hati kami dlam redho dan rahmatMu."
"Ya Ilahi, bimbinglah daku dan dirinya ke jalan yang lurus. Seandainya juga dia bukan terbaik untukku,bukan tercipta untukku. Jadikanlah hatiku ini redho dgn takdirMu. Hilangkanlah dia dari hatiku, mimpiku, dan hidupku saat ini dan selama-lamanya. Temukanlah dia dengan insan yang lebih baik, yang dapat memimpinnya kejalan cintaMu. Temukan daku dgn insan sebaik dirinya. Ampunilah daku ya Ilahi, sesungguhnya daku wanita lemah yang hanya punya airmata sebagai teman. ampunilah daku ya Allah, kerna airmataku ini menitis di hadapanMu kerna makhlukMu, kerna dosa2ku padaMu, kerna setitis cinta pada makhlukmu yang lahir tanpa ku pinta."
"Ya Ilahi, ku ingin hidup dan matiku dlm redho Mu, ampunilah segala dosa-dosaku yang seluas air di lautan , setinggi gunung-gunung ciptaanMU. Ampunilah juga dosa-dosa insan lain. Terimalah taubat hambaMu yang hina ini dan andai takdir Mu telah tertulis di Luh Mahfuz, daku redho apapun yang Engkau takdirkan, walaupun andainya ku kehilangan dunia, dan insan yang kucintai demi meraih cintaMu. Semoga pabila saatku bertemu denganMu, taubatku bersatu dalam rahmatMu. Ku merayu penuh syahdu dengan titisan airmata ini, Engkaulah harapanku,hidupku dan matiku, janganlah hampakan perasaan hambaMu ini....amien."
Novel Karya Habiburrahman El-Shirazy
Saya pernah. Lebih sekali. Saya percaya ramai di luar sana juga pernah. Normal bagi mereka yang tidak pernah, untuk menganggap golongan yang pernah ini sebagai gatal, atau sengaja, atau mencari fasal. Normal untuk kita berkata itu ini sebelum merasai. Manusia prejudis pada apa yang mereka tidak tahu dan skeptikal pada apa yang mereka tidak faham. Ini kelaziman kita semua. Jangan kecil hati.
Gatal, sengaja, atau mencari fasal – saya tidak akan mengiya atau menidakkan mana-mana. Boleh jadi tiga-tiga. Boleh jadi salah satu. Boleh jadi bukan langsung. Jangan bilang “kejinya, aku takkan buat begitu.” Perjalanan hidup bukan semuanya dalam tangan kita untuk menentu.
Pada saya, mereka yang melalui pengalaman ini adalah golongan idealis (yang perlu direalistikkan), sedikit lemah (yang perlu dikuatkan), dan yang paling penting, terpilih oleh Allah untuk dihadapkan dengan ujian.
Kalau jatuh cinta dengan orang yang hatinya sudah berpunya itu dosa, kenapa Allah menghalalkan poligami? Fikir. Yang bikin dosa adalah perbuatan, bukan sangat perasaan. Saya berani kata begini sebab saya banyak dosa.
Tapi itu cerita lain. Ini cerita kita-kita.
Selama hampir 26 tahun saya bernafas, mengutip pengalaman dari hidup sendiri, mengutip cerita dari hidup ratusan orang di sekeliling, saya semakin sedar, bahawa jatuh cinta adalah jatuh cinta.
Jatuh cinta setelah tahu dia sudah berpunya. Jatuh cinta sebelum tahu dia sudah berpunya. Jatuh cinta namun berpisah kerana hatinya diambil orang lain. Jatuh cinta, berpisah, dia mula hidup baru dengan teman baru, namun kita masih terus menerus jatuh cinta.
Jatuh cinta adalah jatuh cinta. Titik.
Sakitnya mengetahui bahawa orang yang kita kasih itu mengasihi orang lain, atau terikat dengan orang lain, adalah sakit yang luar biasa. Bilamana dia itu suami/isteri orang, tunangan orang, atau kekasih orang, kita serta-merta mengarah hati kita supaya berhenti. Jangan sayang lagi. Tak boleh!
Hati tanya kenapa?
Kita jawab tak boleh.
Hati tanya kenapa?
Kita jawab tak boleh!
Setakat “tak boleh”, lut ke?
Biasanya kalau ada rasa benci, akan lebih mudah untuk awak berhenti mengasihi. Kalau dia itu jahat orangnya, banyak buat salah, layan awak seperti sampah, adalah modal untuk membenci. Masalahnya dia baik (kalau jahat kenapa pula awak hendak jatuh cinta, betul?), dan dia tidak buat salah, dan dia tidak layan awak seperti sampah. Jadi modal untuk membenci tidak ada. Satu-satunya modal untuk berhenti ialah kekuatan diri awak sendiri. Iman. Nekad. Dua perkara itu paling payah hendak timbul bila sudah bertembung dengan hati yang sarat dengan nafsu hendak mencinta dan dicintai. (Dan orang gila mana yang tidak mahu mencinta dan dicintai?)
Hati dengan otak, manalah duduk sebelah-menyebelah.
Apa yang saya buat dahulu untuk memboloskan diri dari keadaan ini ialah, saya berserah. Bukan berserah sekadar di mulut, tapi betul-betul berserah. Tahun demi tahun, saya semakin sedar bahawa manusia bukan kepunyaan manusia. Pasangan kekasih bukan dimiliki satu sama lain. Pasangan tunangan bukan dimiliki satu sama lain. Suami isteri juga, bukan seratus-peratus dimiliki satu sama lain. Lelaki yang saya jatuh cinta itu bukan barang runcit, yang saya boleh curi-curi ambil dari troli orang lain. Kalau pun dia dengan saya, satu hari dia boleh pergi ke orang lain. Kalau pun dia dengan kekasihnya, satu hari dia tetap boleh pergi ke orang lain. Dia ada otak, ada hati, ada kaki; dia boleh ke mana-mana sesuka hati. Setiap manusia ada hak dan daya untuk memilih. Jadi apa makna “pemilikan”? Apa makna “kepunyaan”? Wujudkah “pemilikan” dan “kepunyaan” sesama manusia? Siapa yang benar-benar memegang otak, hati, kaki, seluruh anggota manusia tadi? Siapa yang ada kuasa total untuk mengawal semua ini?
Kawan saya kata, “tempat asal cinta ada satu je.”
Saya percaya, kita jumpa jodoh kita kalau kita mula mencinta dengan mencintai Allah. Saya bukan orang yang paling baik. Saya cuma tukang redha. Tukang berserah. Tukang sujud. Tukang tadah. Dan semua ini paling ketara bila saya paling susah. Saya bukan orang yang paling baik.
Cuma dalam situasi sebegini, saya ambil langkah pertama dengan berhenti berfikir, “Aku nak dia. Aku nak dia. Aku nak dia.” Sebaliknya saya mula berfikir, “Terpulanglah, Allah. Apa saja yang Kau rasa baik untuk aku. Terpulanglah. Buatlah.” Redha dan berserah pada mulut adalah sangat-sangat berbeza dengan redha dan berserah pada hati. Hanya bila ia terjadi pada hati, akan awak tahu bezanya.Percaya cakap saya; sangat-sangat besar bezanya.
Saya percaya jodoh itu misteri. Letaknya di tangan Allah, bukan manusia. Jangan biar manusia lain menetapkan definisi jodoh bagi kita. Jodoh itu bukan mesti jatuh cinta dengan orang bujang. Atau lelaki berkopiah. Atau wanita yang tidak pernah berbuat salah. Menjadi isteri kedua adalah jodoh. Menjadi isteri pada cikgu awak adalah jodoh. Berkahwin dengan office boy tempat awak bekerja adalah jodoh. Berkahwin dengan musuh awak zaman belajar dulu adalah jodoh. Berkahwin dengan janda adalah jodoh. Berkahwin dengan lelaki yang lebih muda adalah jodoh. Berkahwin dengan duda anak tiga juga tetap jodoh. Kerana jodoh itu bubuhnya di tangan Maha Pencipta, jadi ia boleh datang dalam macam-macam rupa.
Kalau kita betul-betul hendak tahu apa akhir cerita cinta kita, kita kena berbalik pada tempat asal cinta itu.
Dan seperti kawan saya kata, tempatnya cuma ada satu.:
credit: Ady Musank
P/S: The greatest pain that comes from love is loving someone you can never have
*Kak long akn jdkan kata2 ayah tu sbg pembakar semangat yer!*
"Ayah rela kak long gagal bercinta dari gagal mengejar harapan"