H.E.A.R.T

  • Home
  • Travel
  • Life Style
    • Category
    • Category
    • Category
  • About
  • Contact
  • Download

Sepanjang hampir 4 jam aku bertapa di hospital Melaka, aku dapat rasakan:


1) doktor dkt klinik dermatologi tu sangat tidak peka dengan situasi patient. Dia set kan next appointment aku pd 7/1/2014. Then aku tnye "macam mana kalau tarikh tu saya ada paper final exam?" Dengan muka ketatnya, doktor tu jawab "tak boleh. Awak kena datang jugak. Ini fixed date. Combined clinic sebulan sekali je" then aku tanya lagi sekali "saya tak tahu exact date paper saya bila. So kalau 7 jan tu saya ada paper, tak boleh tukar date lain ke, doktor?" Doktor tu jawab "kalau awak tak datang tarikh ni, awak tak dapat ubat sulphasalazine lah. So, awak kena datang jugak tarikh ni. Kalau tak datang, awak kena datang bulan depannya" 


Dear Doctor, 


Saya bercakap tentang PAPER FINAL EXAM. Saya bukan bagitahu itu tarikh saya dah booked untuk pergi holiday. Saya tahu, accountancy ni apelah sangat pada mata doktor, kan? Antara paper final exam dgn appointment yg doktor dah fixed kan tu, mmg final exam tu saya boleh sesuka hati je tak datang. Next sem boleh amek lagi paper tu, kan? Saya tahu lah saya bukan first class degree macam doktor! Untuk pengetahuan doktor, saya rasa terhina dan tertekan dengan cara doktor layan dan jawab soalan saya tadi. Apa salahnya doktor bagi pilihan lain; tukar date lain ke, bagi surat rujukan untuk saya pergi jumpa pakar sendi ke. Ini tidak. Doktor buat seolah2 saya bgtahu pasal nak pergi holiday pulak! Doktor Chang dengan Doktor Azura tak macam ni pun. Setakat ni, Doktor Chang Choong Chor adalah doktor yang terbaik aku pernah jumpa. Dia sangat concern, sangat memahami perasaan patient yang ada penyakit kronik mcm aku dan tidak memperlekehkan patient. Kira dia tak budget good-good lah. 


2) nurse2 klinik mata hospital kerajaan memang garang2 dan kadang2 biadap pun ada jugak; baik di HKL or Hospital Melaka. (Bukan staff di meja pendaftaran ye) Kalau di HKL, aku pernah kena herdik sebab lambat masuk bilik rawatan (disebabkan org yg ramai dan sgt crowded, aku duduk dkt kawasan menunggu di depan klinik. So, lmbt la sikit nak tempuh org ramai) dan makcik aku pernah kena perli dgn biadapnya just because she asked the attendant to help my late grandma yg warga emas. Dekat Hospital Melaka pulak nurse tu tadi bentak2 dkt aku. Blurghhhh. 


3) tempat pendaftaran utk phototheraphy lain, tempat treatment lain. Dahlah jauh2 pulak tu jaraknya. -.-'

Monday, November 04, 2013 No Love notes
If you love someone, you tell 'em. Even if you're scared that it's not the right thing.. Even if you're scared that it'll cause problems.. Even if you're scared that it will burn your life to the ground.. You say it and you say it loud. - Mark Sloan, Grey's Anatomy S09,E02.

Tuesday, February 12, 2013 No Love notes
Semoga masih belum terlambat untuk aku ucapkan Selamat Tahun Baru buat semua yang masih bernafas pada ketika ini. Tahun baru 2013 bagi aku bermula dengan 2 tragedi. Pada 1 Januari 2013, aku kehilangan 2 harta yang paling aku sayang; Macbook Pro dan iPad 2 (hadiah ulang tahun kelahiran ke 21 yang lalu). Waktu aku sedar Macbook dan iPad aku dah dicuri, aku sangat terkejut, panik dan tak mampu nak berfikir apa-apa. Fikiran aku kosong. Hati aku kosong. Terlalu hampa. Bila buat laporan polis, polis tu seolah-olah tak ada perasaan. Mungkin dia dah terlalu biasa mendapat laporan kecurian macam tu. Bila Investigation Officer datang ke rumah pula, aku disindir dan di tanya dengan soalan dan nada yang menyakitkan hati aku. 'Nyawa' aku dah dirampas dengan kasar, polis tu pulak layan aku macam tu. Siapa tak sedih? Hati aku terlalu sakit, sampai air mata pun tak mampu nak keluar. Aku cuma menangis sekali, sewaktu IO tu mencatat keterangan aku. Itupun sebab dia cakap "Saya tak berniat nak marah. Saya ni pemudah cara. Saya ambil kira semua kata-kata awak" Fikiran aku kosong. Aku terlalu tertekan. Sudahlah malam sebelum kejadian aku demam panas. Esok paginya pulak 2 barang kesayangan aku di rampas macam tu sekali. Yang lebih menyakitkan, aku sedar waktu penyangak tu menyelongkar meja aku dan Kak Yanty (Roomate aku), tapi aku boleh tidur balik. *Tarik nafas dalam2*

Pada 3 Januari 2013 pula, nenek aku kembali ke rahmatullah. Pagi tu, pukul 7.30 aku terjaga dari tidur. Tak lama lepas aku terjaga, mama telefon. Mama menangis. Dalam hati aku dah terdetik, ada perkara buruk yang terjadi. "Kak Long, Mak (nenek aku) dah tak ada" Sekali lagi, aku terkesima. Aku terdiam. Aku tak tahu macam mana nak respond. Yang terpacul dari mulut aku, "Innalillahiwainnaillahirojiun. Bila?" Mama jawab ringkas, "Baru ni" Lepas matikan talian, aku bangkit dari pembaringan. Aku duduk terpaku tepi katil. Aku seolah tak percaya dengan khabar berita yang baru aku dengar. Apa musibah tahun baru ni? Apa ujian yang aku terima ni? Esok ulang tahun kelahiran aku. Ini hadiah untuk aku, mungkin? Ujian dari Allah. Sepuluh minit aku termenung. Sepuluh minit aku terdiam. Tiba-tiba aku terfikir. Ayah! Ayah balik Malaysia tak? Aku telefon nombor ayah di Jakarta. Tak berjawab. Aku cuba sekali lagi. Selepas lebih 3 kali panggilan aku tak dijawab, aku telefon pejabat Kedutaan Besar Malaysia. Pun hampa. Tengok jam, 7.45 pagi. Waktu Jakarta baru 6.45 pagi. Aku telefon mak ngah, tanya perlu ke aku balik KL? Esoknya exam aku pagi. 8.30 pagi. Mak ngah kata, terpulang. Kalau nak jumpa mak buat kali terakhir, balik lah sekejap. Aku telefon mama, mama cakap benda yang serupa. Adik pun on the way balik dari Seri Iskandar. Lagi pun, mama nak kebumikan arwah selepas zohor. Aku bangkit dari katil, aku bersiap balik KL. Dalam kelam-kabut nak balik KL, aku sempat hantar SMS pada Puan Nasreen untuk batalkan janji temu yang aku buat dengan dia. 10.20 pagi aku sampai ke KL. Selesai baca yasin untuk arwah, aku keluar dari bilik yang menempatkan jenazah. Sejak aku sampai, aku tak buka pun kain yang menutupi kepala jenazah. Aku takut aku tak dapat kawal emosi. Aku cuba kuatkan hati. Aku cuba tabahkan hati. 11.30 pagi, jenazah dibawa ke surau Taman Permata untuk dimandikan. Aku menyusul ke surau setengah jam kemudian, selepas aku kunci pintu rumah. Aku sampai aje di surau, Abang Ejam (sepupu aku) bagi tahu yang mama panggil aku. Aku pergi ke tempat jenazah dimandikan. Aku cari mama. "Mama cari kak long?" Tenang mama jawab, "Mari mandikan jenazah." Aku kelu. Aku bingung waktu Mak Cik aku ikatkan lengan baju kurung aku. Aku terdiam bila mama letakkan sabun di telapak tangan aku dan pakaikan aku sarung tangan. Anehnya, tak ada air mata yang keluar dari kelopak mata aku tatkala aku melihat jenazah arwah yang terbujur kaku. Mungkin sebab aku sempat bersalaman dan mencium tangan arwah sebelum aku bertolak ke Melaka seminggu sebelum pemergian arwah; maka aku redha dengan pemergian arwah. Selesai membantu memandikan jenazah arwah, aku pergi menjemput Eena di stesyen LRT. Bila kami sampai semula ke surau, jenazah sudah siap dikafankan dan sedang menunggu kami berdua untuk menatap jenazah arwah buat kali terakhir. Selepas solat zohor, arwah di sembahyang kan. Usai solat jenazah, arwah di bawa ke tanah perkuburan AU4, Lembah Keramat. Arwah disemadikan di tanah perkuburan yang sama dengan dua orang anak lelaki arwah. Alhamdulillah. Jenazah telah disempurnakan dengan baik. Terima Kasih kepada jiran tetangga, saudara-mara dan sahabat handai yang banyak membantu kami sekeluarga menyempurnakan jenazah arwah. Al-Fatihah untuk arwah mak; Lijah binti Hasan. Semoga mak tenang di sana dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Amin. Terima Kasih mak, atas segalanya. Jasa mak membesarkan kami takkan pernah luput.

Selepas menerima ujian ini, aku tetap yakin bahawa Allah mempunyai sesuatu yang lebih baik untuk aku dan keluarga. Aku redha menerima setiap ujian yang diberikan, walaupun pahit. Aku tahu, ada hikmah yang lebih besar yang Allah sembunyikan.
Friday, January 18, 2013 1 Love notes
Newer Posts
Older Posts

About me


Follow Us

recent posts

Blog Archive

  • ▼  2013 (3)
    • ▼  November (1)
      • Pengalaman di Hospital Melaka
    • ►  February (1)
      • If you love someone..
    • ►  January (1)
      • Selamat Tahun Baru 2013
  • ►  2012 (5)
    • ►  December (2)
    • ►  August (2)
    • ►  March (1)
  • ►  2011 (16)
    • ►  October (1)
    • ►  May (1)
    • ►  April (6)
    • ►  February (7)
    • ►  January (1)
  • ►  2010 (27)
    • ►  December (2)
    • ►  November (1)
    • ►  October (4)
    • ►  September (3)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (3)
    • ►  May (3)
    • ►  April (2)
    • ►  March (4)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2009 (36)
    • ►  December (4)
    • ►  October (2)
    • ►  September (4)
    • ►  August (4)
    • ►  July (1)
    • ►  June (5)
    • ►  May (4)
    • ►  April (4)
    • ►  March (2)
    • ►  February (1)
    • ►  January (5)
  • ►  2008 (67)
    • ►  December (2)
    • ►  November (15)
    • ►  October (16)
    • ►  September (18)
    • ►  August (14)
    • ►  April (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2007 (16)
    • ►  December (6)
    • ►  October (3)
    • ►  August (2)
    • ►  June (5)

Followers

Blogmates

  • blogresipi
    A Beginner’s Guide to Signing Up on PG Slot
    4 months ago
  • sayatypolagisekali
    🙁 new method 🙁 fut20glitch.com Fifa Mobile 20 Make Money 9999
    5 years ago
  • Ferra
    2018 will be missed.
    6 years ago
  • PANAS TERIK
    My Big Fat Greek Wedding 2 (2016)
    8 years ago
  • Δ J i M
    9 years ago
  • -♥my world♥-
    Last Post
    9 years ago
  • dan jejaka anggun pun mula berkata-kata....
    Diari Seorang Penulis Separuh Diva
    10 years ago
  • My Rojak Lyfe Best Gyla
    Sunday day dayy~
    10 years ago
  • Ateen Simbol
    IAM BACK
    10 years ago
  • -dan aku kembali menulis-
    Biarkan berlaku, buatlah tak tahu
    11 years ago
  • ini fynn jamal cakap.
    kontradiksi
    11 years ago
  • Mumbles of a Psychopath
    MATA
    12 years ago
  • Aqmal Arista
    Hidup Kita Ada Warnanya
    12 years ago
  • Along the way
    Ramalan Bintang TAURUS Hari ini
    12 years ago
  • Danny McCartney :
    Jefferson is not an evil
    13 years ago
  • Dreaming Out Loud ♥
    Sink In, Will You?
    13 years ago
  • arienna afiqah
    Wordless Wednesday #2
    13 years ago
  • Kurus Kering
    Bersih kepala hotak.
    13 years ago
  • i3ka_k3cHiK.....<3
    sometimes jd nerd best gak....
    14 years ago
  • It's all about F.O.O.D !
    Tarbush Restaurant : Lebanese Delicacies
    14 years ago
  • DIPLOMA IN ACCOUNTANCY 1A 2009 - UiTM MELAKA
    Final Examination time table
    15 years ago
  • hikayat puteri nelly
    HARI RAYA
    15 years ago
  • My Words from My World...
    Fakta tentang penulis.
    16 years ago
  • Ifa tasya
  • Ayul Hasriq
  • Ceritera Cik Peeka
  • the pace of not-so-modern life
  • ayi :)
  • Things from my life...
  • Haziq Zainal
  • coretan kisah diri ini.
  • PTTC
  • Black-Fluro"scentofbaby"
  • .:.:. RINDU TERHENTI .:.:.
  • RIBENA PURPLE
  • Hilmy Ashley One L.O.V.E
  • Fetty Razak ; )
  • CHEKdenoor
  • Budak Comot Membebel
  • Hers
  • Najla
  • shirosiputih
  • warna warni kehidupan
  • Haziq Zainal
  • Kak Dina
  • Middle-child Syndrome
Show 10 Show All

My lover

Visitors since Nov '08

free hit counter
FOLLOW ME @INSTAGRAM

Foot print

Created with by ThemeXpose | Distributed By Gooyaabi Templates