*Holiday in Singapore*

by - Wednesday, December 23, 2009

Ok. Sila tarik nafas panjang2 kalau anda berminat nak baca post ni. Kalau tak sanggup untuk baca post yg panjang lebar ni, sila close browser anda secepat mungkin.

Pagi Jumaat, 18 Disember, mama kejutkan kitorg awal2 pagi lagi. Ye la. nak bersiap and bertolak sebelum pukul 8. Last2, kol 8.30 baru nak bertolak dari rumah Mak Ngah since Kak Yah ngn abang Ejam tengah packing barang time kitorg sampai. Bila sampai kat R&R Seremban, kitorg berhenti utk breakfast. Burp. Lepas kenyang, kitorg teruskan perjalanan smpai Senai, Rumah Nenek Busu. Lepas lunch kat Umah Nenek Busu baru check in hotel seri malaysia Larkin. *Whoaaa... Daerah yg jadi tempat buangan I kalau mama tak tukarkan I ke UiTM Alor Gajah. Haha.

Petang baru bertolak masuk Singapore. Ok. Perenggan ni ada story yg panjang! Masa kitorg nak lepas checkpoint Imigresen malaysia, xde masalah sgt sbb ayah tunjukkan Authority card dia kat staff Imigresen tu. So, diorg x banyak songeh la. Opsss. Ayah tunjukkan kad kuasa dia bkn sbb nak berlagak ke apa. Tapi sbb dah itu peraturannya. Tapi, masa nak masuk Singapore, perghh. Gila babi la curiosity staff Imigresen dia. Dah la tanya macam2 soalan macam kitorg ni penjenayah, pastu tak percaya plak tengok muka I ngn adik I sama. Dia tanya nak pergi mana? buat apa? Pastu bila mama cakap nak pegi Beduk (Actually this is first time mama ngn ayah masuk Spore since the last time diorg pegi sana. About 26 years ago, man!) Pastu, IO tu tnye:

IO S'pore: "Why r u going there?"
mama: For holiday, and to visit our family.
IO S'pore: There is no hotel in Beduk. (IO tu wat muka pelik sbb tgk passport ktorg xde record masuk Spore lagi)
mama: Yes. But we stay at their house. actually we're convoying with that car, next to ur counter. Why not if u ask them?
IO Spore: Brother! This car is convoying with that car, where are they going?

Ok. I nak tanya korang yang dah biasa pegi oversea tu... Bila korang sampai kat mana2 border or airport mana2 negara, adakah pihak Imigresen diorg akan minta Mykad korang? Ade ke? Tak de kan? Diorg mintak passport je kan? Ni mamat Imigresen tu sibuk mintak IC kitorg. memula mama hulurkan IC I, Eena ngn mama punya jer. Pastu mamat tu mintak IC ayah plak. Ayah bengang la. Kitorg nak g holiday je, nak kayakan lagi negara korg yg dah kaya tu, pegi treat kitorg macam penjenayah tu ape pasal? Ade muka penjenayah ke kitorg ni? Ayah geram, ayah tunjuk la authority card dia.

Ayah: I'm immigration also...
IO S'pore: Oh. Sorry sir. really sorry. (menyusun sepuluh jari memohon maaf)

Lepas tengok kad ayah tu, baru dia tak banyak tanya. Dia cop passport kitorg, and bukak palang. Gosh. Dah tu, masa tunggu kereta mak ngah yg tak sudah2 lagi IO tu check passportnya, ada IO lain plak tegur kitorg. mama cakap la yg kitorg convoy and tunggu satu kereta lagi. pastu, IO tu mintak passport kitorg. My GOD! I hate this situation. Niat ktorg baik. Nak holiday je! camtu ke rakyat diorg di didik? Supaya sentiasa curiga ngn orang luar? Alahai.

Lepas smpai kat umah uncle Aris kat Bukit Panjang,kitorg siap2 utk pegi Orchard Road plak. Duh, penat siut! Kena naik bas plak. *Malam2 buta nak parking kereta pun kena bayar. Dengan passcard lg, ape la. isk! mana tak kaya S'pore tuh? * -.-'

I love you so much, girl! :-*

Dina with her "DADDY"

Wek. Busuk la ketiak kau, Encik Kuning!

Devil wears PRADA =D

Mari bergosip sambil bergambar! :D

Ok. Smile!

Lepas window shopping, kitorg gerak la nak balik pulak.
*Abg Ejam sorg je yg Shopping. yg lain window shopping je*


Nak beratur beli tiket tu, pergh! Ramai orang, beratur panjang. God! Tapi, Mak Cik Timah yg beli tiket. Kitorg berposing je. Huhu.. Perhatikan gelagat mama ngn ayah kat stesen MRT tu. :-s dari Orchard Station tu, kitorg kena meredah 16 stesen untuk sampai ke Stesen Choa Chu Kang. About 45 minutes gak la. Pheww... Ye la, kena lalu kat Newton, Novena, Toa Payoh, Braddell, Bishan, Ang Mo Kio, bla bla bla... Tapi, last minute Uncle Aris suruh turun kat Yew Tee Station. Nak makan. Duh. Kalau datang tadi naik bas 190, (dalam 20 minit dari Bukit Panjang ke Orchard Road). Dari Yew Tee, kitorg naik balik MRT utk ke Choa Chu Kang. Pastu, naik LRT plak sampai Pending Road. Ntah la. Lupa lak nme station tuh. Tapi, uncle Aris duduk kat Petir Road -.-' Ntah. I tak faham. Yang penting, bila sampai rumah je, sume terus melepet. Tido tak sedar2 sampai pagi esok. Yang bestnya Si Dina punya perangai la. Dia boleh berjalan dalam gelap tu pegi depan tandas and tinggalkan bantal busuk dia depan tandas. Walhal sume orang dah nak tidur. Kak Yah yg rajin layan dia malam tu. Last2 dia tidur jugak. Phewww...

Teka sendiri ape benda ni?
*Jakun tak aku? Kah kah kah! Macam la kat KL ni xde train!*

Whoaaa.. Love you guys a lot!

Beliau yang terlampau kecil. Aku normal je ye!! =D

Inilah ayahanda dan bondaku -.-'

Esoknya, kitorg pegi Sentosa Island pulak. $2 per head. Masuk2 je kitorg tgk pantai dia. Palawan beach. Pergh! Cun siot! Rasa cam nak terjun je dalam laut tu. Pastu, terserempak plak ngn patung2 "lucah"! hahaha. Kitorg ronda2 kat dalam Sentosa Island tu naik train, bas, ngn train mini tuh. Kitorg stop kat Imbiah Station, Amek gambar sume. Ingatkan nak naik Tiger Sky Tower. Tapi, tak jadi sebab hujan. Banyak la tak dapat naik. Kitorg nak naik cable car yg open tu. tak dapat jugak sbb hujan. Duh. xde rezeki. Oh yes! Kat Situ kan ade Universal Studio? Next year baru siap. Sape mau sponsor tiket? I nak pegi sangat Universal Studio tuh =( Huhu.. mama pesan, sem 2 ni kena simpan duit belanja sikit2. tak boleh boros2 kalau nak pegi S'pore lagi thn depan. Kalau ikutkan marah di hati, rasa macam malas@serik plak nak pegi S'pore tu. Tapi bila kenangkan ade Universal Studio tu, berkobar2 balik hati nih. Oh. satu lagi, hatiku sayu je bila kenangkan tandas2 di sana yang ada paip, tapi xde kepala paip. duh. kena amek tisu, basahkan and lap! Gosh! Jimat air ke? Terpaksa la I tahan sampai petang... Kalau dikumpulkan, maunya penuh satu botol air mineral 600 ml tu.. -.-' Senak perutku!


Budak kecik mintak kiss dari barney :-X

View kat Palawan Beach

Gmbr lucah yang cute. :D

Oh. "Kacaknya"!
*Dina takut!*

Dina with her Atok Mat

Nenek Su and Atok Mat Dina kat Imbiah Station, bergambar depan Merlion

Aku masih mengenang dan mencari Si Dia yang telah jauh pergi dari hidupku =(

Dina excited nak masuk. Tapi Nenek Ngah dia tak bagi. Hahaha...

Sebahagian kecil daripada Universal Studio

Petangnya pulak kitorg pegi Arab Street. Huhu. Makan2 and shopping2 sikit. Kitorg makan kat Restoran Zam Zam. Katanya, restoran ni punya murtabak sedap. Nampak sedap. Tapi, bila makan.. Pergh! Siap ada tulang ayam yang besar2 tu dalam murtabak. Tak paham aku style diorg makan murtabak! (-.-') tak pe la. kita pegi tempat orang, tengok and belajar budaya orang. betul x? Udah la tunggu nak dapat meja lama giler. Si tukang amek order plak agak macam palat cket. Bila makan plak, tak kena selera aku. Duh. nasib baik ada Dina. Dialah pengubat tension kitorg masa tu. Seriously, mse tu sume orang dah marah2.. Dina la tukang buat lawak. At the end, sume tak jadi marah :) Thanks Dina. I love you la! Oh. Yang tak boleh tahannya, Si Dina tu lapar jugak. Ade ke patut dia pegang nasi sisa orang and masukkan dalam mulut dia? Nasib baik sempat tarik tangan dia. Kesian kau yer Dina. Walaupun bila kau geram dengan aku, kau selalu picit pipi and mulutku yang gebu ni, tapi aku ni berjiwa lembut, sayang.. Asyik kesian je tgk muka kau, kau ade baca jampi je? huhuhu... *berjiwa lembut ke aku nih? hahahaha* Lepas makan2, kitorg pegi shopping plak. Huhu! Lepas shopping2, kitorg gerak la g Woodlands. Traffic Jammed! Biasa la. so, sabar je la yer. -.-'

Oh ya. lupa nak cerita. masa shopping souvenir kat Arab Street tu, Dina leka tau pilih@banding2kan souvenir kat situ. walhal, barang2 yg dia pilih tu sama je. tapi, kitorg syok tgk dia memilih tu. kui kui kui. Skali tu nenek ngah Dina tanya dia:

Nenek Ngah: Dina nak beli utk siapa? untuk Abah ke?
Dina: Abah! (sambil khusyuk tgk barang2 souvenir)

Wah. ingt jugak kau kat abah kau tu yer? ;) then, I plak nyampuk:

Syiqa:Haaa.. tu beli 5 for $10. satu utk abah, satu utk ibu, satu utk paksu, satu utk MAK LONG, satu utk PAKLONG!
Nenek Ngah: Ah. beli utk abah,ibu,paksu ngn pakcik (Adik kak shila) je. pak long ngn mak long tak payah!

Ayah berdiri depan Masjid Sultan =)

Kitorg shopping kain lace utk raya tahun depan! hahaha. Semangat, kan??

Depan Hard Rock Cafe kat Orchard Road..
Dekat sejam carik HRC ni! -.-'
(kitorg g HRC lepas pegi Arab Street)

Wah. Ape ni?!
*Buat-buat innocent!*

Sygku, tak perlu la nak naik Menara KL tu..
Kat Tepi highway Gombak tu pun aku bleh lafazkan "Aku Terima..." tuh!
=))

Bila sampai kat Kompleks untuk checkpoint, ayah cakap "Tgk Imigresen Malaysia ni. Mesra je.." Tapi tak lama lepas tu, ayah pulak yang jadi bahan kitorg. Hahaha. Nak tau pasal apa? Biarlah "Cerita P.Ramlee" dan "MP3" yg menjadi klu nya! kuang kuang kuang!

Esoknya(Ahad), lepas check out dari Hotel Seri Malaysia, kitorg singgah rumah Nenek Busu lagi. Lepas tu baru gerak pegi Ayer Hitam. Lalalala.. Dina dapat patung Barney dari nenek su dia. Lupa nak amek gambar patung tu. Syareena punya teddy bear je yg I dpt amek gambarnya.

Bear ni besar, OK! Huhu. Penuh katil aku wey!

Oh No! Misaki kissed me! *Blushing*

Bantal peluk mini yg aku beli. Aku tak tau nak bagi nama ape.
"Liey-Liey" bleh? hahahaha

satu eena punya, satu syiqa punya!

Satu kita punya, satu awak punya!

Satu kau punya, satu dia punya, satu mereka punya, satu kita punya, satu aku punya, satu saya punya!
:-"

Cuba teka, ni untuk siapa? ;)

Kesimpulannya,

Negative:
1) Staff Imigresen yang tak mesra dan agak sombong
2) Negara yang bersih, tapi agak tak pembersih
3) Main transportation is Public Transport (aku rasa la! Sbb, kalau diorg pakai kereta, parking nak kena bayar 24 hours, minyak mahal, undang2 jalan raya yang sangat ketat)
4) makanan2 yang aku rasa kat sana sume tak sedap!
5) Kos sara hidup mereka2 kat sana sangat tinggi.
6) Jalan raya yang sangat susah untuk di hafal =(

Positive:
1) Papan tanda keselamatan jalan raya yang jelas
2) Rakyatnya agak berdisiplin
3) Jalan raya yang bersih
4) Kemudahan awam di pusat pelancongan agak baik

You May Also Like

6 Love notes