A Girl...

by - Tuesday, April 28, 2009


1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.

6. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan. ( Ini yang sedang aku buat!)

7. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.(Always!)

8. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.

9. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

10. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

11. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan sama ada kamu masih single dan lebih bahaya lagi jika kamu sudah berpunya. (Ini kerja orang yang macam Zali tu!)

12. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri.

13. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya; "kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal."

14. Bila setiap kali gambar kelas/majalah keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

15. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya.

16. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

17. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

18. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

19. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

20. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati.

21. Senjata wanita adalah airmata.

22. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So, kalau tak berminat dengan wanita tersebut, jangan bagi signal yang boleh buatkan mereka salah faham!

23. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

P/S: I amek ni dari blog Ainaa... So, ade yang I tak berkenan sikit, I edit la. kalau nak tengok yang asal, pegi tengok kat blog dia yer~

You May Also Like

0 Love notes